Hak Akses Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam: Realiti di Malaysia
Abstract
Peningkatan bilangan orang kurang upaya dalam kependudukan di Malaysia telah menyebabkan kerajaan perlu untuk mewujudkan pelbagai kemudahan, termasuk akses orang kurang upaya ke bangunan awam kerana penikmatan hak asasi yang asas banyak melibatkan hak akses. Namun, undang-undang yang berkaitan dengan akses orang kurang upaya ke bangunan awam di Malaysia tidak menyeluruh dan mempunyai kelemahan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu tentang hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam dan memberikan cadangan untuk menambah baik peruntukan tentang akses orang kurang upaya ke bangunan awam di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, metod kajian yang digunakan ialah pendekatan kualitatif iaitu pendekatan perundangan tulen yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Data dikumpulkan daripada pelbagai sumber, terutamanya Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685], Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986 (UUKBS), Konvensyen tentang Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) dan kes-kes mahkamah. Berdasarkan analisis yang dijalankan, artikel ini mendedahkan bahawa isu-isu tentang hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam di Malaysia ialah ketidakselarasan undang-undang Malaysia dengan CRPD, ruang lingkup perundangan yang terhad, ketiadaan peruntukan audit akses serta kuasa terhad Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya. Oleh itu, artikel ini mencadangkan agar Akta 685 dan UUKBS dipinda untuk memastikan undang-undang ini sejajar dengan CRPD. Kesimpulannya, terdapat keperluan untuk meneliti semula semua peruntukan tentang hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam di Malaysia bagi menjamin hak-hak orang kurang upaya di sisi undang-undang.
Downloads
References
Abdul Rahim, A., & Abd. Samad, N. A. (2010). Accessible Built Environment for the Elderly and Disabled in Malaysia: Hotels as Case Studies. Journal of Construction in Developing Countries, 15(2), 1–21.
Abdul Rahim, A., & Abd. Samad, N. A. (2014). Universal Design from Islamic Perspective: Malaysian Masjid. Journal of Architecture, Planning and Construction Management, 4(2). https://doi.org/10.31436/japcm.v4i2.548
Abdul Rahim, A., Zen, I., Abd. Samad, N. A., & Che Rahim, C. R. (2014). Universal Design and Accessibility: Towards Sustainable Built Environment in Malaysia. Proceedings of the International Conference on Universal Design UD 2014, 299–306.
Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685)
Asalal, N., Sidek, S., & Abd Wahab, H. (2023). Keperluan Golongan Profesional Terlatih Mengendalikan Golongan Orang Kurang Upaya di Malaysia. Asian People Journal (APJ), 6(1), 143-155. https://doi.org/10.37231/apj.2023.6.1.444
Badan Peguam Malaysia. (2012). Memorandum Gerakan Bersama Kebangkitan Orang Kurang Upaya 2012 (Memorandum BANGKIT 2012). Badan Peguam Malaysia.
http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=3655
Fowler v Kanawha Valley Fine Jewelry and Loan LLC 2015 WL 164096 (S.D.W.VA. 2015)
Gray, D. B., Gould, M., & Bickenbach, J. E. (2003). Environmental Barriers and Disability. Journal of Architectural and Planning Research, 20(1), 29–37. http://www.jstor.org/stable/43030640
Imrie, R. (1996). Disability and the City: International Perspective. Paul Chapman Publishing Ltd.
Jakob Renner & Ors v Scott King & Ors [2000] 5 MLJ 254
Kadir, S. A., & Jamaludin, M. (2012). Users’ Satisfaction and Perception on Accessibility of Public Buildings in Putrajaya: Access Audit Study. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 50, 429-441.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2022). Laporan Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri dan Kategori sehingga 31 Ogos 2022. Jabatan Kebajikan Masyarakat. https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JP
OKU/Statistik%20Pendaftaran%20OKU%20Sehingga%2031%20Ogos%202022.pdf
Krishnamoorthi, C., Mohd Shariff, A. A., Yahya, M. A., & Zairiasdi, M. M. A. (2022). Adakah Penyediaan Kemudahan Awam untuk Orang Kurang Upaya di Malaysia Mencukupi? Satu Tinjauan Sosio-Perundangan Ringkas. Journal of Muwafaqat, 5(2), 73–84. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v5i2.125
M. Rezaul, I. (2015). Right of the People with Disabilities and Social Exclusion in Malaysia. International Journal of Social Sciene and Humanity, 5(2), 171-177.
Maidin, A. J. (2012). Legal Framework Regulating for Improving Accessibility to Built Environment for Disabled Persons in Malaysia. Social Science Research Network, 1(1), 1–14. http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.1992205
Md. Tah, I. H. (2013). A Need for Remedial Provision to Protect Persons with Disabilities in Malaysia. Proceedings of the Kuala Lumpur International Business Economics and Law Conference, 1–4.
Md. Tah, I. H. (2014). Orang Kurang Upaya (OKU) dan Hak Untuk Hidup: Satu Analisis Perundangan di Malaysia. Proceedings of the International Conference on Law, Policy and Social Justice (ICLAPS 2014), 1–9.
Mokhtar, K. A., & Md. Tah, I. H. (2016). Malaysia’s Ratification of the UN Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UNCRPD). International Journal of Business, Economics and Law, 11(4), 83–87.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Stegner v Franco 228 F.3d 889 (8th Cir. 2000)
Story, M. F., Mueller, J. L., & Mace, R. L. (1998). The Universal Design File: Designing for People of All Ages and Abilities. North Carolina State University.
Sufian, A. (2007). The Accessibility of Buildings and Houses for Disabled Persons: The Law and Practice in Malaysia. IIUM Law Journal, 15(1), 59–83. https://doi.org/10.31436/iiumlj.v15i1.60
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. (2011). Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2011. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/2021/03/Laporan-Tahunan-2011.pdf
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. (2012). Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2012. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/2024/04/Laporan-Tahunan-2012.pdf
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. (2014). Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2014. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/2024/04/Laporan-Tahunan-2014.pdf
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. (2019). Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2019. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/2021/02/SUHAKA
M-LT2019-1.pdf
Ta, T. L., & Leng, K. S. (2013). Challenges Faced by Malaysians with Disabilities in the World of Employment. Disability, CBR & Inclusive Development, 24(1), 6–21. https://doi.org/10.5463/dcid.v24i1.142
The Royal Bank of Scotland Group Plc v Allen [2009] EWCA Civ 1213
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986
United Nations. (2006). Convention on the Rights of Persons with Disabilities. United Nations. https://www.un.org/disabilities/documents/convention/convoptprot-e.pdf
United Nations. (2022). UN Treaty Body Database. Office of UN High Commissioner for Human Rights. https://indicators.ohchr.org
World Health Organisation. (2011). World Report on Disability. https://www.who.int/disabilities/world_report/2011/report.pdf