Dokumentasi Tanah Wakaf di Negeri Terengganu Sebelum Kemerdekaan dan Implikasinya Terhadap Keputusan Jawatankuasa Fatwa

  • Mohd Ridzuan Bin Mohamad Fakulti Islam Kontemporari (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Zurita Binti Mohd Yusoff Fakulti Islam Kontemporari (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Nadhirah Binti Nordin Fakulti Islam Kontemporari (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Keywords: wakaf, dokumentasi, jawatankuasa Fatwa, sebelum kemerdekaan

Abstract

Dokumentasi wakaf merupakan sebuah dokumen bertulis yang sah menurut perundangan wakaf dan hukum syarak. Ia telah wujud sebelum kemerdekaaan lagi. Ia mengandungi empat rukun wakaf iaitu wāqif, mauquf, mauquf alaihi dan sighah. Walau bagaimana pun, dokumentasi wakaf yang dilakukan sebelum kemerdekaan ini mengandung ayat yang masih mengelirukan jika diadaptasi dengan undang-undang yang berkuatkuasa pada masa kini iaitu status tanah wakaf dibatalkan dan ditukar kepada tanah bukan wakaf oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kekeliruan tersebut adalah pembatalan penyataan wakaf pada tahun 1982. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti semula salah satu sampel dokumentasi pendaftaran wakaf iaitu KSB 460 Mukim Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif serta memperoleh data kajian melalui analisis dokumen dan temu bual. Kajian ini mendapati Pada tahun 1982, dokumentasi wakaf ini telah ditukarkan kepada tanah rezab kerajaan di bawah perundangan Kanun Tanah Negara 1965 Seksyen 62 dan implikasinya status wakaf tersebut terbatal. Percanggahan status tanah tersebut berdasarkan catatan dalam dokumen pada tahun 1950 telah dirujuk semula di peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada tahun 2015 dan keputusannya bahawa tanah tersebut merupakan tanah wakaf walaupun berstatus tanah rezab kerajaan. Rumusan kajian ini menunjukan bahawa sebuah dokumentasi wakaf adalah penting bagi menjamin sesebuah harta wakaf atau mauquf supaya berada pada tahap yang sentiasa terjamin keabsahannya di samping juga ia merupakan suatu ketetapan hukum syarak. Oleh demikian, dokumentasi tanah wakaf merupakan juga suatu hubungan terhadap pelaksanaan hukum syarak secara lengkap.

Statistics
Abstract views: 91 , PDF downloads: 84

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu Zahrah (1971) ‘Muhaḍarāt fi al-Waqf’ Kaherah: Dār al-Fikr, ed, 2.

Dokumen ‘Kenyataan Settlement Bilangan KSB’ 460 Mukim Kuala Terengganu.

Enakmen Wakaf (Terengganu) 2016 (Enakmen 1/2016).

Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Terengganu) 2001 (Enakmen 2/2001).

Jabatan Tanah Dan Galian Persekutuan (1980), Buku Panduan Pentadbiran Tanah, Kuala Lumpur: Percetakan Negara, ed 1.

Jalil Ngah, Roseli Yusof Dan Fatimah Harun ‘Kajian Dokumentasi Tanah Wakaf Di Negeri Terengganu (Sebelum Kemerdekaan) Dan Implikasinya Tehadap Keputusan Jawatankuasa Fatwa’. Temubual 11 November 2019.

Mustapahayuddin (2018). May Waqf 0.2. Kertas Kerja Seminar ‘Bagaimana Mendokumenkan Suratcara Wakaf (Hujjah Wakaf)’. Anjuran Pusat Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. 10 Disember.

Nazri Abdullah (1985), Melayu Dan Tanah, Petaling Jaya: Media Intelek Sdn Bhd, ed 1.

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM):  http://www.maidam.gov.my/index.php/en/cara-memohon-bantuan-zakat-maidam

Portal Rasmi Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Terengganu (PTG) : http://ptgweb.terengganu.gov.my/

Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Terengganu (PTG). 2005. Kertas kerja seminar ‘Penyelesaian Pusaka Kecil bagi Penghulu Dan Pengawal’ Anjuran PTG, Terengganu. 31 Mac.

Salleh Buang (1993), Undang-Undang Tanah Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, ed 1.

Surat Jabatan Mufti Negeri Terengganu JMN. Tr ¼ Bhg 2 bil ( 53) bertarikh 13 Disember 1990.

Surat Jabatan Mufti Negeri Terengganu JMN. TR. 610 /1/6/4 JLD 4. (69) bertarikh 18 Disember 2015.
Published
2020-05-17
How to Cite
Mohamad, M. R., Mohd Yusoff, Z. and Nordin, N. (2020) “Dokumentasi Tanah Wakaf di Negeri Terengganu Sebelum Kemerdekaan dan Implikasinya Terhadap Keputusan Jawatankuasa Fatwa”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), pp. 81 - 88. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i5.395.
Section
Articles