Perubahan Sistem Nilai dalam Sistem Bombon yang Diamalkan oleh Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran, Sabah
Abstract
Tulisan ini membincangkan perubahan sistem nilai dalam amalan sistem bombon yang menjadi tradisi masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon adalah satu kaedah pemuliharaan ikan air tawar yang dilaksanakan sejak zaman nenek moyang mereka. Melalui amalan sistem bombon, masyarakat Kadazandusun dapat melestarikan alam sekitar seterusnya dapat memastikan mereka mendapat sumber ikan secara berterusan. Tradisi bombon bertititik tolak daripada kepercayaan tradisional masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon memperlihatkan kearifan tempatan, nilai, kelakuan serta sikap masyarakat Kadazandusun terhadap alam sekitar dan hubungan sesama manusia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan berupa pemerhatian ikut serta dan temu bual secara mendalam di beberapa kampung di kampung Poturidung, Kampung Malangang dan Kampung Lokub, daerah Kiulu Tuaran, Sabah. Kajian mendapati bahawa manfaat pelaksanaan sistem bombon yang paling penting adalah sebagai agen penyatuan seluruh komuniti pengamal. Sebagai satu aktiviti yang dikaitkan dengan kepercayaan tradisional masyarakat tersebut, sistem bombon tidak dapat dipisahkan daripada hukum adat. Jika dahulu aktiviti budaya ini disaluti dengan sistem kepercayaan tradisional, namun pada hari ini, sistem bombon memperlihatkan perubahan sistem nilai melalui pelaksanaannya. Tradisi bombon diteruskan sehingga hari ini dengan dengan nilai yang sesuai dengan kehidupan pada hari ini. Amalan sistem bombon telah berjaya membuka sisi lain dalam kehidupan masyarakat Kadazandusun. Kini, sistem bombon bukan sahaja boleh dibanggakan sebagai warisan budaya masyarakat Kadazandusun malah sebagai salah satu warisan kebangsaan.
Downloads
References
Abdul Syani. (1995). Sosiologi dan perubahan budaya. Indonesia: Pustaka Jaya.
Adlina Ab. Halim, Sri Rahayu Ismail, N. Othman, & Jayum Jawan. (2012). Indigenous knowledge and biodiversity conservation in Sabah, Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity, 2(2), 159-163. doi: 10.7763/IJSSH.2012.V2.88
Akta Warisan Kebangsaan. Cetakan semula. Undang-undang Malaysia. Akta 645 (2005).
Atmadi, G. (2013). The implementation of corporate communication based on local wisdom in facing globalization. In Prosiding The 5th International Conference on Indonesian Studies: “Ethnicity and Globalization” (pp. 189-204).
Ayatrohaedi. (1986). Kepribadian budaya bangsa: Local Genius. Jakarta: Dunia Pustaka Jaya.
Er, A. C., Sivapalan Selvadurai, Lyndon, N., Chong, S. T., Adam, J. H., Mohd Fuad Mat Jali., Hamzah Jusoh. (2012). The evolvement of tagal on ecotourism and environmental conservation: A case study in Kampong Luanti Baru, Sabah. Advances in Natural and Applied Sciences, 6(1), 61-64.
Evans, E. E. (1987). Teori agama primitif. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Evans, I. H. N. (1917). “Orang Dusun” of British North Borneo. Journal of Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland, 47, 151-159.
Evans, I. H. N. (1923). Studies in religion, folk-lore and custom in British North Borneo and the Malay Peninsula. Cambridge: Cambridge University Press.
Evelina L. W. (2016). Vertical communication based on local wisdom: A study of world class university. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities, 24, 59-70.
Foo, J. & Harifah Mohd Noor. (2012). Respon masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal. Malaysia Journal of Society and Space, 8(2), 30-37.
Foo, J. (2011). Sistem Tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti. Malaysia Journal of Society and Space, 7(1), 14-25.
Foo, J. (2019). Pemuliharaan warisan kebudayaan melalui sistem tagal sungai di Sabah. Dlm. Ismail Ibrahim, Mat Zin Mat Kib & Sim, C. C. (Pnyt.). Borneo dalam kepelbagaian perspektif (159-174). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
H. Iin Wariin Basyari. (2014). Nilai-nilai kearifan lokal (Local wisdom) tradisi memitu pada masyarakat Cirebon (Studi masyarakat desa Setupatok Kecamatan Mundu). Edunomic Jurnal, 2(1), 47-56.
Halim, A. Ab., Othman, N., Ismail, S. R., Jawan, J. A., & Ibrahim, N. N. (2012). Indigenous knowledge and biodiversity conservation in Sabah, Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity, 2(2), 159-163.
Haminuddin Udin. (1991). Masyarakat Kadazandusun di daerah Ranau: Kajian identiti dan interaksi antara agama. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kamus Dwibahasa Melayu – Inggeris Dewan. (2012). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kulip, J. (2016). A study on the traditional beliefs and practices on the agricultural land, forest resources and conservation by the Dusun people in Tambunan district, Sabah, Malaysia. Congress Traditional Knowledge for Ecosystem Services & Asian Countries-Folk Culture: Proverbs, Old Sayings and Community Rules. 2-4 March. Kuala Lumpur, Malaysia.
Luping, H. J. (2009b). Indigenous ethnic communities of Sabah, the KadazanDusun. Kuala Lumpur: Kementerian Maklumat, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia.
Minah Sintiam. (2013). Kepercayaan dan amalan Kadazandusun dalam pemeliharaan alam sekitar. Diperoleh pada 2 Februari 2018 daripada www.researchgate.net/publication/272357429
Mungmachon, R. (2012). Knowledge and local wisdom: Community treasure. International Journal of Humanities and Social Science, 2(13), 174-181.
Orne, J. & Bell, M. M. (2015). An invitation to qualitative fieldwork. New York: Routledge.
Rohana Sufia, Sumarmi, & Ach. Amirudin. (2016). Kearifan lokal dalam melestarikan lingkungan hidup (Studi kasus masyarakat adat desa kemiren kecamatan glagah kabupaten banyuwangi). Jurnal Pendidikan, 1(4), 726-731.
Segundad, P. (2004). Biodiversity and tradition in Malaysia. Dlm. R. S. Gottlieb (Pnyt.). This sacred Earth: Religion, nature, environment (180-185). Great Britain: Routledge.
Shim, P. S. (2007). Inland people of Sabah before, during and after Nunuk Ragang. Sabah: Borneo Cultural Heritage Publisher.
Tangil, J., & Amat, A. (2018). Fungsi hukum adat dalam kejayaan sistem Tagal di Kiulu, Tuaran, Sabah. Kertas kerja dibentangkan di Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia pada 12-15 November.
Tangil, J., & Amat, A. (2020). Local wisdom in the Bombon System by the Kadazandusun society in Kiulu, Tuaran, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(2), 77 - 86.
Tombung, R.B. (1994). Sastera Dusun. Kota Kinabalu: Persatuan Dusun Sabah Bersatu.
Tongkul, F. (2007). Traditional system of indigenous peoples of Sabah, Malaysia (ed. ke-2). Kota Kinabalu: Pacos Trust.
Tongkul, F., Lasimbang, A., Lasimbang C., & Chin, Jr. P. (2013). Traditional knowledge and SFM experience from Malaysia. Unasylva, 64, 41-49.
Wan Hashim Wan Teh & Ismail Hamid (Pnyt.). (1998). Nilai budaya masyarakat desa: Kajian etnografi di Wang Kelian, Perlis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Williams, T. R. (1965). The Dusun: A North Borneo society. New York: John Wiley & Sons.
Williams, T. R. (1969). A Borneo childhood enculturation in Dusun society. New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.
Wong, J. Z., Etoh, S., & Sujang, A. B. (2009). Toward sustainable community based fishery resources management: The Tagal system of Sabah, Malaysia. Southeast Asian Fisheries Development Center, 7(2), 18-23.
Zeno Fernandez. (2009). Budaya tagal di Tamparuli. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah