Penjanaan Komposisi Sisa Pepejal terhadap Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah

  • Chong Oi Min Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Mohammad Tahir Mapa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: komposisi sisa pepejal, penjanaan, pelupusan, kitar semula

Abstract

Pada masa kini, pertambahan jumlah pelajar sekolah menengah adalah semakin ramai pada setiap tahun. Fenomena ini telah mendatangkan masalah kepada penjanaan komposisi sisa pepejal yang tidak terkawal malah mencemarkan alam sekitar. Penjanaan komposisi sisa pepejal yang banyak merupakan masalah yang cukup rumit untuk diatasi. Oleh itu, satu tinjauan awal berkaitan penjanaan komposisi sisa pepejal dengan menggunakan cara kitar semula telah dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Penampang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan jumlah sampah yang dihasilkan oleh semua warga sekolah dalam masa sebulan pada hari persekolahan. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk tinjauan dengan mengaplikasikan pendekatan kualitatif iaitu melalui temubual tidak berstruktur dan pemerhatian ikut serta dalam kajian ini. Populasi kajian adalah pelajar tingkatan empat, pekerja pembersih dan pegawai majlis daerah Penampang untuk mengukur dan menimbang jumlah sampah yang dihasilkan dalam sehari dan seminggu dengan menggunakan alat penimbang elektronik. Melalui pengiraan dalam bentuk peratus dan kiraan berat dalam kilogram. Hasil dapatan menunjukkan dengan jelas sisa pepejal terbanyak yang dihasilkan adalah sisa makanan iaitu sebanyak 75.63kg, kedua banyak adalah plastik 71.46kg dan ketiga adalah polisterina sebanyak 61.35kg daripada jumlah sisa pepejal dalam masa seminggu. Manakala sebanyak 38% daripada sisa pepejal yang dihasilkan oleh semua warga sekolah merupakan barangan yang tidak boleh dikitar semula dan sebanyak 34% merupakan bahan yang berpotensi serta boleh dikitar semula tetapi tidak boleh dijual kepada vendor. Manakala sebanyak 28% daripada sisa pepejal yang dijana terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula dan boleh dijual kepada vendor. Dengan jumlah komposisi sisa pepejal yang dihasilkan, maka pihak sekolah boleh mengambil langkah kitar semula untuk mengurangkan jumlah sampah yang akan dihasilkan dan dihantar ke tapak pelupusan. Oleh itu, pihak sekolah harus mengadakan pelbagai program kitar semula secara bersepadu dan memupuk amalan kitar semula melalui pedidikan di sekolah untuk mengatasi masalah ini. Program dan pengetahuan pelajar diharap dapat mengurangkan penjanaan komposisi sisa pepejal dan meningkatkan kebersihan kawasan sekolah dan alam sekitar.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul, Hair. B. A. (2016). Pengurusan Tapak Pelupusan Mapan Melalui Pendekatan Kitar Semula di Sabah. Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Aslina, I., & Haliza, A. R. (2015). Pengetahuan dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal dalam Kalangan Masyarakat di Taman Mesra dan Taman Bakti Kota Bharu, Kelantan. Geografia, 3(2): 14-27

Ezanee, M. E., Zakirah, O., Norlida, M., Mohd, N. M. N., Santhirasegaran, S. & Nadarajan, R. (2016). Program kitar semula: Persepsi Masyarakat terhadap ReDMac. Sains Humanika, 8(4): 1-7.

Haidy Hendry Dusim. (2019). The Sustainability of Solid Waste Management from the Perspective of Policy: Towards a Sustainable Solid Waste Management in Kota Kinabalu. (Tesis Doktor Falsafah). Universiti Malaysia Sabah: Kota Kinabalu.

Hanifah, M., Mohmadisa, H., Yazid, S., Nasir, N. & Safyidatina, B. N. (2017). Pengetahuan dan Amalan Hijau dalam Klangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 41-49

Hasnah, A., Dody, D., Noraziah, A., Maznah, I. & sarifah, Y. (2012). Masyarakat dan Amalan Pengurusan Sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Masyarakat, ruang dana lam sekitar (MATRA). Journal of Society and Space, 8(6), 64-75.

Hassan M. N. (2002). Solid Waste Management in Malaysia: Can We Charter Future Strategies? Proceeding International Conference Environmental Management: Ten Years After, 8(5), 64-75.

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal. (2017). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dipetik dari https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/218

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2019). Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Dipetik dari https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/127

Khairul Bariyah Abd Hamid, Mohd Armi Abu Samah, Mohd Yusoff Ishak. (2015). Analisis Penjanaan dan Komposisi Sisa Pepejal di Kafe Bangunan Pentadbiran: Kajian Kes. Solid Waste Solution Journal, 1, 1-16

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kurikulum Geografi, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Pelan pembangunan pendidikan (2013-2025).

Lane, G. W. S & Wagner, T. P. (2013). Examining Recycling Container Attributes and Household Recycling Practices. Resources, Conservation and Recycling, 75, 32-40.

LeBlanc, R. (2017). How Long does It Take Garbage to Decompose? Dipetik dari https://www.thebalance.com/how-long-does-it-take-garbage-to-decompose-2878033.

Mapa.M., T. (2007). Sustainable Waste Management in Malaysia: A Case Study of Recycling in Kota Kinabalu, Sabah. (Tesis Doktor Falsafah). School of Environmental Sciences. University of East Anglia: Norwich, England.

Mapa, M., T. (2017). Pengurusan Sisa Pejal Mapan: Penelitian keatas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Geografi.pp, 182-200.

Masyitah, M. N., Nurjuhanah, J. & Juliana, M. (2011). Kajian Penjanaan Sisa Pepejal dan Tahap Kesedaran Penduduk Terhadap Kitar Semula di Seluruh Negeri Perlis. Jurnal Intelek. 6, 1.

Mior, S. (2008). Kajian Keberkesanan Sisa Pejal dan Tahap Aktiviti Kitar Semula Di Skudai. Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Syami, A. Nik, E. S. A., Nur Ameera, K. Noor Suraya, H. syarifah, N. O., Mohd Zin, M. & Nor Helme, P. (2015). Persepsi pelajar politeknik Kota Bharu terhadap program kitar semula. Quality time prosiding seminar setiausaha dan pembangunan pengurusan kualiti politeknik Malaysia. 1:146-149.

Molia, S. D., Mapa. M. T. & George, F. (2020). Persepsi Masyarakat Tempatan terhadap Penguruan E-Sisa oleh Syarikat Swasta di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(9), 217-227.

Murugan Mini Ratamun. (2019). Pengetahuan dan Amalan Kitar Semula oleh Guru Pelatih Institut Pendidikan guru. Jurnal penyelidikan IPGK., 16: 1-16.

Noraini, Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Norpishah, A., Rosnani, A. & Rozimah, T. (2017). Kitar Semula Sisa Pepejal si Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Advanced Journal and Vocational Education, 1(1), 161-167.

Norsilan, (2006). Kajian Kitar Semula Sisa Pepejal di Dalam Kampus UKM, Bangi: Permasalahan dan Keberkesanan Kitar Semula. (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia: Kuala Lumpur.

Nurul, Hidayah. L. A. (2012) Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum di Sekolah Rendah: Satu Penilaian Awal. In International Environment and Health Conference, Pulau Pinang, 195-204.

Othman, Lebar. (2014). Penyelidikan Kualitatif. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim: Perak.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. (2018). Garis Panduan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal bagi Pembangunan Baru.

Ramayah, T., Lee, J. W. & Lim, S. (2012). Sustaining the Environment Through Recycling: An Empirical Study. Journal of Environment Management, 102(1), 141-147.

Roslee, T., Dg. Norizah, A. K., Soon, S., B., S. & Muniandy, S. (2012). Pendidikan alam sekitar dan hubungannya dengan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar di daerah Tawau, 131-152.

Saman Jafartayari. (2010). Awareness of Sustainable Manufacturing Practices in Malaysian Manufacturers. (Tesis Doctoral). Faculty of Mechanical Engineering: Universiti Teknologi Malaysia.

Starke, L. (1990). Signs of Hope: Working towards Our Common Future.

SWCorp News Bil. 4/2015 (2015). SWCorp Malaysia

SWCorp News Bil. 5/2015 (2015). SWCorp Malaysia

Tan, B. H., Jamaluddin, N. H., & Abdul, A. B. (2001). Penjanaan, komposisi sampah sarap dan pengurusannya di Lembangan saliran Linggi, National Seminar Environmental Management, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teuku, A. (2012). Peranan Pihak Berkuasa Tempatan dan Penglibatan Komuniti Tempatan dalam Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia: Kajian Kes di Kota Bharu, Kelantan.

Wang, J. (2006). All in One: Do Single-Stream Curbside Recycling Program Increase Recycling Rate? Dipetik dari http://nature.berkeley.edu/:http//nature.berkeley.edu/classes/es196/projects/2006 final /wang.pdf.8 May.

 Zaini, S., Sofia, A. & Mohd, F. S. (2017). Pengetahuan Komuniti dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal di Negeri Sembilan. Journal of Society and Space, 13(4), 126-137
Published
2020-11-01
How to Cite
Min, C. and Mapa, M. T. (2020) “Penjanaan Komposisi Sisa Pepejal terhadap Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), pp. 174 - 187. doi: 10.47405/mjssh.v5i11.562.
Section
Articles