Hubungan Efikasi Kendiri Guru dengan Mindset Guru Sekolah Rendah

  • Nancy Leong Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Dg Norizah Binti Ag Kiflee@Dzulkifli Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: efikasi kendiri, guru sekolah rendah, mindset tetap, mindset pertumbuhan

Abstract

Kertas konsep ini bertujuan membincangkan tentang efikasi kendiri dengan mindset guru sekolah rendah di Negeri Sabah. Kecemerlangan akademik tidak akan mampu direalisasikan sekiranya barisan guru hari ini tidak mempunyai efikasi yang merujuk kepada strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan pelajar. Dalam mengejar kecemerlangan ini, guru-guru perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka. Apabila guru yakin dan sentiasa bermotivasi dalam pengajaran, maka proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan bagi mencapai matlamat sekolah iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang. Sejak lima dekad terdahulu, kajian menunjukkan bahawa efikasi kendiri guru berkait rapat dengan pencapaian pelajar. Semakin tinggi efikasi guru semakin besar kesannya kepada pelajar. Tambahan pula, guru yang mempunyai mindset pertumbuhan (growth mindset) berbanding mindset tetap (fixed mindset) menunjukkan lebih besar impak positifnya kepada pencapaian akademik pelajar. Mindset tetap (fixed mindset) adalah kepercayaan bahawa trait individu adalah sesuatu yang telah ditetapkan. Setiap insan mempunyai kelebihan otak dan bakat yang tertentu dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk mengubahnya. Mindset pertumbuhan (Growth) ditakrifkan sebagai kepercayaan seseorang individu bahawa trait seseorang seperti kecerdasan dan bakat boleh diperkembangkan melalui usaha dan sifat dedikasi. Justeru tidak hairan bahawa efikasi kendiri berkait rapat dengan mindset guru dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Balzer, J. F. (2014). Relationship between teachers’ beliefs and student achievement in middle school mathematics (Doctoral dissertation). Retrieved from ProQuest. (3717678)

Bandura, A. (1997). Self-Efficacy, The Exercise of Control. New York:W.H Freeman Company.

Dweck, C. S. (2008). Mindset: The new psychology of successs. Random House Digital.

Dweck, C. S. (2000). Self-theories their role in motivation, personality, and development.New York, NY: Routledge.

Dweck, C. S. (2013). Implicit theories. In P. A. Van Lange et al. (Eds.). Handbook of theories of social psychology (Vol. 2, pp. 43-61). Thousand Oaks, CA: Sage.

Dweck, C. S. (2015, January). Teachers’ mindsets: Every student has something to teach me. Educational Horizons, 93(2), 10-14.

Glos, K. S. (2018). Exploring the relationship beetween teacher self-efficacy and mindset in high school teachers.

Griffin & Moorhead. (2014). Organizational: Behavior, Managing People and Organizations. South Western: Cengage Learning.

Palazzolo, S. (2016). The relationship between mindset and self-efficacy in pre-service elementary teacher candidates teaching science, and its implications on science teaching (Doctoral dissertation). Retrieved from ProQuest. (10125937)

Robbins & Judge. (2013). Organizational Behavior. New Jersey: Pearson Education Inc.

Silbaugh, K. M. (2016). An exploration of the relationship between principal selfefficacy, mindset, & performance outcomes (Doctoral dissertation). Retrieved from ProQuest. (10249534)

Stewart, K. L. (2018). The Role of Growth Mindset and Efficacy in Teachers as Change Agents.

Tschannen-Moran, M and Hoy, A. W (2001). Teacher Efficacy: Capturing an elusive construct. Teaching and Teacher Education, 17, 783-805. http://www.coe.ohio.state.edu/ahoy/AERAEfficacymeasure%20.pdf
Published
2019-11-24
How to Cite
Leong, N. and Ag Kiflee@Dzulkifli, D. N. (2019) “Hubungan Efikasi Kendiri Guru dengan Mindset Guru Sekolah Rendah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), pp. 122 - 125. doi: 10.47405/mjssh.v4i7.310.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)