Pengaruh Kualiti Perkhidmatan Institusi, Kepuasan Latihan Industri dan Pembelajaran Terarah Kendiri Terhadap Kebolehgajian Pelajar Kolej Vokasional di Sabah

  • Asrin Gili Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Abdul Said Ambotang Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: Kebolehgajian, tanggapan kebolehgajian diri, kualiti perkhidmatan, kepuasan latihan industri, pembelajaran terarah kendiri

Abstract

Isu pengangguran graduan kesan daripada kepesatan perubahan pasaran buruh yang disebabkan oleh ketidaktentuan sosioekonomi, perubahan organisasi serta kemajuan teknologi telah mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di peringkat global. Isu yang sangat sinonim dengan kebolehgajian ini perlu ditangani oleh semua pihak termasuklah institusi pendidikan tinggi, pihak industri yang menawarkan kolaborasi latihan serta individu pelajar sendiri. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pengalaman pembelajaran pelajar yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan institusi, kepuasan latihan industri, dan pembelajaran terarah kendiri (PTK) terhadap tanggapan kebolehgajian diri khususnya dalam kalangan pelajar kolej vokasional di Sabah, Malaysia. Antara teori dan model yang digunakan sebagai panduan kajian ialah Model SSPE (Students Self-Perceived Employability), Model HESQUAL, Model Kepuasan Internship dan Model PRO-SDL (Personal Responsibility Orientation of Self-Directed in Learning). Kajian kuantitatif yang mengaplikasikan kaedah tinjauan cross-sectional ini menggunakan satu set soal selidik berstruktur yang diadaptasi. Kajian rintis melibatkan 105 responden mendapati bahawa kesemua instrumen yang digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini diharap dapat membantu para pemegang taruh KV di semua peringkat khasnya di peringkat institusi, industri dan pelajar sendiri dalam menambah baik program pendidikan sekali gus memastikan matlamat serta objektif untuk meningkatkan kebolehgajian pelajar dapat dicapai dengan cemerlang melalui intervensi kualiti perkhidmatan, latihan industri dan gaya pembelajaran terarah kendiri.

Statistics
Abstract views: 142 , PDF downloads: 123

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-11-24
How to Cite
Gili, A. and Ambotang, A. S. (2019) “Pengaruh Kualiti Perkhidmatan Institusi, Kepuasan Latihan Industri dan Pembelajaran Terarah Kendiri Terhadap Kebolehgajian Pelajar Kolej Vokasional di Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), pp. 126 - 139. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/311 (Accessed: 29May2020).
Section
Articles