Pengaruh Teknologi Digital Terhadap Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah

  • Sheila Michael Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Abdul Said Ambotang Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: teknologi digital, penglibatan pelajar, aktiviti kokurikulum, sekolah menengah

Abstract

Artikel ini mengkaji konsep pengaruh teknologi digital terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Teknologi digital dalam kajian ini meliputi semua jenis peranti elektronik, gajet dan aplikasi yang menggunakan maklumat dalam bentuk digital termasuklah komputer riba, telefon pintar, serta lain-lain peranti berteknologi tinggi. Walaupun teknologi digital mempunyai faedah penggunaannya namun ia dikatakan memberi kesan kepada gaya hidup pelajar. Aktiviti kokurikulum kurang menjadi perhatian mereka sehingga mengabaikan kepentingannya ke atas pembentukkan dan keperibadian diri pelajar sekaligus memberi kesan ke atas perkembangan pendidikan. Oleh itu, teknologi digital didapati mempunyai pengaruh terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah.

Statistics
Abstract views: 86 , PDF downloads: 55

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2020-06-14
How to Cite
Michael, S. and Ambotang, A. S. (2020) “Pengaruh Teknologi Digital Terhadap Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), pp. 25 - 32. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/417 (Accessed: 3July2020).
Section
Articles