Membangun Peradaban Islam Menurut Al-Qur'an: Penelitian Surah Al-Kahfi

  • Siti Nur Aisyah Mohd Azemi Azman Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
  • Sarinah Yahya Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
Keywords: pembangunan peradaban Islam, Surah Al-Kahfi, kisah Zulqarnain, Ibrah Al-Qur'an

Abstract

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai istilah sendiri untuk memberi gambaran mengenai tahap kegemilangan peradaban dan kemajuan hidup yang dicapai oleh mereka. Secara umumnya, peradaban adalah hasil dari rangkaian produk budaya manusia. Semakin banyak produk budaya satu bangsa, semakin tinggi pula tingkat peradaban bangsa tersebut. Untuk membangun sesebuah peradaban, agama juga menjadi salah satu peranan yang penting kerana peranan agama membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Oleh kerana itu, tujuan kajian ini adalah ingin membuktikan bahwa agama Islam adalah agama yang universal dan menyeluruh, dan ianya jelas dengan intipati yang ada dalam al-Qur’an yang menyentuh seluruh aspek kehidupan baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Bahkan juga banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menyentuh tentang peradaban manusiawi. Salah satu contohnya adalah surah al-Kahfi, di dalamnya terdapat banyak kisah yang diceritakan untuk kita mengambil ibrah dari kisah-kisah tersebut. Antara kisah yang terdapat di dalam surah al-Kahfi adalah kisah Zulqarnain seorang hamba Allah SWT yang sangat tawadhuk dalam mengelola kerajaannya, sehingga kisahnya telah diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an. Juga terdapat beberapa kisah lain yang dapat dikaitkan dalam pembinaan sahsiah diri dan masyarakat, kerana dalam membangun peradaban Islam menurut al-Qur’an tidak hanya mengutamakan dari sudut material semata tetapi ianya juga harus berjalan seiring dengan sudut spiritual. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui metode analisis yang berkaitan seperti buku dan kitab tafsir, artikel serta kertas kerja. Hasil dari kajian ini membuktikan bahawa al-Qur’an merupakan sumber asas dalam membangun peradaban Islam dan menunjukkan bahawa terdapat tiga elemen penting untuk membangun peradaban Islam iaitu, aqidah, syariat dan akhlak.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Latif Muda dan Rosmawati Ali (2014). Ulum Al-Qur’an. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.

Abd Aziz Harjin (2000). Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam. (BIROTEKS Universiti Teknologi MARA. Selangor.

Abd Aziz Harjin. Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam.

Abd Aziz Harjin. Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam… Ms 16.

Abdul Hadi Awang (2013). Tafsir Surah Al-Kahfi. Aisyah Humaira Publication. Kuala Lumpur. 2013).

Abdul Hadi Awang. Tafsir Surah Al-Kahfi… Ms 20.

Abdul Hadi Awang. Tafsir Surah Al-Kahfi… Ms 216.

Abdul Hadi Awang. Tafsir Surah Al-Kahfi… Ms 224.

Abdullah Bin Muhammad. (2008). Lubaabut Tafsir Min Ibni Katsir. Ter: M. Abdul Ghoffar dan Abu Ihsan. Tafsir Ibnu Katsir. Pustaka Imam Asy-Syafi’i. Bogor.

Abdullah Bin Muhammad. Lubaabut Tafsir Min Ibni Katsir… Ms 296.

Abu Abdullah Ahmad Bin Muhammad (2001). Musnad Al-Imam Ahmad Bin Hanbal. (Beirut: Al-Risalah.

Abul A’la Al-Maududi. Al-Hadharah Al-Islamiyah Ususuha Wa Mabadi’uha. Ter: Halimuddin (1985). Asas Dan Prinsip Peradaban Islam. Pustaka Nasional Pte Ltd. Singapura.

Abul A’la Al-Maududi. Al-Hadharah Al-Islamiyah Ususuha Wa Mabadi’uha.

Al-Qurthubi (2008). Al-Jami’ li Ahkaam Al-Qur’an. Ter: Amir Hamzah. Tafsir Al-Qurthubi. Pustaka Azzam. Jakarta.

Ibnu Khaldun (1986). Muqaddimah. Ter: Ahmadie Thoha. Muqaddimah Ibn Khaldun. (Pustaka Firdaus. Jakarta.

M. Abdul Jabar Beg (1985). Perspectives of Civilization. Ter: Suhendra Yusuf dan Dodi Sukmayadi. Perspektif Peradaban. (University of Malaya Press. Kuala Lumpur.

Muhammad Asad (1981). Al-Islam ‘Ala Muftaraq al-Thoriq. Ter: M. Hashem. Islam Di Simpang Jalan. Pustaka. Bandung.

Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad dan Nik Kamaliah Nik Abdullah (2009). Kenalilah Tamadun (Al-Hadharah). (Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM. Selangor.

Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad dan Nik Kamaliah Nik Abdullah. Kenalilah Tamadun (Al-Hadharah)… Ms 50.

Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad dan Nik Kamaliah Nik Abdullah. Kenalilah Tamadun (Al-Hadharah)… Ms 52.

Sayyid Quthb (2003). Fi Zhilalil Qur’an, Beirut: Darul Shorouk.

Uthman Bin Sa’id Al-Dani (2010). Al-Sunan Al-Waridah fi Al-Fitan wa Ghawailiha wa Al-Sa’ati wa Asyratiha. Al-Riyadh: Darul ‘Ashimah.

Yusuf Al-Qardhawi (1999). Al-Islam Hadharah Al-Ghad. Ter: Haji Juanda Haji Jaya. Tamadun Islam Alternatif Masa Depan. (Maktabah Al-Qardhawi. Selangor.

Yusuf Al-Qardhawi. Al-Islam Hadharah Al-Ghad.

Yusuf Al-Qardhawi. Al-Islam Hadharah Al-Ghad… Ms 173.
Published
2019-12-05
How to Cite
Mohd Azemi Azman, S. N. A. and Yahya, S. (2019) “Membangun Peradaban Islam Menurut Al-Qur’an: Penelitian Surah Al-Kahfi”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), pp. 178 - 186. doi: 10.47405/mjssh.v4i7.319.
Section
Articles