Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru Sekolah Rendah di Alor Gajah, Melaka
Abstract
Seiring dengan transformasi yang rancak berlaku dalam dunia pendidikan, guru besar bertanggungjawab dalam memastikan guru komited dalam melaksanakan peranan mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap amalan kepimpinan distributif guru besar, tahap komitmen guru, dan cara kedua-duanya berkaitan dalam menentukan komitmen guru sekolah rendah di daerah Alor Gajah, Melaka. Instrumen kajian diadaptasi dari Distributed Leadership Readiness Scale (Gordon, 2005) serta Organization Commitment Questionnaire (Meyer & Allen, 2004) dengan nilai kebolehpercayaan berada dalam julat 0.74 hingga 0.91. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Berdasarkan jadual penentuan Krejcie dan Morgan (1970), kaedah persampelan secara rawak digunakan untuk mengumpul sampel kajian sebanyak 254 orang. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui perisian SPSS 27. Kajian mendapati bahawa guru besar di daerah Alor Gajah mengamalkan kepimpinan distributif yang baik (min=4.12, SP=0.31), dan komitmen guru dalam semua dimensi juga tinggi (min=3.25, SP=0.33). Walau bagaimanapun, analisis korelasi menunjukkan hubungan yang lemah antara amalan kepimpinan distributif dan komitmen guru. Diharapkan kajian ini akan membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menghasilkan modul kepimpinan yang berfokuskan kepada dimensi kepimpinan distributif. Penemuan kajian ini memberi gambaran bahawa guru besar sebagai pemimpin sekolah perlu bersikap lebih terbuka untuk berkongsi hala tuju sekolah, menyokong idea baru yang diutarakan serta memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap golongan pelaksana agar komitmen guru kekal berada pada tahap yang tinggi.
Downloads
References
Azhar Harun & Ramli Basri. (2016). Hubungan antara amalan kepimpinan distributif pengetua dan kepimpinan guru di Sekolah Menengah. International Journal of Education and Training (InJET), 2(2), 1-13.
Azizul Asi & Mohd Noor Mohamed Yusoff. (2018). Amalan kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan komitmen organisasi guru. Seminar Pendidikan Transdisiplin, 247-56.
Berjaoui, R.R & Karami-Akkary. (2020). Distributed leadership as a path to organizational commitment: the case of a Lebanese school. Leadership and Policy in Schools, 19(4), 610-624.
Bond T. & Fox C.M. (2015). Applying the rasch model: Fundamental measurement in the human sciences. Mahwah, NJ. L. Erlbaum.
Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill Education.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2018). Research methods in education (8th ed.). London: Routledge. https://doi.org/10.4324/9781315456539
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Universiti Malaya. https://doi.org/10.31436/id.v28i1.1586
Gordon, Z.V. (2005). The effect of distributed leadership on student achievement [Tesis Dr. Fal]. Centre Connecticut State University.
Hair, J. F., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. (2013). Partial least squares structural equation modeling: Rigorous applications, better results and higher acceptance. Long range planning, 46(1), 1-12.
Hie, Y.H., Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah, M. Daud & Adlina Abd Halim. (2018). Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Akademika, 88(2), 95-108.
Hua, Hu. K., & Ying-Leh, L. (2019). Distributive leadership and its relationship to organizational commitment in secondary schools of Sarawak. Sumerianz Journal of Education, Linguistics and Literature, 2(7), 42-46.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 20, 607-610.
Kuppan, R. & Ahmad Zabidi. (2021). Kepimpinan distributif guru besar dan komitmen guru di sekolah kebangsaan di daerah Gombak. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(4), 20-35.
Lazar, J., Feng, J.H., & Hochheiser, H. (2017). Research methods in human-computer interaction (Second Edition). Morgan Kaufmann. https://doi.org/10.1016/b978-0-444-70536-5.50047-6
Lee, H. K. & Mohd Izham. (2023). Amalan kepimpinan disributif guru besar dan hubungannya dengan komitmen guru SJKC. Malaysian Journal of Sciences and Humanities, 8(1), 1-20.
Lumby, J. (2018). Distributed leadership: the uses and abuses of power. Educational Management & Leadership, 41(5), 581-597.
Mayan, M.P., & Mahaliza Mansor. (2020). Hubungan antara amalan kepimpinan distributif dengan efikasi kendiri dan komuniti pembelajaran profesional guru di Kuala Lumpur. Management Research Journal, 9(2), 70-83.
Meyer, J. P., & Allen, N. J. (2004). TCM Employee Commitment Survey. Academic Users’ Guide. Department of Psychology, University of Western Ontario.
Mohd Yusaini Yaakub. (2021). Amalan kepimpinan distributif pengetua dan komitmen guru pendidikan khas serta hubungannya dengan pelaksanaan program transisi kerjaya [Tesis Dr. Fal]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muammar Shah Mukhter. (2022). Tahap amalan kepimpinan distributif dan hubungannya dengan motivasi guru di Kolej Vokasional. Jurnal Penyelidikan Teknokrat, 22(1), 72-83.
Nik Husaimie Che Omar, Aida Hanim A. Hamid & Norasmah Othman. (2021). Korelasi antara amalan kepimpinan distributif pengetua dengan amalan kepimpinan guru sekolah menengah di Muadzam Shah, Pahang. International Journal of Education and Pedagogy, 3(4), 142-161.
Nunally, J.C. & Bernstein, I.H. (1994). The assessment of reliability. Pyschometric Theory, 3, 248-292.
Poh, L. & Tai, M.K. (2021). Kepimpinan teragih di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina di Semenanjung Malaysia. Malaysian Journal of Sciences and Humanities, 6(4), 79-93. doi: 10.47405/mjssh.v6i4.746.
Raziah Tukiman. (2022). Amalan kepimpinan distributif pengetua terhadap autonomi guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sekolah amanah di Kuala Lumpur. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(4), 62-78.
Shafiq, M., & Rana, A.R. (2016). Relationship of emotional intelligence to organizational commitment of college teachers in Pakistan. Eurasian Journal of Educational Research, 62(1-14).
Sinnirah Ahmad & Aida Hanim A. Hamid (2021). Amalan kepimpinan distributif guru besar terhadap efikasi kendiri dalam kalangan guru pra sekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 140-150.
Siti Nazatul Norashikin Ali. (2016). Hubungan antara gaya kepimpinan transformasi pengetua dengan komitmen guru PJK di sekolah-sekolah menengah daerah Gua Musang, Kelantan. Prosiding ICECRS, Universiti Utara Malaysia, 123-130.
Suffian Jalet & Jamal@Nordin Yunus. (2021). Hubungan kepimpinan distributif dan organisasi pembelajaran terhadap prestasi kerja guru sekolah menengah kebangsaan di negeri Sarawak. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 34(2), 39-57.
Suhaili Mohd Yusoff & Khaliza Saidin. (2016). Tahap iklim sekolah, tahap komitmen guru serta hubungan di antara iklim sekolah dengan komitmen guru sekolah-sekolah menengah daerah Machang, Kelantan. Prosiding ICECRS, 635-646.
Suhaili Mohd Yusoff & Muhammad Suhaimi Zakaria. (2022). Komitmen organisasi guru: Dimensi kecerdasan kontekstual pengetua sebagai peramal signifikan. Proceedings ICTE, 1(1), 107-116.
Tan, L.K. (2018). Faktor dalaman sekolah dan komitmen guru terhadap organisasi: Pengaruh pengantara kualiti kehidupan kerja guru di SBT dan SBBT [Tesis Dr. Fal]. Universiti Sains Malaysia.
Tsu, G.C.S. (2019). A study of staff engagement in dimensions of distributed leadership, organisational commitment and perception of autonomy in Singaporean primary schools [Tesis Dr. Fal]. Southern Cross University.
Veloo, A. & Raman, A. (2013). Kaedah analisis & intepretasi data. Universiti Utara Malaysia.
Zoolaiha Abd. Rahman. (2015). Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di Selangor [Tesis Dr. Fal]. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zulkifly Alwayi, Rahimah Embong & Huda Afiqah. (2021). Perancangan pengajaran guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan: satu kajian rintis. Asian Journal of Civilizational Studies, 3(1), 11-18.