Pembelajaran Berasaskan Bahan dalam Mata Pelajaran Sejarah

  • M. Kaviza Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Keywords: pembelajaran berasaskan bahan, kesediaan, mata pelajaran sejarah

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan terhadap pembelajaran berasaskan bahan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang melibatkan seramai 60 orang murid tingkatan empat yang ditentukan berdasarkan teknik persampelan bertujuan merupakan sampel kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata yang telah disahkan oleh pakar dalam bidang pendidikan sejarah yang berpengalaman dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik (0.96). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan terhadap pembelajaran berasaskan bahan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini telah mencadangkan kepada pelaksanaan pembelajaran berasaskan bahan dengan berkesan di dalam kelas bagi menyahut cabaran global dalam menggalakkan proses pembelajaran abad ke-21 dalam mata pelajaran sejarah.

Statistics
Abstract views: 20 , PDF downloads: 20

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2020-05-17
How to Cite
Kaviza, M. (2020) “Pembelajaran Berasaskan Bahan dalam Mata Pelajaran Sejarah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), pp. 149 - 156. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/420 (Accessed: 6June2020).
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>