Impak Ketidaktentuan Harga Minyak Kelapa Sawit Terhadap Masyarakat di Felda Lepar Hilir 1, Gambang
Abstract
Tujuan kajian ini untuk menganalisis impak ketidaktentuan harga minyak kelapa sawit terhadap kesejahteraan hidup peneroka Felda. Hasil penjualan kelapa sawit merupakan sumber pendapatan yang utama bagi peneroka Felda untuk menampung kos penyaraan hidup keluarga mereka. Kajian ini meneliti tentang impak ketidaktentuan harga minyak kelapa sawit terhadap kesejahteraan hidup masyarakat Felda dan dianalisis melalui tiga objektif iaitu demografi, impak positif dan impak negatif. Kajian ini menghasilkan satu alternatif lain dalam mengatasi masalah ketidaktentuan harga minyak kelapa sawit ini bagi mengelakkan kesejahteraan hidup peneroka Felda terjejas. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pendekatan kajian survei yang melibatkan seramai 100 orang peneroka di Felda Lepar Hilir 1, iaitu sebanyak 6 blok yang telah dipilih untuk mengedarkan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa ramai peneroka yang mempunyai pekerjaan sampingan yang dijadikan sebagai pendapatan sampingan mereka daripada mengharapkan duit minyak kelapa sawit sahaja. Cadangan kajian masa depan ialah membuat kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual secara lebih mendalam pada setiap peneroka untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai impak ketidaktentuan harga minyak kelapa sawit terhadap kesejahteraan hidup mereka. Kajian ini juga dapat memberi banyak peluang kepada pengkaji untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta pengalaman kerana dapat mengaplikasikan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik yang akan diedarkan secara rawak kepada peneroka Felda. Secara keseluruhannya, diharapkan agar kajian ini dapat membantu pengkaji dalam menyelidik impak daripada berlakunya ketidaktentuan harga minyak kelapa sawit ini terhadap kesejahteraan hidup peneroka Felda.
Downloads
References
Abdollah, M., Amiruddin, H., & Nordin, M. (2021, Mei 7). Effect of fibre length and composition on the tribological atributes of oil palm fibre polymeric composite: organic brake friction material. Industrial Lubrication and Tribology, 73(4), 614-620. https://doi.org/10.1108/ILT-01-2021-0019.
Adzani. R., & Arif, M. (2023, Jun 30). Produksi dan kelapa sawit provinsi Kalimantan Barat dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya. Jurusan Akuntasi Politeknik Negeri Pontianak, 19(1). 69-81. https://doi.org/10.31573/eksos.v19il.531
Azman, N., Samion, S., Moen, M., Hamid, M., & Musa, M. (2019, September 23). The anti-wear and extreme pressure performance of CuO and graphite nanoparticles as an additive in palm oil. International Journal of Structural Integrity, 10(5), 714-725. https://doi.org/10.1108/IJSI-03-2019-0026.
Bukhari, S. (2021). Sample size determination using Krejcie and Morgan Table. Research Gate. https://doi.org/10.13140/RG.2.2.11445.19687
Caska, C., & Indrawati, H. (2018, November 9). How to maintain sustainability of micro and small enterprises of crispy oil palm mushroom. Journal of Science and Technology Policy Management, 10(2), 431-456. https://doi.org/10.1108/JSTPM-01-2018-0005.
Din, H., Hassan, N., & Noor, M. (2019). Structural Eelement Approach in Model Development of Federal Land Development Authority (FELDA). Journal of Social Transformation and Regional Development, 1-1, 32-40. https://doi.org/10.30880/jstard.2019.01.01.005
Ding, Y., Wu, J., Wang, J., Lin, H., Wang, J., Liu, G., Pei, X., Liu, F. & Tang, C.Y. (2019). Superhydrophilic and mechanical robust PVDF nanofibrous membrane through facile interfacial Span 80 welding for excellent oil/water separation”. Applied Surface Science, 485, 179-187.
Efendy Goon, D., Kadir, S.A., Hamimah, S., Latip, N.A., Rahim, S.A. & Mazlan, M. (2019). Palm oil in lipid-based formulations and drug delivery sustems. Biomolecules, 9(2), 64-78.
Evizal, R., Sari, R., Saputra, H., Setiawan, K., & Prasmatiwi, F. (2021). Pengaruh Irigasi terhadap Pertumbuhan dan Produksi Kelapa Sawit. Jurnal Agrotropika, 20(1), 58-67. https://doi.org/10.23960/ja.v20i.4848.
Farooq, A., Shafaghat, H., Jae, J., Jung, S.C. and Park, Y.K. (2019). Enhanced stability of bio-oil and diesel fuel emulsion using Span 80 and Tween 60 emulsifiers. Journal of Environmental Management, 231 (10), 694-700.
Hidayah, N., Ahmad, B. & Lucky, N. (2019). Factor affecting the disclosure of sustainability reporting”, International Journal of Commerce and Finance, 5(2), 219-229
Ismail, D. (2020). Teori ekonomi dan pengurusan kekayaan oleh Ibn Khaldun. Jurnal Penyelidikan Islam, 127-132. https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/33966/Article_9.PDF.
Ismail, M., Alim, N., Shafiai, M., & Mawar, M. (2022). Impak harga minyak sawit terhadap Pertumbuhan Sektor Pertanian. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47-57. https://doi.org/10.17576/doi.
Jones, D. (2022). Challenges in combating corruption in Malaysia: issues of leadership, culture and money politics. Public Administration and Policy, 25(2), 136-149. https://doi.org/10.1108/PA)-01-2022-0002.
Karlan, D., & Morduch, J. (2019). Economics Improve Your World (illustrated ed.). Mc Graw Hill. https://books.goole.com.my/books/about/Economics. Html?id=u31jyAEACAAJ&source=kp_book_description&redir_esc=y.
Krejcie R. V. & Morgan D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Sage Journals Educational and Psychological Measurement, 38(1), 99. https://doi.org/10.1177/doi.
Mahamod, Z., & Nor, U. (2012). Persepsi Guru Bahasa Melayu Terhadap Tahap Penerapan Kemahiran Generik di dalam Kelas. Jurnal Teknologi, 59, 9-19. https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/download/179/178.
Mareeh, H., Prabakusuma, A., Hussain, M., Patwary, A., Dedahujaev, A., & Aleryani, R. (2022). Sustainability and profitability of Malaysia crude palm oil supply chain management: system dynamics modelling approach. Nankai Business Review International, 14(4), 2040-8749. https://doi.org/10.1108/NBRI-01-2022-0003
Rahman, A., Munandar, S., Fitriani, A., Karlina, Y., & Y. (2022). Pengertian pendidikan, ilmu pendidikan dan unsur-unsur pendidikan. Journal Unismuh, 2(1). https://journal.unismuh.ac.id/index.php/alurwatul.
Rose, R., & Elias, S. (2021). Implikasi Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit dan Pengaruhnya Terhadap Pendapatan Penduduk Setempat. e-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 8(1), 56-86.
Susczmilch, J. (1762). Konsep dasar dan sumber data demografi. College Sidekick. https://www.collegesidekick.com/study-docs/5225523.
Tenge, F., Tahir, Z., & Raj, A. (2022). Persepsi Terhadap Penggunaan Teknologi Moden Dalam Penanaman Kelapa Sawit. Journal of Social Sciences and Humanities, 18(9), 176-194. https://journalarticle.ukm.my/19025/1/52068-170954-1-SM. pdf.
Wahab, M. (2020). Konsep Usia atau Lama-Waktu Bahasa Melayu dalam Bidang Linguistik Sejarah dan Perbandingan. E-JBL, 2(1). https://ejbl.kuis.edu.my.
Zaimah, R., Novel Lyndon, Sarmila, M. S. & Mohd Yusof Hussain. (2020). Keberkesanan integrasi sawit meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit. Journal of Social Sciences and Humanities. 14(6), 152-163.