Rekonstruksi Dalaman Dialek Hulu Perak Utara Purba (DHPUP)
Abstract
Kajian ini merupakan suatu usaha merekonstruksi fonem purba Dialek Hulu Perak Utara yang diandaikan pernah wujud di bahagian Hulu Perak Utara suatu ketika dahulu. Tujuan kajian dilakukan untuk memperolehi sistem fonem purba dialek Hulu Perak Utara (DHPU), dan menelusuri hubungannya dengan bahasa induk Melayik Purba (MP) oleh Adeelar (1992). Kaedah perbandingan yang digunakan merupakan tatakaedah perbandingan kualitatif atau dikenali sebagai kaedah tradisional dalam bidang linguistik sejarawi dengan cara kerja rekonstruksi dalaman. Kaedah rekonstruksi dalaman digunakan untuk menerangkan hipotesis bentuk purba yang dituturkan oleh masyarakat di HPU suatu ketika dahulu. Perbandingan ini didasari dengan 508 daftar kata dalam enam bidang semantik. Sembilan buah varian di HPU (Gerik dan Pengkalan Hulu) dijadikan dasar kepada perbandingan untuk melakukan rekonstruksi. Hasil rekonstruksi telah menemukan sistem fonem purba dialek HPU yang terdiri daripada 4 fonem vokal purba dan 18 fonem konsonan purba. Vokal purba DHPU memperlihatkan pengekalan secara langsung daripada vokal MP dan pengurangan satu konsonan daripada MP. Implikasi daripada kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi input dalam membuat klasifikasi varian di HPU, serta memberi sambutan kesarjanaan dalam melakukan kerja rekonstruksi leksikon mengikut tatakaedah kualitatif.
Downloads
References
Adeelar, K.A. (1992). Proto-Malayic: The Reconstructions of Phonology and Parts of Its Morphology and Lexical. Pacific Linguistic, Series C 119.Canbera: The Australia National University.
Asmah Omar. (1995a). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (1995b). Rekonstruksi kata dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (2015). Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Campbell, L. (2001). Historical Linguistic: An Introduction. Edinburgh University Press.
Collins, J.T. (1983). Dialek Ulu Terengganu. Monograf 8, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM. Bangi: Penerbit UKM.
Crowley, T., & Bowern C. (2010). An Introduction to Historical Linguistics. Auckland:Oxford University Press.
Fox, A. (1995). Linguistic Rekonstruction: An Introduction to Theory and Method. New York: Holt, Rinehart and Winston.
Groys, K. (1996). Linguistik Bandingan Historis. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.
Harun Mat Piah. (1983). Dialek Perak: Satu Tinjauan Ringkas. Kertas Kerja Bengkel Kepimpinan & Pengajian Kebudayaan. Jabatan Kebudayaan Belia & Sukan Negeri Perak (pp. 20-23). Ipoh, Perak.
Ismail Hussein. (1973). Malay Dialects in Peninsular. Nusantara, 3, 63-79.
Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman & Shahidi A. Hamid. (2014). Fosil Dialek Melayu Hulu Pahang. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 310-330.
Noriah Mohamed & Rohani Mohd Yusof. (2011). Pengelompokan Leksikostatistik bahasa-bahasa Peribumi di Sarawak. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Noriah Mohamed. (2021). Menelusuri Makna Linguistik Sejarah dan Perbandingan. Dlm. Noriah Mohamed (Ed.), Menelusuri Inti Sari Linguistik Sejarah dan Perbandingan. hlm 1-12. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Nur Habibah Che Rosdi. (2014). Dialektologi Geografi Hulu Perak Utara: Perbandingan Fonologi dan Leksikal. Tesis Ijazah Sarjana. Jabatan Pengajian Melayu, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Habibah Che Rosdi. (2021). Kesan persempadanan kawasan berdasarkan kajian linguistik bandingan. Malaysian Journal of Society and Space, 17(4), 45-61.
Nuwairi Khaza’ai. (2003). Dialek: Taburannya di Negeri Perak daripada Perspektif Dialektologi. Jurnal Pengajian Melayu, 13, 88-99.
Mahsun, M.S. (1995). Dialektologi Diakronis Sebuah Pengantar. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
Rahim Aman. (2017). Linguistik Bandingan Bahasa Bidayuhik. Edisi ke-2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Rahim Aman. (2018). Linguistik Bandingan Bahasa Iban. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Raja Mukhtaruddin. (1986). Dialek Perak. Ipoh: Yayasan Perak.
Sakinah Nik Muhammad Naziman & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2016). Bentuk dan Kedudukan Kata Tanya Dialek Perak Utara: Satu Huraian Deskriptif. Jurnal Bahasa, 6(2), 53-274.
Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin, & Zaharani Ahmad. (2017). Migrasi Masyarakat Luar dan Pengaruh dialek di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Bahasa, 17(1), 1-34.
Tajul Arippin Khasin & Tarmiji Misron (2014). Persamaan dan Perbezaan Fonologi Dialek Melayu Patani Gerik, Lenggong, Batu Kurau. Dlm. Noriah Mohamed (Ed.), Pendekatan Konstrasif dan Komparatif Bahasa-bahasa di Malaysia. hlm. 37-58. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia
Zaharani Ahmad. (1991). The Phonology and Morphology of Perak Dialect. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.