Kerangka Pengajaran STEM-Dialogik (STEM-Di) Untuk Pensyarah Fizik Matrikulasi Bagi Konsep Kerja dan Tenaga

  • Shariza Shahari Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Keywords: STEM, pengajaran dialogik, fizik, teknik Fuzzy Delphi (FDM), teknik kumpulan Nominal ubahsuai

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan membangunkan kerangka pengajaran STEM-Dialogik (STEM-Di) bagi pensyarah fizik kolej matrikulasi. Kerangka pengajaran STEM-Di yang bakal dibina merangkumi topik fizik bagi konsep kerja dan tenaga yang dipelajari oleh pelajar matrikulasi pada semester satu pengajian mereka. Pengajaran secara dialogik secara ringkasnya merupakan teknik pengajaran yang membolehkan guru berupaya untuk merangsang serta menggalakkan pelajar berfikir, mampu meningkatkan pembelajaran dan pemahaman pelajar dengan cara mengambil pendapat pelajar secara serius, menggalakkan pelajar bercakap, pelajar membina makna pelajaran secara kolaboratif serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengubahsuai topik perbincangan. Kajian ini akan menggunakan pendekatan Rekabentuk dan Penyelidikan Pembangunan (DDR). Semasa fasa satu, analisis keperluan akan melibatkan kaedah tinjauan, iaitu temubual pakar serta soal selidik. Pakar yang akan dilibatkan adalah seramai 3 orang dalam bidang pedagogi/kurikulum, manakala bilangan pensyarah fizik yang terlibat dalam soal selidik akan ditentukan menggunakan kaedah Krejcie dan Morgan (1970). Kajian rintis juga akan dijalankan dalam fasa ini iaitu melibatkan seramai 30 orang pelajar. Ini bagi mengenalpasti samada terdapat keperluan terhadap konstruk pengajaran STEM-Di yang dicadangkan berdasarkan sumber serta kajian literatur pengkaji. Dalam fasa kedua, pengkaji telah memisahkan kepada dua sub-fasa iaitu sub-fasa rekabentuk dan sub-fasa pembangunan. Sub-fasa rekabentuk merujuk kepada penghasilan dan pembinaan komponen/konstruk yang terdapat dalam kerangka pengajaran dialogik. Sub-fasa pertama berkenaan menggunakan pendekatan Teknik Fuzzy Delphi (FDM) manakala sub-fasa kedua iaitu pembangunan kerangka melibatkan pendekatan Interpretive Structural Modelling (ISM). FDM akan melibatkan sejumlah 20 panel pakar dalam bidang iaitu 7 pakar/pensyarah dalam bidang kurikulum dan rekabentuk pengajaran fizik, 7 pensyarah kanan dalam kandungan fizik di universiti dan 6 guru pakar (cemerlang) bagi mata pelajaran fizik matrikulasi, manakala ISM akan melibatkan 8 orang panel pakar sahaja. Bagi fasa ketiga pula, seramai 10 orang panel pakar di kalangan pensyarah fizik di universiti serta pensyarah fizik matrikulasi di zon selatan akan turut serta. Analisis data dalam fasa satu melibatkan statistik deskriptif iaitu skor min dan sisihan piawai menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Pada sub-fasa pertama di fasa dua, nilai ambang, d, peratus kesepakatan pakar, serta skor Fuzzy, A akan dianalisis mengunakan perisian Microsoft Excel, manakala sub-fasa kedua di fasa dua pula menggunakan perisian Concept Star dalam membangunkan matriks struktur interaksi kendiri (SSIM). Bagi dapatan data berbentuk semi- kuantitatif di fasa tiga pula, analisis yang akan digunakan adalah Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (NGT Modified).

Statistics
Abstract views: 55 , PDF downloads: 38

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, & Sufiza Ishak (2013). Interaksi Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 3(1), 42–51.

Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman & Zainal Ariffin Ahmad (2006). Pengantar Pengurusan. Universiti Sains Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Alexander, R. (2008a). Culture, dialogue and learning: notes on an emerging pedagogy. In N. Mercer & S. Hodgkinson (Eds.), Exploring Talk in School. SAGE Publications.

Applebee, A. N., Langer, J. A., Nystrand, M., & Gamoran, A. (2003). Discussion-Based Approaches to Developing Understanding: Classroom Instruction and Student Performance in Middle and High School English. American Educational Research Journal. 40(3), 685–730.

Balakrishnan, V., & Claiborne, L. B. (2013). Vygotsky from ZPD to ZCD in moral education: reshaping Western theory and practices in local context. Journal of Moral Education. 41(2), 225–243.

Bielik, T., & Yarden, A. (2016). Promoting the asking of research questions in a high-school biotechnology inquiry-oriented program. International Journal of STEM Education, 3(15).

Boyd, M. P., & Markarian, W. C. (2011). Dialogic teaching: talk in service of a dialogic stance. Language and Education. 25(6), 515–534.

Chang, Y., & Park, S. W. 2014. Exploring Students’ Perspectives of College STEM : An Analysis of Course Rating Websites, 26(1), 90–101.

Charan, P., Shankar, R., & Baisya, R. K. (2008). Analysis of interactions among the variables of supply chain performance measurement system implementation. Business Process Management Journal, 14(4), 512–529.

Chua, Y. P. (2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan (2nd ed.). Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2018). Research and Design Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. In Thousand Oaks California.

Dobbie, A., Rhodes, M., James, T., & Freeman, J. (2004). Using a Modified Nominal Group Technique As a Curriculum Evaluation Tool | Request PDF. Family Medicine, 36(6), 402–406.

Fisher, A. (2011). What influences student teachers’ ability to promote dialogic talk in the primary classroom?. Doctor Philosophy: University of Exeter, Exeter.

Haliti, D. (2016). Communication in Learner-Centered Classrooms An explorative study of the communication patterns in two classrooms. Stockholm University.

Harvey, N., & Holmes, C. A. (2012). Nominal group technique: An effective method for obtaining group consensus. International Journal of Nursing Practice, 18(2), 188–194.

Jeng, D. J. F., & Tzeng, G. H. (2012). Social influence on the use of Clinical Decision Support Systems: Revisiting the Unified Theory of Acceptance and Use of Technology by the fuzzy DEMATEL technique. Computers and Industrial Engineering, 62(3), 819–828.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2010). Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan. RMK10. (pp. 194–251).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2013). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. In Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2013b). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2017). Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610

Lehesvuori, S., Ratinen, I., Kulhomäki, O., Lappi, J., & Viiri, J. (2011). Enriching primary student teachers ’ conceptions about science teaching : Towards dialogic inquiry- based teaching. Nordic Studies in Science Education (NorDiNa). 7(2), 140–159.

Lyle, S. (2008). Dialogic Teaching: Discussing Theoretical Contexts and Reviewing Evidence from Classroom Practice. Language and Education. 22(3), 222–240.

Muhammad Abd Hadi, B. (2016). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global, Perkembangan Semasa di Malaysia, dan Langkah Kehadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Pimthong, P., & Williams, J. (2020). Preservice teachers’ understanding of STEM education. Kasetsart Journal of Social Sciences, 41(2), 289–295.

Ortiz-soto, A. (2014). Effective Conversations About Literature in ESL. Master Dissertation: Rowan University, New Jersey.

Rahayu, T., Syafril, S., Osman, K., Halim, L., Syed Zakaria, S. Z., Tuan Soh, T. M., & Yaumas, N. E. (2005). Kualiti Guru, Isu dan Cabaran dalam Pembelajaran STEM. Journal of General Studies, 12(November), 1–32. https://doi.org/10.31219/osf.io/jqcu6

Reznitskaya, A. (2012). Dialogic Teaching : Rethiking Language Use During Literature Discussions. The Reading Teacher. 65(7), 446–456.

Reznitskaya, A., Glina, M., Carolan, B., Michaud, O., Rogers, J., & Sequeira, L. (2012). Examining transfer effects from dialogic discussions to new tasks and contexts. Contemporary Educational Psychology. 37(4), 288–306.

Reznitskaya, A., & Gregory, M. (2013). Student Thought and Classroom Language: Examining the Mechanisms of Change in Dialogic Teaching. Educational Psychologist. 48(2), 114–133.

Richey, R. C., & Klein, J. D. (2007). Design and Development Research (2nd ed., Vol. 3, Issue 2). Routledge. http://repositorio.unan.edu.ni/2986/1/5624.pdf

Shahali, E. H. M., Halim, L., Rasul, M. S., Osman, K., & Zulkifeli, M. A. (2017). STEM learning through engineering design: Impact on middle secondary students’ interest towards STEM. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education.

Skidmore, D. (2006). Pedagogy and dialogue. Cambridge Journal of Education. 36(4), 503–514.

Stewart, T. T. (2010). A Dialogic Pedagogy: Looking to Mikhail Bakhtin for Alternatives to Standards Period Teaching Practices. Critical Education. 1(6), 1–21.

Syahrul Riza (2008). Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibn Khaldun : Suatu Kajian Terhadap Elemen-Elemen Kemasyarakatan Islam. Master Dissertation: Universiti Sains Malaysia, P.Pinang

UNESCO International Bureau of Education. (2016). What makes a quality curriculum?

Wells, G. (2006). Monologic And Dialogic Discourses As Mediators Of Education. Research in the Teaching of English. 41(2), 168–175.

Zahirwan, M., Pisol, Yusri, M., & Imran, M. (2017). Pandangan Ibnu Khaldun Berkaitan Kaedah Pendidikan Dalam Kitab Al-Muqaddimah. Idealogy, 2(1), 10.
Published
2020-07-10
How to Cite
Shahari, S. (2020) “Kerangka Pengajaran STEM-Dialogik (STEM-Di) Untuk Pensyarah Fizik Matrikulasi Bagi Konsep Kerja dan Tenaga”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7), pp. 51 - 58. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/446 (Accessed: 5August2020).
Section
Articles