Pengaruh Inovasi Teknologi, Peranan Pentadbir dan Kesediaan Guru Terhadap Profesionalisme Keguruan Sekolah Luar Bandar di Sabah

  • Muliyati Timbang Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Abdul Said Ambotang Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: pengaruh inovasi teknologi, peranan pentadbir, kesediaan guru, peningkatan profesionalisme keguruan

Abstract

Kajian semasa menunjukkan pengaruh Inovasi Teknologi, peranan pihak pentadbir sekolah serta kesedaran guru dalam peningkatan profesionalisme keguruan. Berdasarkan latar belakang tersebut kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan Inovasi teknologi, peranan pentadbir dan kesediaan guru terhadap peningkatan profesionalisme keguruan khususnya sekolah luar bandar di Sabah. Fokus kajian adalah berdasarkan rekabentuk teknologi, peranan pentadbir dan kesediaan guru terhadap profesionalisme keguruan di Sabah. Teori dan model yang digunakan sebagai panduan kajian antaranya ialah Teori penyebaran inovasi, Teori TMK dan keterselesaian tugas, Teori pembelajaran sosial, Teori maslow, Model penggunaan Teknologi, Model TAM (Technology Acceptance Modal) Model professional Brante. Kajian ini mengaplikasikan metodologi tinjauan, Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan. Ujian deskriptif yang digunakan ialah ujian min, kekerapan dan peratusan manakala ujian inferansi akan menggunakan ujian regrasi, kolerasi, ujian –t dan ujian ANOVA. Sample kajian terdiri daripada 372 orang guru yang bertugas di sekolah luar bandar di negeri Sabah. Soalan kajian akan dianalisis menggunakan program Stastical Package for the social science (SPSS) versi 22.0.

Statistics
Abstract views: 110 , PDF downloads: 129

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2020-02-27
How to Cite
Timbang, M. and Ambotang, A. S. (2020) “Pengaruh Inovasi Teknologi, Peranan Pentadbir dan Kesediaan Guru Terhadap Profesionalisme Keguruan Sekolah Luar Bandar di Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(2), pp. 96 - 106. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/369 (Accessed: 6June2020).
Section
Articles