Impak Personaliti, Kemahiran, Tahap Kompetensi Teras, Latihan Profesional serta Strategi Tranformasi Amalan Profesional Pentadbir Terhadap Komitmen Guru di Sekolah-sekolah Menengah di Sabah
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menyelidik dan mengetahui impak personaliti, kemahiran, tahap kompetensi teras, latihan profesional serta strategi amalan profesional pentadbir terhadap komitmen guru di sekolah-sekolah menengah di Sabah. Negara memerlukan tranformasi sistem pendidikan dan golongan pentadbir dilihat sebagai elemen terpenting dalam membangunkan sekolah berpestasi tinggi bagi menghadapi cabaran Alaf ke-21. Kerangka kajian adalah berdasarkan Model Tret Kepimpinan Utama Northouse(2003, 2007), Model Kompetensi Pemimpin Sekolah IAB (2009), Model Tiga Kemahiran Katz (1974), Kerangka Kepemimpinan Efektif oleh Strike, Sims, Mann dan Whilhite (2016) dan Komitmen Guru (Danneta, 2002). Reka bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif dengan persampelan secara rawak berstrata daripada 1440 sampel di 30 buah sekolah menengah bandar dan 30 buah sekolah menengah luar bandar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada pemerhatian dan sorotan kajian. Dapatan kajian daripada penyelidikan ini nanti diharap dapat memberikan satu inovasi tentang strategi terbaik untuk menyedia dan melahirkan calon pengetua atau guru besar yang berkelayakan tinggi untuk memimpin organisasi sekolah dan menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM 2013-2025).
Downloads
References
Abdul Rafie Mahat. 2004. Ucap Utama. Kepimpinan unggul bidang pendidik cemerlang. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Ke-12. Institut Aminuddin Baki. Hlm. 3-6.
Abdul Shukor Abdullah. 2001. Ucap Utama. Kepimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan cemerlang, gemilang dan terbilang. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Ke-12. Institut Aminuddin Baki. Hlm. 13-23
Abas Awang & Balasandran a/l Ramiah. 2002. Peranan pengetua dan guru besar dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Ke-11. Institut Aminuddin Baki. Hlm. 86-10.
Amin Senin, Ramli Yusof, Sazali Yusof, Abd Razak Manaf, Rosnarizah Abd Halim & Rusmini Ku Ahmad. 2008. Kajian kompetensi berimpak tinggi bagi pemimpin sekolah. Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Ke-15. Institut Aminuddin Baki. 29 Jun-2 Julai.
Danielson, C. 2007. Enhancing professional practice: A framework for teaching. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Foley, E., Mishook, J., Thomson, J., Kubiak, M., Supovitz, J., & Rhude-Faust, M. 2008. Beyond test scores: Leading indicators for education. Providence, RI: Brown University’s Anneberg Institute for School Reform.
Green, R. 2013. Practicing the art of leadership: A problem-based approach to implementing the ISLLC standards. Upper SADDLE River, NJ: Pearson Education
Jones, S., Harvey, M., Lefoe, G., & Ryland, K. 2014). Synthesising theory and practice: Distributed leadership in higher education. Educational Management Administration and Leardership. Retrieved from http://emedia.rmit.edu.au/distributedleadership/?q=node/10
Strike, K.T., Sims, P.A., Mann, S.L. & Wilhite, R.K. 2016. Transforming professional practice: A framework for effective leadership. London: Rowman & Littlefield.