Tahap Kemahiran Menggunakan Kalkulator Saintifik (Statistik) dalam kalangan Pelajar di Politeknik Kota Kinabalu
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap penguasaan kemahiran pelajar menggunakan mod statistik kalkulator saintifik dalam kursus DJF51082 Quality Control. Seramai 59 orang pelajar semester 5 yang mendaftar kursus ini di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Kinabalu bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dan Mekanikal sesi 1 2023/2024 telah dipilih sebagai sampel. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk memperoleh kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai kalkulator jenama Casio siri fx-570/991 dengan fx-570MS/991MS (64.4%), fx-570ES/991ES (23.7%) dan fx-570EX/991EX (5.1%). Seramai 93% pelajar menyatakan tidak mahir menggunakan mod statistik pengiraan regresi. Analisis min keseluruhan bagi tahap penguasaan kemahiran menggunakan kalkulator saintifik berada pada tahap rendah di mana tahap kemahiran menggunakan mod statistik pengiraan regresi dikenalpasti adalah paling rendah. Justeru itu, penekanan terhadap kemahiran tersebut perlu diberi lebih perhatian sewajarnya. Dapatan kajian menunjukkan pelajar telah memilih dua kaedah iaitu video Youtube dan bengkel sebagai kaedah paling berkesan meningkatkan kemahiran menggunakan kalkulator saintifik. Diharap kajian ini dapat memberi maklumat awal kepada penyediaan alat bantu mengajar yang berkesan dan seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam kursus DJF51082 Quality Control.
Downloads
References
Amanti, P. G., Natasya, L., & Ng, K. M. (2023). Scientific calculators in mathematics classroom: A hindrance or a scaffold? Instructional Media for Mathematics, 1(1).
Besterfield, D. H. (1994). Quality control (4th ed.). Prentice Hall International, Inc.
Casio. (2012). User’s guide fx-570MS. Casio.
Kissane, B. (2019). Learning about statistics with scientific calculators. Reflections, 44 (4), 2–6. https://researchportal.murdoch.edu.au
Kissane, B. (2020, July 1). Integrating technology into learning mathematics: the special place of the scientific calculator. Journal of Physics: Conference Series, 1581(1), 012070. https://doi.org/10.1088/1742-6596/1581/1/012070
Lim, H. C. (2020). Penggunaan modul Smart-Flip ke arah meningkatkan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 17, 18–36.
Mahmoud, G. M., & Gelany, S. (2021). An investigation on using Lagrange, Newton and Least Square Methods for generating nonlinear interpolation function for the measuring instruments. ASM Science Journal, 14, 1–8. https://doi.org/10.32802/asmscj.2020.702
Malini Kamlin, & Tan, C. K. (2020). Adaptasi video dalam pengajaran dan pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 105–112. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.508
Mohamad Najib, A. G. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Mohd Syafiq Abdul Rahman, & Ahmad Rashidi Azudin. (2020). Excel in Calculus using calculator. Articles of Teaching and Learning in Higher Education, 1. https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/2020-1/Articles/Excel%20in%20Calculus%20using%20calculator%20v2.pdf
Mohd Syafiq Abdul Rahman, Siti Nurleena Abu Mansor, & Siti Mariam Saad. (2022). Scientific calculator proficiency and competency among secondary school students in Mathematics Education. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, Vol.11, Issue 2 1002–1011. https://doi.org/10.6007/IJARPED/v11-i2/14043
Muhammad, Z. (2023). 80% of Gen Z Use YouTube Every Month, But Other Platforms Aren't Far Behind. Digital Information World. https://www.digitalinformationworld.com/2023/10/80-of-gen-z-use-youtube-every-month-but.html
Natasha Mohd Ishak, Harikrishnan Ranganathan, & Kamalambal Harikrishnan. (2022). Learning preferences of generation Z undergraduates at the University of Cyberjaya. Journal of Learning for Development, 9(2), 331–339. https://doi.org/10.56059/jl4d.v9i2.584
Nor Shahila Ishak, & Fariza Khalid. (2021). Penggunaan video YouTube bagi meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam pembelajaran Geografi Fizikal di sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 228–240. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.708
Politeknik Kota Kinabalu. (2023). Analisis course outcome review report (CORR) kursus DJF51082 Quality Control Sesi 1 2022/2023. Politeknik Kota Kinabalu. http://spmp.polikk.edu.my/uexam2/markahnilaihasilcorrkohotbaruringkas.jsp?
Riduwan. (2012). Skala pengukuran variabel-variabel penelitian. Alfabeta.
Sosianika, A., Sartika, E., & Amalia, F. A. (2023). The role of scientific calculators in improving statistics learning. Jurnal Lebesgue : Jurnal Ilmiah Pendidikan Matematika, Matematika Dan Statistika, 4(2), 764–775. https://doi.org/10.46306/lb.v4i2.282
Zainah, Y., Jamiatun Nadwa , A. @ I., Azwan, A., Siti Rafeah , M. Y., & Nursyazwani , A. H. (2021). Penggunaan Calculator Smart User Manual (C-SUM) dalam pembelajaran Matematik bagi topik Perihalan Data. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru, 18, 133–146.
Zuraira Libasin, & Norazah Umar. (2020). How to solve an Interpolation using calculator. Teaching and Learning in Higher Education, 1, 123–130. https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/2020-1/Articles/How%20to%20Solve%20an%20Interpolation%20Using%20Calculator