Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan Komitmen Kerja dalam kalangan Guru Sekolah Rendah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah

  • Saravanan Munian Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), SJK (T) Ganesar, Kedah
  • Shahizan Hasan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM)
Keywords: gaya kepimpinan, transformasi guru besar, komitmen kerja

Abstract

Komitmen kerja guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi sesebuah organisasi sekolah. Peranan gaya kepemimpinan transformasi dapat membantu dalam meningkatkan komitmen kerja guru bagi mencapai matlamat sekolah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja di kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah. Sampel kajian ini terdiri daripada 200 orang guru dari 17 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu yang dipilih secara rawak. Soal selidik kajian tinjauan ini mengandungi 62 item dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha sebanyak 0.96 (Bahagian B) dan 0.95 (Bahagian C). Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Korelasi Pearson. Dapatan deskriptif menunjukkan bahawa tahap komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu adalah tinggi. Seterusnya, analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif dan sederhana antara gaya kepemimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu. Di samping itu, analisis Korelasi Pearson turut menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif dan lemah antara dimensi-dimensi gaya kepemimpinan transformasi guru besar seperti karismatik, motivasi inspirasi, stimulasi intelektual dan pertimbangan secara individu dengan komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa gaya kepemimpinan transformasi guru besar mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen kerja guru.

Statistics
Abstract views: 62 , PDF downloads: 38

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Saravanan Munian, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), SJK (T) Ganesar, Kedah

Saravanian Munian obtained his degree in Indian Studies from University of Malaya in 2008. He also obtained Diploma in Education from Teachers' Training Institute. He is currently a teacher in SRJKT Ganesar Serdang, Kedah. He is also interested in research in innovative, teaching and learning. Apart from teaching, he involves in corporate social responsibility. 

Shahizan Hasan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM)

Dr. Shahizan Hasan is a senior lecturer in University Science Malaysia. He obtained his PhD in Leeds (United Kingdom). His area of expertise is guidance and counselling, community/ agency counselling, group and individual counselling, community crime prevention system, certified polygraph examiner. 

Published
2020-06-14
How to Cite
Munian, S. and Hasan, S. (2020) “Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan Komitmen Kerja dalam kalangan Guru Sekolah Rendah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), pp. 136 - 150. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/434 (Accessed: 3July2020).
Section
Articles