Pengurusan Panitia, Kualiti Pengajaran dan Komitmen Kerja Guru Terhadap Pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah

  • Latifah Binti Ayang Fakulti Psikologi Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Mohd Khairuddin Abdullah @ Jerry Fakulti Psikologi Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Asmiaty Amat Fakulti Psikologi Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, kualiti pengajaran, komitmen

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti pengurusan panitia, kualiti pengajaran dan komitmen guru terhadap pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah. Pengurusan panitia dilihat dalam aspek prinsip pengurusan panitia, sifat kendiri dan kemahiran pengurusan. Manakala kualiti pengajaran pula dilihat dari sudut dimensi persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran dan aspek tingkah laku. Seterusnya pemboleh ubah komitmen kerja dilihat dari aspek kesediaan untuk kekal dalam organisasi dan kesediaan untuk memenuhi matlamat organisasi. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan Teori Pengurusan Saintifik Taylor, Teori Vroom dan Teori Side Bet. Pengkaji telah menggumpul sebanyak 335 soal selidik yang telah dijawab dalam kalangan responden guru yang mengajar Bahasa Melayu dan mewakili seluruh sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di Negeri Sabah dengan mengunakan persampelan berkelompok, persampelan kluster dan persampelan rawak mudah. Manakala data pula dianalisis menggunakan program SPSS for Windows Versi 25.0 Ujian regrasi berganda menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara pengurusan panitia dan pencapaian Bahasa Melayu R2=.485 dan pengaruh Kualiti pengajaran terhadap pencapaian Bahasa Melayu R2=.646. Manakala pengaruh komitmen kerja terhadap pencapaian Bahasa Melayu menunjukkan nilai pengaruh R2=.586. Seterusnya dalam analisis regrasi hierarki didapati bahawa konstruk tingkah laku pengajaran guru di bilik darjah memberi sumbangan yang paling besar iaitu sebanyak 41.0% terhadap pencapaian Bahasa Melayu. Pengkaji turut mencadangkan agar pihak berwajib bersama-sama mengembleng tenaga untuk memastikan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sentiasa cemerlang sejajar dengan taraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Mahzan Ayub (2005). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala  Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baker, B., Punswick, E. Belt, C.  Fuller,  E., & Young, M. (2010). Tenure and retention of  newly hired principals in Texas. Austin, TX, Texas High School Project, University Council for Educational Administration.

Fullan, M. (2007). The newmeaning of educational change, 4th edition. New York: Teachers College Press.

Fullan, M., & Hargreaves, A. (1991). What wrong fighting for you and for your school? Toronto, Canada: Ontario Public School Teachers’ Federation.

Gay, L.R., Mills, G.E. dan Airasian, P. (2006). Educational Research: Competencies for Analysis and Application. (8th Edition). New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Ghaith.  G., & Yaghi, H. (1997). Relationships Among Experience, Teacher Efficacy, And Attitude Towards The Implementation Of Instructional Innovation. Teaching And Teacher Education,13(4), 451-458.

Guskey. T.R. (1987). Context Variables That Effect Measures of Teacher Efficiacy. Journal of Educational Research. 41-47

Kennedy, C. (1988). Evaluation of ELT project. Applied Linguistics, 9(6), 392-342.

Lay Yoon Fah, Khoo Chwee Hoon (2008). Pengenalan kepada analisis statistik dalam  penyelidikan sains sosial. Venton Publishing (M) Sdn Bhd, Selangor.

Lieberman, A., & Miller, L. (1990). Teacher development in professional practice schools.  Teachers College Record, 92(1), 105-122.

Lump, T., Haney, J. & Szerniak, C. (2000). Assessing teachers’ belief about their science teaching context. Journal of Research in Science Teaching, 37, 275-92.

Mohammad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting.(1998). Teacher Effectiveness the Beliefs of Effective Bahasa Melayu Teacher. Pertanika Journal of school Social science and Humanities, 61(1): 10-21.

Pallant, J. (2011). SPSS Survival manual: a step guide to data analysis using SPSS. Allen & Unwin (4th ed.) NSW: Allen & Unwin.http://doi.org/10.1046/j.1365-2648.2001.2027c.x .

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wang, H. K. C. , & Hwang, F. C. (2007). Study on organizational culture, organizational commitment and attitude toward organizational reform—comprehensive high schools as example. The Journal of Human Resource and Adult Learning, 3(2), 189-198.

Yusfarina & Abdul Rasid. (2011). Bahasa Melayu kini. Dewan Bahasa 11(04), 10-14.

Zechmeister, J. S., Zechmeister, E. B., & Shaughnessy, J. J.(2001). Essentials of research methods in psychology.  New York: McGraw-Hill.
Published
2019-10-22
How to Cite
Ayang, L., Abdullah @ Jerry, M. K. and Amat, A. (2019) “Pengurusan Panitia, Kualiti Pengajaran dan Komitmen Kerja Guru Terhadap Pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(6), pp. 161 - 169. doi: 10.47405/mjssh.v4i6.287.
Section
Articles