Analisis Pengurusan Infrastruktur Dakwah dari Perspektif Al-Quran

  • Mohd. Hisyam Abdul Rahim Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn, 86400, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
  • Azizul Azra Abdul Razak Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn, 86400, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
  • Hafizah Abdul Jalil Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn, 86400, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Keywords: Pengurusan, Infrastruktur dakwah, Penyediaan, Penyelenggaraan

Abstract

Pengurusan infrastruktur dakwah merujuk kepada usaha dalam menguruskan sumber infrastruktur dakwah secara sistematik dan efisien dengan menggunakan segala kemudahan yang telah tersedia. Namun dalam konteks Malaysia, kefahaman berkenaan pengurusan infrastruktur dakwah agak kurang diperjelaskan khusus melalui tinjauan al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan mengetengahkan aspek pengurusan infrastruktur dari perspektif al-Quran dan menganalisis aktiviti yang berkaitan dengannya. Metode kajian adalah berbentuk kajian kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah tafsir maudhu’i bentuk ketiga digunakan bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian telah mengenal pasti beberapa aspek penting perlu diketengahkan iaitu kerangka teori pengurusan infrastruktur dakwah menurut al-Quran yang terdiri daripada proses penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur dakwah. Implikasi kajian ini memberikan gambaran jelas tentang mekanisme pengurusan infrastruktur dakwah dalam konteks dakwah kontemporari menurut perspektif al-Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Nasir Mohd Yusoff. (2010). Sikap Orang Ulu Bukan Islam Terhadap Islam: Kajian Kes Di Kalangan Etnik Penan Bintulu Sarawak dalam Buku Dakwah Multietnik di Malaysia. Penerbit Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. Fakulti Pengajian Islam (FPI). Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi Selangor.

Al-Alaf, A. A. (2008). Kiprah Dakwah Muslimah. Solo: Pustaka Arafah.

Arief Salleh Rosman & Yahaya Jusoh. (2014). Tafsir Maudhu’iy: politik dan urus tadbir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Burhanuddin Jalal, Amnah Saayah Ismail & Sayuti Ab Ghani. (2018), Pendekatan dakwah untuk cabaran masa depan: satu sorotan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 4(1), 23-33.

Faizal. (2013). Dakwah Bil-Hal Dalam Perspektif Al-Quran. Bina Ummah: Jurnal Ilmu Dakwah dan Pengembangan Komunitas, 8(2), 255-267.

Hanafi, M. M. (2012). Tafsir Al-Qur’an Tematik: Jihad, Makna dan Implementasinya. Jakarta: Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Qur’an.

Kathir, I., (2014) Maksud Ringkasan Tafsir Ibnu Kathir terj H. Salim Bahreisy. Jil 4 Pustaka Jiwa Sdn Bhd. Selangor

Khairul Azhar Meerangani, Muhammad Asyraf Ahmad Termimi, Ahmad Faqih Ibrahim & Muhammad Hilmi Mat Johar. (2019) Elemen al-Hirz dan kedudukannya jenayah siber masa kini. Journal of Contemporary Islamic Studies, 5(1), 55-79.

Mohamad Tajuddin, Mohamad Rasdi & Nangkula Utaberta. (2007). Mosque architecture in Malaysia; Classification of styles and possible influence. Jurnal Alam Bina, 9(3), 1–37.

Muhammad Abu Bakar. (2018) Penghayatan Sebuah Ideal: Suatu Tafsiran Tentang Islam Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

Published
2024-05-30
How to Cite
Abdul Rahim, M. H., Abdul Razak, A. and Abdul Jalil, H. (2024) “Analisis Pengurusan Infrastruktur Dakwah dari Perspektif Al-Quran”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(5), p. e002838. doi: 10.47405/mjssh.v9i5.2838.
Section
Articles