Polemik Gender dan Realiti Gaya Komunikasi Pemimpin Wanita Dunia
Abstract
Kaum wanita sebagai figura dunia merupakan satu pengikitirafan dan penghormatan tertinggi bagi mereka. Beberapa ‘figura’ wanita dunia dijadikan sebagai unit analisis untuk mengkategorikan gaya komunikasi yang diaplikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan dan juga sebagai idola masyarakat dunia.Salah satu ciri untuk menjadi figura dan pemimpin yang berkesan adalah dengan mengamalkan gaya komunikasi yang difikirkan sesuai berdasarkan persoalan tentang Siapa, Di mana dan Bagaimana gaya komunikasi tersebut diaplikasikan. Gaya komunikasi merupakan satu wadahyang digunakan bukan sahaja untuk memastikan kelancaran perjalanan pengurusan sesebuah organisasi namun juga penting dalam urusan hal ehwal tadbir melibatkan kerajaan sesebuah negara serta ketika berhadapan dengan khalayak. “The way you lead is thru the way you speak” merupakan falsafah budaya kepemimpinan yang menjadi asas kepada kertas kerja ini. Konsep kertas kerja ini adalah berpaksikan kepada enam gaya komunikasi oleh Tubbs dan Moss (2008) dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Kertas kerja ini juga akan memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang gaya komunikasi yang diamalkan oleh ‘figura’wanita dunia dalam melaksanakan praktis pengurusan dan pentadbiran kerajaan, organisasi yang diwakili mahupun sewaktu mereke perlu berhadapan dengan publik. Kertas kerja ini diharapkan mampu untuk menjadi perintis agar satu kajian yang lebih mendalam berkaitan karisma wanita samaada sebagai ketua kerajaan mahupun “public figure”daripada aspek komunikasi dapat dilakukan pada masa akan datang.
Downloads
References
Ardern, (J). (August 2018). Jacinda’s speech to Campaign Launch. https://www.labour.org.nz/jacindas_speech_to_campign_launch.
Bond, K.E. (2008, Oktober/November). Who’s afraid of Michelle Obama: Why so many find it scary imagining her as First Lady. Bust. 56-59
Constitutional Rights Foundation. (2000). Margaret Thatcher and Conservative Politics in England: California Dept of Education.
Dr. Robin Haris. (2013). Not for Turning: The Life of Margaret Thatcher. Washington: The Heritage Foundation.
Dorey, P. (2013) Margaret Thatcher. Cardiff University.
Evans, Eric. (1997). Thatcher and Thatcherism. (Routledge).
Eagly, A.h. (2013). Gender and Work: Challenging Conventional Wisdom. Massachusetts: Harvard Business School.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif (Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim.
Philips, Anne. (1992). Classing the women and gendering the class. dalam. Defining Women, disunting oleh I. McDowell& R. Pringle. Cambridge: Polity Press.
Rashila Ramli. (1998). Pembangunan politik dan gender: Cabaran dan strategi bagi calon-calon wanita. dalam. Gender: Budaya dan Masyarakat, disunting oleh Rokiah Talib & Shanthi Thambiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Timperley, (C). (2018). Jacinda Ardern: A Tranformational Leader? Victoria University.
Wapshott, Nicholas. (2007). Reagan and Thatcherism- A Political Marriage. (Sentinel).