Pendekatan Neo-Realisem dalam Filem Alternative Nasi Lemak 2.0
Abstract
Filem-filem alternatif bukan hanya sekadar cerita,tetapi terdapat mesej dan idea yang tersirat yang wujud sebagai wadah media menyampaikan sesuatu ideologi. Idea yang dilontarkan melalui filem alternatif lebih bersifat kritikal dalam memaparkan realiti hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada resepsi audiens remaja terhadap filem alternatif Malaysia yang mana tumpuan adalah kepada pendekatan neo-realisme yang wujud dalam penafsiran mesej di antara informan dengan teks filem alternatif Nasi Lemak 2.0 (NL 2.0). Kajian ini juga melihat adakah wujud pendekatan neo- realisem dalam penafsiran mesej di antara informan dengan teks filem? Kajian ini menggunakan dua kaedah analisis iaitu analisis tekstual dan analisis tematik dalam mencari pendekatan neo-realisem yang wujud dalam filem NL 2.0 ini. Kajian ini terdiri daripada 56 orang pelajar iaitu 28 orang pelajar lelaki dan 28 pelajar perempuan dari pelbagai etnik. Neo-realisme adalah gambaran awal tentang sesuatu perkara sebenar (terutamanya aspek kehidupan) dan tidak bersifat khayalan (Bazin Andre diterjemah oleh Gray Hugh, 1972). Pendekatan neo-realisme yang dipaparkan oleh Namewee dalam filem ini sangat jelas melalui representasi kepelbagaian kebudayaan etnik di Malaysia. Pendekatan neo-realisme ini membawa kepada cerminan realiti kehidupan masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia pada masa kini yang mana informan mengaitkan naskah filem alternatif ini dengan kehidupan seharian. Selain itu juga, kajian ini melihat pendekatan neo-realisme membentuk sosiobudaya kepelbagaian etnik dalam naskah filem dan realiti sebenar informan. Penghasilan filem ini cuba memaparkan masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik secara semulajadi dan jelaslah menunjukkan bahawa filem alternatif sebagai wadah penyampaian ideologi yang membentuk penyatuan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Downloads
References
Bondanella, Peter. (2009). A History of Italian Cinema. The Continuum. New York.
Boyatzis, R. E. Transforming Qualitative Information: Thematic Analysis and Code Development. Sage Publications London, 1998.
Brennen, S Bonnie (2013). Qualitative Research Methods for Media Studies. Routledge. New York.
Fahrul Islam (2003). Representasi Nasionalisme dalam Film “Tanah Surga...Katanya”, Universitas Mulawarman, Kalimantan Timur, ejournal Ilmu Komunikasi 1(2): 138-153.
Farah Azalea Mohamed Al-Amin. (2008). Controversies Surrounding Malaysian Independent Female Director Yasmin Ahmad’s First Film, Sepet. Persidangan Biennial ke-17. Persatuan Pengajian Asia di Australia, Melbourne.
Hall, Stuart (1997). Representation: Cultural Representations and Signifying Practices. Sage Publications, London.
Khamis Mohamad, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Abdul Latif Samian (2012). International Journal of the Malay World and Civilisation, 30(1), 105-119.
King, Geoff (2014). American Independent Cinema. I. B. Tauris, New York.
Lee Chin Suet dan Leven Woon. (2011). Namewee’s Movie to hit Cinemas This Sept 8. Komunitikini.com. 27 July 2011.
Lee Yuen Beng (2015). Yasmin Ahmad: Auteuring a New Malaysian Cinematic Landscape. Wacana Seni Journal of Arts Discourse.
Mahyuddin Ahmad (2011). Between Desire and Hope: Ethnic Relations and The Notion of Bangsa Malaysia in Gadoh. Kajian Malaysia. 29(1): 75-90. 2011
Mariah Muda (2007). Keterlibatan Audien Remaja Mengikut Etnik Dengan Genre Didik-Hibur Di Televisyen Malaysia. Latihan Ilmiah. Universiti Putra Malaysia. Serdang.
Mohd Ayop Abd Razid. (2017). Patriotisme Nilai Jati Diri Dorong Rakyat Gigih Bangunkan Negara. Dlm. Ariah Judah. Mentari. Bil 2. Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Putrajaya.
Mohamad Zahir Zainudin (1994). Transformasi Sosial Malaysia: Kumpulan Esei. Kuala Lumpur.
Nelmes, Jill. (1994). Introduction to Film Studies. Routledge, New York.
Ngo Sheau Shi dan Harith Baharudin (2015). Pemaparan Kepelbagaian Budaya dan Agama dalam Filem Muallaf Arahan Yasmin Ahmad. Jurnal Wacana Seni, 14.
Norlina M. Ali, Rafedah Sobiren dan Suhana Mohamed dalam Nooririnah Omar (2014). Keutuhan Perpaduan Melayu dalam Arus Modenisasi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Pickowicz G., Paul dan Yingjin Zhang (2006). From Underground to Independent Alternative Film Culture in Contemporay China. Rowman dan Littlefield Publishers, USA.
Poerwandari, E.K (2009). Pendekatan Kualitatif Untuk Penelitian Perilaku Manusia. Universitas Indonesia, Jakarta.