Kemurungan dan Keamatan Sokongan Sosial dengan Kepuasan Hidup dalam kalangan Pelajar Universiti di Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara kemurungan dan keamatan sokongan sosial (keluarga, kawan, orang yang penting) dengan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar universiti awam di Selangor, Malaysia. Terdapat 368 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang telah dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Tiga alat pengukuran telah digunakan iaitu Beck Depression Inventory oleh Beck et al. (1961) untuk mengukur kemurungan, Multidimensional Scale of Perceived Social Support oleh Zimet et al. (1988) mengukur keamatan sokongan sosial (keluarga, kawan, orang yang penting) dan kepuasan hidup diukur dengan Satisfaction With Life Scale yang dibangunkan oleh Diener et al. (1985). Hasil kajian menunjukkan bahawa kemurungan mempunyai perkaitan signifikan negatif dengan kepuasan hidup (r = -0.598, p=0.000). Selain itu, ketiga-tiga jenis keamatan sokongan sosial iaitu sokongan keluarga, sokongan kawan dan sokongan orang yang penting mempunyai perkaitan signifikan dengan kepuasan hidup (r = 0.534, p = 0.000), (r = 0.399, p = 0.000) dan (r= 0.421, p = 0.000) masing- masing. Tambahan lagi, hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan antara faktor jantina dengan kepuasan hidup. Kesimpulannya, hasil kajian ini menjelaskan bahawa pentingnya hubungan sosial antara keluarga dan orang sekeliling supaya tidak cenderung ke arah kemurungan seterusnya meningkatkan kepuasan hidup.
Downloads
References
Beutel, M. E., Glaesmer, H., Wiltink, J., Marian, H., & Brähler, E. (2010). Life satisfaction, anxiety, depression and resilience across the life span of men. The Aging Male, 13(1), 32-39.
Demirbatir, E., Helvaci, A., Yilmaz, N., Gul, G., Senol, A., & Bilgel, N. (2013). The psychological well-being, happiness and life satisfaction of music students. Psychology, 4(11), 16.
Diener, E. D., Emmons, R. A., Larsen, R. J., & Griffin, S. (1985). The satisfaction with life scale. Journal of personality assessment, 49(1), 71-75.
Guney, S., Kalafat, T., & Boysan, M. (2010). Dimensions of mental health: life satisfaction, anxiety and depression: a preventive mental health study in Ankara University students population. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 2(2), 1210-1213.
Hadi., K. (2011). Social support, social network, and life satisfaction among older adults in Peninsular Malaysia. Disertasi tesis Master yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
Harikandei, H. (2017). Relationship between Perceived Social Support, Mental Health and Life Satisfaction in MSc Students of Physical Education. International Journal of Sports Science, 7(4), 159-162.
Kapur, V., & Khosla, M. (2013). Subjective well-being and depression: A comparative study among college students. Indian Journal of Positive Psychology, 4(3), 418.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Malaysia, Kementerian Kesihatan. (2019). Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, 10 Oktober 2019. Putrajaya, Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.moh.gov.my/index.php/database_ stores/attach_download/337/ 1246
Nabavi, R. T. (2014). Predictors of life satisfaction among Iranian undergraduate students in Malaysian private universities. Disertasi tesis Master yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.
Nabavi, R. T., Bijandi, M. S. (2018). An Investigation of Predictors of Life Satisfaction among Overseas Iranian Undergraduate Students. Educational Process: International Journal, 7(1), 74-93.
Nauffal, D. A. D., & Sbeity, R. (2013). The role of perceived social support in predicting subjective well-being in Lebanese college students. Happiness & Well-Being, 116.
Othman, A. K. (2011). An Early Study On Perceived Social Support And Psychological Adjustment Among International Students: The Case Of A Higher Learning Institution In Malaysia. International Journal of Business & Society, 12(2).
Pavot, W., & Diener, E. (1993). The affective and cognitive context of self-reported measures of subjective well-being. Social Indicators Research, 28(1), 1-20.
Pavot, W., & Diener, E. (2008). The satisfaction with life scale and the emerging construct of life satisfaction. The Journal of Positive Psychology, 3(2), 137-152.
Pavot, W., & Diener, E. (2009). Review of the satisfaction with life scale. In Assessing well-being (pp. 101-117).Springer,Dordrecht.
Rahimah Abdullah (2018). Masalah mental kalangan remaja membimbangkan –kajian. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/masalah-mental-kalangan-remaja-membimbangkan-kajian 187766?amp=1
Ramli¹, S. A., Samah, B. A., Samah, A. A., Idris, K., & Shaffril¹, H. A. M. (2017). Urban Youth Subjective Well-Being in Malaysia: Potential Factors. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(4), 2222-6990.
Shahyad, S., Besharat, M. A., Asadi, M., Alipour, A. S., & Miri, M. (2011). The relation of attachment and perceived social support with life satisfaction: structural equation model. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 15, 952-956.
Zimet, G. D., Dahlem, N. W., Zimet, S. G., & Farley, G. K. (1988). The multidimensional scale of perceived social support. Journal of personality assessment, 52(1), 30-41.