Kewangan, Jaringan Institusi dan Teknologi Pendorong Tingkah Laku Inovasi Pembungkusan Usahawan Mikro

  • Mahani Amat Pusat Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Suraiya Ishak Pusat Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: kewangan, jaringan institusi, teknologi, inovasi pembungkusan, usahawan mikro

Abstract

Tingkah laku inovasi pembungkusan disokong oleh faktor yang mendorong tingkah laku yang terdiri daripada faktor kewangan, jaringan institusi dan teknologi. Artikel ini bertujuan untuk mengukur tahap faktor pendorong tingkah laku inovasi pembungkusan yang terdiri daripada kepentingan kewangan, jaringan institusi dan teknologi. Kerangka kajian ini dibina berasaskan kepada Teori Tingkah Laku Terancang. Seramai 40 orang usahawan mikro makanan di negeri Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian melalui teknik persampelan rawak sistematik. Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik dengan enam skala Likert dan mengandungi item-item yang telah disahkan oleh pakar-pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif iaitu berasaskan nilai min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan purata peratusan dan nilai min bagi tahap kepentingan kewangan, jaringan institusi dan teknologi mengenai tingkah laku inovasi pembungkusan adalah tinggi. Kesimpulannya, tingkah laku inovasi pembungkusan dalam kalangan usahawan mikro perlu disokong oleh faktor kewangan, jaringan institusi dan teknologi daripada agensi sokongan.

Statistics
Abstract views: 12 , PDF downloads: 37

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2020-06-14
How to Cite
Amat, M. and Ishak, S. (2020) “Kewangan, Jaringan Institusi dan Teknologi Pendorong Tingkah Laku Inovasi Pembungkusan Usahawan Mikro”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), pp. 79 - 90. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/432 (Accessed: 3July2020).
Section
Articles