Kearifan Tempatan dalam Sistem Bombon oleh Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuara, Sabah

  • Jacinta Tangil Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Asmiaty Amat Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: kearifan tempatan, Bombon, Kadazandusun, sogit, warisan kebangsaan, hukum adat

Abstract

Tulisan ini membincangkan sistem Bombon sebagai salah satu kearifan tempatan masyarakat Kadazandusun yang dilaksanakan sejak zaman nenek moyang mereka. Sistem ini digunakan sebagai satu kaedah pemuliharaan ikan air tawar secara tradisional yang paling berkesan. Melalui sistem Bombon, masyarakat Kadazandusun dapat melestarikan alam sekitar seterusnya dapat memastikan mereka mendapat sumber ikan secara berterusan. Sistem Bombon jelas memperlihatkan pengetahuan, nilai, kelakuan serta sikap masyarakat Kadazandusun terhadap alam sekitar dan hubungan sesama manusia. Manfaat pelaksanaan sistem Bombon yang paling penting adalah sebagai agen penyatuan seluruh penduduk kampung. Sebagai salah satu kearifan tempatan masyarakat Kadazandusun, hukum adat tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti ini. Pada hari ini, sistem Bombon bukan sahaja boleh dibanggakan sebagai warisan budaya masyarakat Kadazandusun malah sebagai salah satu warisan kebangsaan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan iaitu temu bual, pemerhatian dan kajian kepustakaan.

Statistics
Abstract views: 82 , PDF downloads: 104

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2020-02-20
How to Cite
Tangil, J. and Amat, A. (2020) “Kearifan Tempatan dalam Sistem Bombon oleh Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuara, Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(2), pp. 77 - 86. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/365 (Accessed: 29May2020).
Section
Articles