Faktor Penghalang Poligami: Kajian Kes Ke Atas Guru-Guru Lelaki di Daerah Kinabatangan, Sabah
Abstract
Poligami merupakan syariat Islam yang sering disalah ertikan oleh masyarakat. Ini menyebabkan poligami semakin menjadi dagang dalam kalangan umat Islam, bahkan mereka yang terlibat dengan poligami dipalit dengan pelbagai tuduhan liar yang menggambarkan kebuasan nafsu, kezaliman kepada wanita, penderaan mental kepada anak-anak, punca keruntuhan rumahtangga, pengamalan sihir dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pandangan guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah terhadap amalan berpoligami serta mengenal pasti faktor penghalang dalam mengaplikasi poligami dalam kehidupan. Seramai 64 orang guru lelaki yang dipilih berdasarkan kemampuan, minat dan pandangan kritikal kepada poligami serta kesediaan mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan memfokus kepada temubual dengan responden dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor utama yang menjadi penghalang kepada guru-guru lelaki di daerah Kinabatagan untuk melaksanakan poligami iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman lebih mendominasi guru-guru lelaki berbanding faktor luaran. Bagi merealisasikan hasrat poligami ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam meyakinkan lelaki khususnya untuk berpoligami agar ia diterima baik oleh masyarakat.
Downloads
References
Aidil Akhyar, Dr. (2014). Sunnah Poligami Generasi Awal Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Azahar.
Asmak Haji Ali. (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini, Cabaran Dan Penyelesaian, Universiti Teknologi MARA.
Ationg, R. (2017). Federal political leaders and the expansion of ethnic politics to the periphery state of Sabah in Malaysia. PhD Thesis, Australian National University, Canberra, Australia.
Ationg, R. Guiness, P., Ibrahim, M.A., Esa, M.S., Rahman, S.A., Hiew, W. & Tung Moi, C. (2020). Federal Politicians and the Expansion of Ethnic Politics through Demographic Character Change in Sabah. TEST: Engineering and Management, 83, 12726 – 12740.
Ationg, R. & Guiness, P. (2020). The Transferability of Ethnic Politics: A Theoretical Perspective. TEST: Engineering and Management, 83, 12741 – 12755.
Bryden, J.M. (2000). Structural Changes in Rural Europe. University of Aberdeen
Dasuki Ahmad, Haji. (1975). Poligami Dalam Islam. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan. Petaling Jaya: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Farrah Wahida Mustafar dan Adam Badrulhisham. (2018). Konsep Poligami Mengikut Perspektif Para Isteri dalam Jemaah Global Ikhwan Sdn. Bhd. Jurnal Maw’izah, 1, 65 – 88.
Hafiz Firdaus Abdullah. (2012). 202 Pelajaran Berkenaan Poligami. Johor : Perniagaan Jahabersa.
Muhammad Syafiq Imran Shamsuddin. (2018). Prosidur Poligami Di Malaysia. Universitas Islam Negeri ar-Raniry Darul Salam, Aceh.
Musfir al-Jahrani (2004). Mengapa Rasulullah S.a.w Beristeri Ramai. Kuala Lumpur: Terbitan Cresent News (KL) Sdn.Bhd.
Rafiah Yusof. (2008). Poligami Dalam Islam : Merungkai Beberapa Masalah Sosial Hari Ini. Disertasi Sarjana Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Siti Zubaidah Ramli, Hana Duerama dan Farrah Wahida Mustafar. (2018). Realiti Keluarga Poligami: Komunikasi Nafkah Menurut Perspektif Mazhab Syafi’i. Jurnal ‘Ulwan, 1, 146-159.
Ummu Sofwah. (2009). Indahnya Poligami. Selangor: One Art Production.
Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Istimewa menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn.Bhd.
Zulfikri Hassan. (2012). Satu Tinjauan dalam Kalangan Wanita Berkahwin dan Bekerja di Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Amalan Poligami. Disertasi Sarjana Pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.