Kebolehgunaan Massive Open Online Course (MOOC) Sebagai E-Pembelajaran dalam Pengajaran Pengaturcaraan di Sekolah Menengah

  • Nur Shafinaz Binti Ahmad Shakir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Nor Hafizah Binti Adnan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: e-pembelajaran, platform pembelajaran digital, pengaturcaraan, Massive Open Online Learning (MOOC)

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan agar guru-guru sentiasa berinovasi dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut perkembangan teknologi terkini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) amat penting bagi memastikan guru menyampaikan pembelajaran dengan berkualiti dan murid mudah memahami proses pengajaran yang berlaku terutamanya bagi matapelajaran yang melibatkan pengaturcaraan. Hal ini kerana pengaturcaraan merupakan satu pembelajaran yang sangat kompleks dan sukar difahami. Oleh yang demikian, e- pembelajaran merupakan satu kaedah pedagogi yang diperkenalkan bagi memudahkan pelajar memahami konsep pengaturcaraan dengan berkesan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kebolehgunaan e-pembelajaran menggunakan platform Massive Open Online Learning (MOOC) dalam pengajaran pengaturcaraan di sekolah menengah. Kajian ini menggunkan reka bentuk kuasi-eksperimen iaitu melibatkan seramai 60 orang sampel yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 Sekolah Kebangsaan Seri Muda. Sampel ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 30 orang pelajar daripada kumpulan kawalan dan 30 orang pelajar daripada kumpulan rawatan. Kajian mendapati kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan mempunyai pengetahuan sedia ada pada tahap sederhana. Manakala hasil ujian t menunjukan terdapat perbezaan min yang signifikan pencapaian ujian pra dan pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan e-pembelajaran MOOC dapat meningkatkan tahap pengetahuan pelajar walaupun hasil dapatan t-test menunjukan perbezaan peningkatan ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan hanya sedikit.

Statistics
Abstract views: 49 , PDF downloads: 57

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2020-06-14
How to Cite
Ahmad Shakir, N. S. and Adnan, N. H. (2020) “Kebolehgunaan Massive Open Online Course (MOOC) Sebagai E-Pembelajaran dalam Pengajaran Pengaturcaraan di Sekolah Menengah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), pp. 33 - 41. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/429 (Accessed: 3July2020).
Section
Articles