Kearifan Tempatan Melalui Deskripsi Diagnosis Penyakit Berdasarkan Manuskrip Perubatan Tradisional Melayu

Keywords: Ketidakseimbangan akhlat, Diagnosis, Manuskrip perubatan Melayu, Mizaj

Abstract

Artikel ini mengetengahkan sesuatu keadaan, situasi atau masalah yang dilakukan dalam perubatan tradisional Melayu bagi mendiagnosis ketidakseimbangan badan yang berkaitan dengan empat cecair badan (akhlat) yang mempengaruhi sistem tubuh badan. Kajian ini hanya memfokuskan ciri-ciri diagnosis dan distrukturkan semula maklumat berdasarkan kategori dan justifikasi dalam amalan perubatan tradisional dalam kearifan masyarakat. Tujuan utama artikel ini adalah untuk menganalisis kandungan teks berdasarkan tiga kriteria, iaitu (i) mengenal pasti ciri-ciri diagnosis penyakit yang digunakan (ii) menganalisis elemen penting yang mempengaruhi diagnosis penyakit, (iii) kaedah asas dalam mendiagnosis penyakit berdasarkan kitab perubatan Melayu Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kualitatif, iaitu menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks. Manuskrip perubatan Melayu Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah yang mengandungi lima bab, digunakan sebagai korpus kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati amalan diagnosis di dalam perubatan Melayu berdasarkan kitab perubatan Melayu Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah ini menekankan tentang ketidakseimbangan tubuh badan manusia yang dipengaruhi oleh keadaan empat cecair badan, iaitu balgham (dahak/kahak), dammi (darah), safrawi (hempedu kuning) dan sawdawi (hempedu hitam) serta mizaj (hasil campuran unsur, atau sifat tubuh badan, temperament). Justeru, dengan adanya maklumat analisis kandungan teks ini dapat menunjukkan perubatan tradisional Melayu yang menitikberatkan kaedah mengenal dan mengesan penyakit serta mengetengahkan amalan diagnosis dalam perubatan tradisional Melayu yang merupakan satu usaha penyembuhan penyakit dan mengekalkan kesihatan badan. Kaedah ini juga menyumbang kepada amalan perubatan mengubati penyakit secara sinergi dan komprehensif, iaitu mengintegrasikan perubatan tradisional dan moden.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Samad, A. (2005). Warisan Perubatan Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ab. Razak, Ab. K., Rohaidah, H & Mohd Jamil, M. (2021). Kajian Teks Ubat-Ubatan: Koleksi Universiti Malaya. Pusat kajian Kecemerlangan Melayu. Kuala Lumpur Universiti Malaya.

Abu Humayd, S. M. (2018). Pengubatan Islam - Antara Fakta & Auta. Putrajaya. DT Printing & Publishing

Ahmad Faisal, A. H. & Nurul W, F. (2012). Perubatan Melayu Tradisional: Kitab Tibb Pontianak. Journal of Al-Tamaddun, 7(1), 149–162. http://klikweb.dbp.my/

Andrea Z., Marja L. L & Andreas F. (2014). Diagnosis, Prevalence, and Treatment of Halitosis. Current Oral Health Reports, 1(4), 279–285. https://doi.org/10.1007/s40496-014-0036-5

Anida, S., Husna F, M. R. & Azlini A. T. (2022). The development of a Medicinal Nadir Glossary through the #Lancsbox 6.0 of Wizard Software. Malaysia Journal of Invention, 1(1), 73–84. https://digit360.com.my/mjii/index.php/home/article/view/10

Arba’iyah, M N. (2011). Perkembangan Pensejarahan Islam di Alam Melayu. Journal of Al-Tamaddun, 6(1), 29–50. https://doi.org/10.22452/jat.vol6no1.2

Asmiaty, A & Fadila, S. (2017). Persamaan dan Perbezaan Konsep dan Amalan Perubatan Tradisional Melayu dan Cina. In Perubatan Tradisional: Aplikasi Semasa. Pulai Pinang. Universiti Sains Malaysia.

Azizur, R., Javed. A, S., Zulkifle. M. & Ahmad, I. (2014). Concept of Akhlat Arba (four humors) with Relation to Health and Disease. International Journal of Herbal Medicine, 46(4), 46–49.

Azlina, M. (2018). Kepentingan Tumbuhan Dan Haiwan Dalam Perubatan Tradisional Melayu Dalam Sulalatus Salatin. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 6(2), 53–68. https://doi.org/10.47252/teniat.v6i2.190

Azlini, A. T & Husna F, M. R. (2024). Manfaat Halia dalam Kitab Perubatan Melayu Cerminan Kearifan Lokal Benefits of Ginger that Reflect Local Wisdom in Malay Medicine Manuscript. Global Journal Al Thaqafah, December, 118–135.

Baharuddin, O., Aminuddin A, H. K. & Abdul R, C. N. (1996). Penyebab dan gejala penyakit. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Che Wan J, W. M. R. (2000). Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam dan Sains. Kuala Lumpur. Utusan Publications.

Darlina Md N., Mardina I. A., Asmiaty A., Wan Faizah, W. Y., Zuraidah, M. Y. & Saad, O. (2017). Amalan Perubatan Tradisional dalam Kalangan Masyarakat Melayu, Cina dan India. In Perubatan Tradisional: Aplikasi Semasa. Pulai Pinang. University Sains Malaysia.

Ding, C. M. (2008). Manuskip Melayu Sumber Maklumat Peribumi Melayu. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faizurah, M. S., Saari, Z., Hanani, N., Rahman, A., & Mustafa, N. (2020). Amalan Diagnosis dalam Perubatan Melayu Berdasarkan Kitab Tib. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6,03-2.

Hakim, A. (2017). Kitab Perubatan Melayu: Khazinat Al-Insan. Kuala Lumpur. Akademi Jawi Malaysia.

Haliza, M. R. (2000). Prinsip dan Amalan dalam Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

Harun, M. P. (2006). Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia.

Harun, M. P. (2015). Ilmu Perubatan Melayu Tradisional dari Naskhah-Naskhah Lama. Jurnal Antarabangsa Alam Dan Tamadun Melayu, 3(3), 3–17. https://doi.org/10.17576/iman-2015-0303-01

Harun, M. P. & Zawiyah, B. (2014). Kitab Tib MSS 2515: Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks Dan Suntingan. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jacqlyn P, A. J. & Salmah J, N. M. (2021). Keistimewaan dan Kearifan Tempatan Masyarakat Melayu Menggunakan Buah-Buahan dalam Ilmu Perubatan. Jurnal Melayu, 20(1), 93–108. https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1390

Kamarudin, M. Q., Ripin, M. N., Haron, Z., & Mustafa, N. (2020). Tasawur Perubatan Melayu Berdasarkan Kitab Perubatan Melayu. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 2, 39–54.

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Marie, T. O. (2003). Encyclopedia & Dictionary of Medicine, Nursing, and Allied Health. Saunders. Pennsylvania State. Saunders.

Md Anzar, A., Mohd. Aleemuddin, Q. & Ghulamuddin S. (2020). Understanding Hormones in Terms of Humours ( Akhlat ) in Unani System of Medicine. Journal of Complementary and Integrative Medicine, 0(0) https://doi.org/10.1515/jcim-2020-0003

Mohammad, R. K. & Azizur, R. (2019). Narfarsi ( Eczema ) in Light of Unani Conception : A Review. 9(November), 80–84. International Journal of Health Sciences and Research, 9(11).

Mohd Affendi, M. S. (2021). Treatments of Eye Diseases in Malay Medical Manuscript Ramuan Obat. Journal of Al-Tamaddun, 16(1), 27–45. https://doi.org/10.22452/JAT.vol16no1.3

Mohd Affendi, M. S. & Hermansyah, M. Y. (2017). Kitab Perubatan Melayu Al-Rahmah Fi Al-Tibb Wa Al-Hikmah. Kuala Lumpur. Akademi Jawi Malaysia.

Mohd Hilmi, A. (2016). Mengenali Perubatan Ibnu Sina. Kuala Kubu Bharu. Pustaka HILMI.

Mohd Hilmi, A. (2017). Mengenali Perubatan Ibnu Sina : Penyakit, Punca, dan Simptom. Kuala Kubu Bharu. Pustaka HILMI.

Mohd Zawawi, M. & Nur Azuki, Y. (2019). Dinamisme Perubatan Tradisional dan Perubatan Islam dalam Alam Melayu. Kota Bharu. Universiti Malaysia Kelantan Press.

Muhammad, H. R., Mohamad Adib, I., Mohd Affendi, M. S & Izzuddin, A. N. (2021). An Insight Into Malay Medical Manuscript Mss 4016 and Typhoid Fever Remedies. 5(5), 2476–2496. International Journal of Allied Health Sciences (IJAHS). https://doi.org/10.31436/ijahs.v5i5.749

Munirah, Abd R., Khadher, A. & Nik Mohd Zaim, Ab. R. (2019). Penyalahgunaan Ayat Al-Quran Dan Penyelewengan Pusat Pengubatan Islam Di Malaysia. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 4(2), 429–448.

Naseer, S. (2012). Risalah Ilmu Perubatan. Pulai Pinang. Baytul Hikma.

Norhasnira, I. (2022). Shaykh Abbas Kuta Karang ’ s Contribution in Malay Medical Manuscript Writing. 135–146. Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami

Nornizam, N. (2019). Perubatan Melayu Berdasarkan Manuskrip Kitab Tibb Melayu. Pulai Pinang. Baytul Hikma.

Raja Nurhanin, R. P., Mohd Affendi, M. S. & Intan A, S. (2020). Ancient Remedies For Coughs And Cough-Related Symptoms: Analysis From Malay Medical Manuscripts. International Journal of Allied Health Sciences, 39(4), 1–9.

Rayyan, D. (2014). Menyelusuri Sejarah Perubatan Islam. Kuala Lumpur. E1 Publication Sdn.Bhd.

Rose F, I., Rusdi, A. R., Haris, A. W. & Zahari, I. (2019). Simptom Kemurungan dalam Kalangan Penagih Dadah Wanita di Pusat Rawatan dan Pemulihan Dadah. 4(2), 168–192.Journal of Nusantara Studies (JONUS). https://doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp168-192

Published
2025-04-25
How to Cite
Anuar Tan, A. and Mohamed Redzwan, H. F. (2025) “Kearifan Tempatan Melalui Deskripsi Diagnosis Penyakit Berdasarkan Manuskrip Perubatan Tradisional Melayu”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 10(4), p. e003350. doi: 10.47405/mjssh.v10i4.3350.
Section
Articles