Persepsi Murid Terhadap Kesediaan Penggunaan Bahan Bukti dengan Stail Belajar Berbeza

  • M. Kaviza Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Keywords: bahan bukti, stail belajar, kesediaan, persepsi

Abstract

Kajian tinjauan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan terhadap penggunaan bahan bukti berdasarkan stail belajar yang berbeza. Seramai 521 orang murid Tingkatan Empat melalui teknik persampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang diadaptasi, disahkan pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian ANOVA Satu Hala dan MANOVA melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesediaan terhadap penggunaan bahan bukti secara keseluruhannya dan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berada pada tahap sederhana bagi keenam-enam jenis stail belajar walaupun stail bersendirian telah mempamerkan min yang lebih tinggi dalam kajian ini. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan min kesediaan terhadap penggunaan bahan bukti dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berdasarkan stail belajar. Implikasi kajian ini telah mencadangkan bahawa kesediaan terhadap penggunaan bahan bukti merupakan suatu langkah bijak yang perlu diberi perhatian oleh guru dengan mengubahsuai penggunaannya selari dengan stail belajar murid.

Statistics
Abstract views: 91 , PDF downloads: 89

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-11-24
How to Cite
Kaviza, M. (2019) “Persepsi Murid Terhadap Kesediaan Penggunaan Bahan Bukti dengan Stail Belajar Berbeza”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), pp. 21 - 30. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/304 (Accessed: 29May2020).
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>