Amalan Gaya Komunikasi "Structuring" oleh Pengetua Wanita dalam Organisasi Pendidikan Menengah: Satu Kajian Kes

  • Emma Binti Tingkas Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Syahruddin Awang Ahmad Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: gaya komunikasi, pengetua wanita, komunikasi dalam organisasi

Abstract

Salah satu ciri untuk menjadi pemimpin yang baik adalah dengan mengamalkan gaya komunikasi yang difikirkan sesuai berdasarkan persoalan tentang "siapa", "di mana" dan "bagaimana". Pengetua wanita merupakan golongan yang tidak terlepas daripada berhadapan dengan isu di tempat kerja melibatkan organisasi dan juga karenah warga didalamnya. Gaya komunikasi merupakan satu tool yang digunakan dalam memastikan kelancaran pentadbiran organisasi sekolah dan juga untuk menangani sebarang permasalahan yang timbul. Responden kajian terdiri daripada seorang pengetua wanita sebuah sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Tuaran serta lebih kurang 40 orang guru yang bertugas di sekolah tersebut. Kaedah temubual mendalam dan tinjauan soal selidik telah dijalankan untuk mengenalpasti gaya komunikasi yang diamalkan oleh pengetua wanita terbabit. Konsep kajian adalah berteraskan kepada enam gaya komunikasi oleh Tubbs dan Moss dalam buku yang bertajuk Human Communication(2008). Hasil kajianmendapati pengetua wanita cenderung untuk mengamalkan gaya komunikasi yang dianggap paling dominan iaitu The Structuring Style. Kajian ini juga memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang gaya komunikasi yang diamalkan oleh pengetua wanita dalam melaksanakan praktis pengurusan organisasi. Kajian ini diharapkan mampu untuk menjadi perintis agar satu kajian yang lebih mendalam berkaitan kepemimpinan pengetua wanita dari aspek komunikasi dapat dilakukan pada masa akan datang.

Statistics
Abstract views: 67 , PDF downloads: 81

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2020-02-18
How to Cite
Tingkas, E. and Ahmad, S. (2020) “Amalan Gaya Komunikasi "Structuring" oleh Pengetua Wanita dalam Organisasi Pendidikan Menengah: Satu Kajian Kes”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(2), pp. 54 - 66. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/367 (Accessed: 29May2020).
Section
Articles