Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti

  • Azlina Mohd Khir Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Nor Aina Syahira Rodzuwan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Amna Md. Noor Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Wan Munira Wan Jaafar Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Mohammad Mujaheed Hassan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Keywords: sokongan sosial, penghargaan kendiri, kemurungan, mahasiswa, self-esteem

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Seramai 234 responden (37.2 % lelaki dan 62.8 % perempuan; 50% pelajar sains dan 50% pelajar sains sosial) terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Satu set borang soal selidik yang diedar kepada responden mengandungi tiga komponen iaitu Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Rosernberg Self Esteem Scale (RSES) dan Beck Depression Inventory II (BDI II). Analisis statistik yang digunakan adalah ujian-t, korelasi Peason, dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan sosial dan penghargaan kendiri responden berada pada tahap yang sederhana, manakala tahap kemurungan menunjukkan majoriti responden berada pada tahap yang normal. Keputusan analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemurungan berdasarkan jantina dan program pengajian. Manakala keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif secara signifikan antara kesemua dimensi sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan (r = -0.391 hingga -0.510; p<0.01). Dapatan kajian bagi analisis regresi menunjukkan pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah peramal iaitu sokongan sosial (keluarga dan rakan-rakan) dan penghargaan kendiri terhadap kemurungan (β = -0.177 hingga -0.301). Kesimpulannya, sokongan sosial dan penghargaan kendiri merupakan peramal kepada kemurungan dalam kalangan mahasiswa UPM yang dikaji. Justeru, untuk mengurangkan tahap kemurungan, faktor sokongan sosial dan penghargaan kendiri memainkan peranan yang penting.

Statistics
Abstract views: 157 , PDF downloads: 141

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aini, A. M, & Haslinda, A. (2019). Kajian kes terhadap tahap kemurungan dalam kalangan remaja perempuan: Kupasan dan cadangan. Malaysian Journal of Youth Studies Edisi Khas YOURS’18, 135-152.

Armsden, G. C., & Greenberg, M. T. (1987). The inventory of parent and peer attachment: relationships to well-being in adolescence. Journal of Youth and Adolescence, 16, 427 – 454.

Azizi, Y., Noordin, Y., Jamaludin, R. & Siti Zainab, M. L. (2010). Kemurungan dalam kalangan penghuni rumah anak yatim di daerah Kota Bharu, Kelantan. Jurnal yang tidak diterbitkan (10127). Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia.

Brown, G., Andrews, B., Harris, T., Adler, Z., & Bridge, L. (1986). Social support, self-esteem and depression. Psychological Medicine, 16(4), 813-831.

Chang, C. W., Yuan, R., & Chen, J. K. (2018). Social support and depression among Chinese adolescents: The mediating roles of self-esteem and self-efficacy. Children and Youth Services Review 88, 128-134.

Chu, P. S., Saucier, D. A., & Hafner, E. (2010). Meta-analysis of the relationships between social support and well-being in children and adolescents. Journal of Social and Clinical Psychology, 29, 624–645.

Cohen, S., & Wills, T. A. (1985). Stress, social support, and the buffering hypothesis. Psychological Bulletin, 98(3), 10–357.

Cornwell, B. (2003). The Dynamic Properties of Social Support: Decay, growth and staticity, and their effects of adolescent depression. Social Forces, 81(3), 953-979.

Costello, J., Pickens, L. M., & Fenton, J. (2001). Social Support: A Matter Of Connections. Chicago, IL: Chapin Hall Center for Children at the University of Chicago.

Feshbach, S., Weiner, B., & Bohart, A. C. (1996). Personality (4th ed.). Toronto: D.C. Heath.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Kemurungan: Apa yang anda perlu tahu. http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/Kemurungan_-_Apa_Yang_Anda_Perlu_Tahu.pdf

Khairul Bariah, K. (2003). Hubungan penghargaan kendiri dan kemurungan ke atas pencapaian akademik pelajar tingkatan empat. Projek ilmiah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) yang tidak diterbitkan. Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Lee, C. A., Dickson, D. S., Conley, C. N., & Holmbeck, G. (2014). A closer look at self esteem, perceived social support, and coping strategy: A prospective study of depressive symptom atology across the transition to college. Journal of Social and Clinical Psychology, 33(6), 560–585.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2018). Depression. Retrieved from http://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/depression

Procidano, M. E., & Heller, K. (1983). Measures of perceived social support from friends and from family: Three validation studies. American Journal of Community Psychology, 11, 1-24.

Rosenfeld, L. B., Richman, J. M., & Bowen, G. L. (2000). Social Support Networks and Social Outcomes: The Centerality of the  Teacher. Child and Adolescent Social Work Journal, 17(3).

Sherina, M. S., Nor Afiah, M. Z. & Shamsul, A. S. (2003). Factors associated with depression among elderly patients in a primary health care clinic in Malaysia. Asia Pacific Family Medicine, 2: 148-152.

Suriyani, Y., Fatahyah, Y. & Aina Razlin, M. R. (2009). Hubungan antara perkahwinan dengan self-esteem. Jurnal Kemanusiaan, 13, 30-45.

Salsali, M., & Siverstone, P.H. (2003). Low self-esteemand psychiatric patients: Part II – The relationship between self-esteem and demographic factors and psychosocial stressors in psychiatric patients. Annals of General Hospital Psychiatry. 2(1), 3.

Rosenberg, M. (1965). Society and the adolescent self-image. New Jersey: Princeton University Press.

Rosenberg, M (1979). Conceiving the self. New York: Basic Books.

Thapar, A., Collishaw, S., Pine, D. S., & Thapar, A. K. (2012). Depression in adolescence. Lancet, 379(9820), 1056–1067.

Zheng, Y., & Zheng, X. (2015). Current state and recent developments of child psychiatry in China. Child and Adolescent Psychiatry and Mental Health, 9, 10.

Zimet, G.D., Dahlem, N.W., Zimet, S.G., & Farley, G. K.(1988).The multidimensional scale of perceived social support. Journal of Personality Assessment, 52, 30–41.
Published
2020-11-01
How to Cite
Mohd Khir, A., Rodzuwan, N. A., Md. Noor, A., Wan Jaafar, W. M. and Hassan, M. M. (2020) “Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), pp. 33 - 42. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.547.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)