Perkembangan Kemahiran Berfikir Kritis Melalui Pembelajaran STEM Berasaskan Robot (Outside of School Time) di Luar Waktu Sekolah di Sekolah Menengah Daerah Tuaran, Sabah

  • Fetty Shamy Lin Yahaya Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Denis Lajium Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: kemahiran berfikir kritis, penyelesaian masalah, STEM

Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mendorong transformasi kurikulum pendidikan untuk menekankan dengan lebih lanjut mengenai konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang lebih kritis untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Pembelajaran STEM yang boleh digunakan sebagai strategi pembelajaran untuk membina kemajuan dari pengetahuan semasa ke pemikiran aras tinggi. Sesi pembelajaran STEM telah menghubung jalinkan pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kaedah pembelajaran untuk menggalakkan kemahiran berfikir kritis yang dijalankan secara pembelajaran STEM Berasaskan Robot (Outside of School Time) di luar waktu sekolah menengah Daerah Tuaran, Sabah. Kumpulan fokus terdiri daripada 6 orang daripada 24 peserta pelajar tingkatan 2 dan 4 guru sekolah menengah daripada daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menganalisis temu bual kumpulan fokus dan guru. Peserta melalui pembelajaran STEM bersama tugasan “mind-on” dan “hand-on”. Kajian ini bertujuan untuk meneroka perkembangan kemahiran berfikir kritis secara mendalam melalui pembelajaran dan pengajaran berasaskan penyelesaian masalah. Kajian telah mengenal pasti disposisi dominan elemen kemahiran berfikir kritis di bawah tema utama iaitu menganalisis, menilai dan mereka cipta dalam penyelesaian masalah. Pembelajaran STEM Berasaskan Robot merangsang pembelajaran bermakna, meningkatkan interaksi bermakna dan mengembangkan kemahiran pemikiran kritis. Implikasi kajian ini menjurus kepada penerokaan pengetahuan yang lebih mendalam terhadap perkembangan disposisi dominan elemen kemahiran berfikir kritis menerusi pembelajaran STEM Berasaskan Robot.

Statistics
Abstract views: 29 , PDF downloads: 24

Downloads

Download data is not yet available.

References

Anwari, I., et al. (2005). Implementation of Authentic Learning and Assessment through STEM Education Approach to Improve Students’ Metacognitive Skills. K-12 STEM Education, 1 (3), p.123-136.

Asmuniv. (2015). Pendekatan Terpadu Pendidikan STEM Upaya mempersiapkan Sumber Daya Manusia Indonesia yang Memiliki Pengetahuan Interdisipliner untuk Menyongsong Kebutuhan Bidang Karir Pekerjaan Masyarakat Ekonomi ASEAN (MEA). Retrieved from:

Biggs, J., & Tang, C. (2007). Teaching for quality learning at university. Berkshire, UK: Open University Press.

Chow Fook Meng. (2005) "Jendela kelabu: Pendekatan kualitatif dalam kajian tindakan." In Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan, pp. 25-27.

DeJarnette, N. K. (2012). America's children: Providing early exposure to stem (science, technology, engineering, and math) initiatives. Education, 133(1), 77-84.

Facione, P. A. (1990). Critical Thinking: A Statement of Expert Consensus for Purposes of Educational Assessment and Instruction. Research Findings and Recommendations.

Halpern, D. F. (1998). Teaching critical thinking for transfer across domains: Disposition, skills, structure training, and metacognitive monitoring. American Psychologist, 53(4), 449.

http://www.vedcmalang.com/pppptkboemlg/index.php/menuutama/listrik- electro/1507-asv9.

Jones, G., Dana, T., LaFramenta, J., Adams, T. L., & Arnold, J. D. (2016). STEM TIPS: Supporting the Beginning Secondary STEM Teacher. TechTrends. https://doi.org/10.1007/s11528-016-0052-5

Kek, M. Y. C. A., & Huijser, H. (2011). The power of problem‐based learning in developing critical thinking skills: preparing students for tomorrow’s digital futures in today’s classrooms. Higher Education Research & Development, 30(3), 329-341.

Kelley, T.R., & Knowles, J.G. (2016). A Conceptual Framework for Integrated STEM Education (versi elektronik). International Journal of STEM Education, 3 (11), p.1-11.

Kennedy, T.J. & Odell, M.R.L. (2014). Engaging Students In STEM Education. Science Education International, 25(3), p.246-258.

Lin, Y. (2014). Infusion of critical thinking into L2 classes: a case study in a Chinese high school, (January), 315. Retrieved from https://theses.ncl.ac.uk/dspace/handle/10443/2377.

Maria Salih & Nurulhuda Abd Rahman. (2013). Pendekatan Pemikiran. Dalam Nurulhuda Abd Rahman. & Md Nasir Ibrahim. (eds.). Pemikiran Kritis dan Kreatif: konsep, Pendekatan dan Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (pp. 1–21). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mulnix, A. B., Vandergrift, E. VH. (2014). Tipping point in STEM education. Journal of College Science Teaching, 43(3), 14-16.

Paul, R., & Elder, L. (2009). The miniature guide to critical thinking concepts & tools. Dillon Beach, CA: Foundation Critical Thinking.

Swartz, R. J., & Parks, S. (1994). Infusing the Teaching of Critical and Creative Thinking into Content Instruction: A Lesson Design Handbook for the Elementary Grades. Critical Thinking Press and Software, PO Box 448, Pacific Grove, CA 93950-0448.

Willingham, D. T. (2008). Critical thinking: Why is it so hard to teach?. Arts Education Policy Review, 109, 21-32.
Published
2020-07-10
How to Cite
Yahaya, F. S. L. and Lajium, D. (2020) “Perkembangan Kemahiran Berfikir Kritis Melalui Pembelajaran STEM Berasaskan Robot (Outside of School Time) di Luar Waktu Sekolah di Sekolah Menengah Daerah Tuaran, Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7), pp. 32 - 50. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/444 (Accessed: 5August2020).
Section
Articles