Persediaan Rakyat Malaysia dalam Merealisasikan Matlamat Revolusi Industri 4.0

  • Mohamad Izzuan Mohd Ishar Mohamad Izzuan Mohd Ishar
  • Akmal Ariff Jamhari Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Siti Hajar Abd Razak Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Nur Anis Karim Mohamad Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Keywords: Revolusi Industri 4.0, Kesediaan, Kerajaan

Abstract

Industri Revolusi 4.0 merupakan antara revolusi yang diambil berat oleh pihak kerajaan. Pakar ekonomi berpendapat bahawa Revolusi Industri 4.0 ini mampu untuk memberi impak yang baik khususnya dalam bidang Pendidikan dan bidang pekerjaan di Malaysia. Namun masyarakat Malaysia masih kurang bersedia untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 ini. Oleh itu untuk mencapai tahap kesediaan rakyat Malaysia yang sewajarnya setiap pihak dalam negara perlu mengambil beberapa langkah khusus. Hal ini bagi memastikan masyarakat tahu dan peka terhadap perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang sedang berlaku di Malaysia. Untuk merawat luka kita perlu mengetahui seteruk mana luka tersebut. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk meneliti tahap persediaan Malaysia menghadapi Revolusi Industri 4.0 pada masa sekarang. Selain itu, mengetahui perkara yang perlu ada dan dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 . Metodologi kajian yang akan digunakan adalah melalui sesi temubual. Kajian ini akan dijalankan ke atas pihak berkaitan seperti pihak industri pembinaan, pensyarah dan masyarakat umum. Hasil mendapati masyarakat Malaysia masih kurang pendedahan terhadap Revolusi Industri 4.0 ini. Hal ini membuktikan bahawa banyak inisiatif yang perlu dilakukan oleh semua pihak. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 ialah menyediakan latihan kemahiran dalam pengendalian teknologi baru dengan kerjasama daripada pihak industri. Seterusnya mampu memberi kesediaan minda dikalangan kakitangan pekerja pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rahman Talib, A. (2019). Keberkesanan latihan TVET dan bantuan modal peralatan kepada golongan asnaf fakir dan miskin dalam peningkatan pendapatan di negeri Pahang. Jurnal Dunia Pengurusan, 1(1), 10-17. Didapatkan dari http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpg

Dam, N. (2017). The 4th industrial revolution & the future jobs. bookboon. 

Eznieka, N. (2019)Revolusi industri 4.0 di Malaysia.

Ghislieri, C. (2018). Work and Organizational Psychology looks at the fourth industrial revolution: how to support workers and organizations? Frontiers. Retrieved from https://doi.org/10.3389/fpsyg.2018.02365

Hassan, P. M. (2019). Jenamakan TVET dengan acuan kita. Didapatkan dari https://www.bharian.com.my/

Makhbul, Z. K. (n.d.). Mengurus modal insan dalam industri 4.0. Journal of Social Sciences and Humanities, 3.

Mohamad Fadli Shafiei, N. (2019). Kepimpinan dalam era revolusi industri 4.0. Jurnal Dunia Pengurusan, 3-5. Didapatkan dari http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpg

Parid, W. (2019). Sejauh manakah revolusi industri 4.0 boleh meningkatkan keberkesanan sistem perkhidmatan awam? ResearchGate. Didapatkan dari https://www.researchgate.net/

Salam, P. D. (n.d.). UTeM santuni keperluan pembelajaran era revolusi industri 4.0. Melaka: Pusat Sumber & Teknologi Pengajaran, UTeM (PSTP).

Suparman, F. (2018). Revolusi Industri 4.0. Didapatkan dari https://upm.edu.my/

 Xing, B. (2017). Implications of the fourth industrial age for higher education. Xing, Bo and Marwala, Tshilidzi, Implications of the Fourth Industrial Age for Higher

The_Thinker Issue_73 Third_Quarter_2017. Didapatkan dari Xing, Bo and Marwala, Tshilidzi, Implications of the Fourth Industrial Age for Higher Education (201 https://ssrn.com/abstract=3225331

Yoon, D. (2017, April 30). What we need to prepare for the fourth industrial revolution.
Published
2020-10-02
How to Cite
Mohd Ishar, M. I., Jamhari, A. A., Abd Razak, S. H. and Karim Mohamad, N. A. (2020) “Persediaan Rakyat Malaysia dalam Merealisasikan Matlamat Revolusi Industri 4.0”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), pp. 75 - 82. doi: 10.47405/mjssh.v5i10.510.
Section
Articles