Pendidikan Inklusif: Efikasi Kendiri Guru Prasekolah

  • Mohammad Azman Jongkulin Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Roslee Talip Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Muhammad Suhaimi Taat Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: pendidikan inklusif, efikasi kendiri guru prasekolah, pengajaran, kerjasama, pengurusan tingkah laku

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti efikasi kendiri Guru Prasekolah terhadap pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 100 orang Guru Prasekolah di Zon Pantai Barat Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science version 25.0). Berdasarkan analisis deskriptif, dapatan kajian ini menunjukkan efikasi kendiri Guru Prasekolah secara keseluruhan adalah berada pada tahap tinggi (M=3.7367, SD=.5938) dengan dimensi pengajaran (M=3.8000, SD=.6168) pada tahap paling tinggi diikuti oleh kerjasama (M=3.7417, SD=.6579) serta pengurusan tingkah laku (M=3.6683, SD=.6562). Ujian-t dan ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan efikasi kendiri Guru Prasekolah terhadap pelaksanaan Pendidikan Inklusif yang signifikan berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar.

Statistics
Abstract views: 218 , PDF downloads: 177

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-11-24
How to Cite
Jongkulin, M. A., Talip, R. and Taat, M. S. (2019) “Pendidikan Inklusif: Efikasi Kendiri Guru Prasekolah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), pp. 87 - 95. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/307 (Accessed: 29May2020).
Section
Articles