Tahap Penggunaan dan Kefahaman Murid dalam Penggunaan Gabungan Pakej Bahan Bantu Mengajar Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan dan tahap kefahaman murid dalam penggunaan gabungan pakej bahan bantu mengajar multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pengajaran dan pembelajaran sejarah dewasa ini memerlukan inovasi dan kreativiti agar dapat membantu menaikkan pencapaian pelajar. Gabungan pakej multimedia diharap dapat mencapai tujuan untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan efisien. Responden kajian dan sampel kajian adalah seramai 66 orang murid tahun empat, tahun lima dan tahun enam di Sekolah Kebangsaan Biah Batu 65, Daerah Beaufort. Negeri Sabah. Responden yang dipilih seramai 66 orang murid daripada 88 populasi murid. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penggunaan gabungan pakej bahan bantu mengajar multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah tinggi dan turut mempengaruhi tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Sejarah.
Downloads
References
Akbariah Mohd Mahdzir. (2016). Kajian Pengukuran Tahap Perpaduan,hlm 13-19.
Rosli bin Ismail. (2017). Jurnal penyelidikan Pendidikan Jilid-18,hlm 2-272.
Irfan Naufal and Nurullizam Jamiat (2011). Pola Penyelidikan ICT Dalam Pendidikan Guru Di Malaysia : Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia.hlm 2-10.
Ida Rusmiyati , Joko Nurkamto, Samsi Haryanto. (2014). Penggunaan Multimedia Dalam Bahasa Sastera di SMP Negeri 2 Bawen Kabupaten Semarang,vol 2,hlm 179-181.
Lee Bih Ni. (2013). ICT Dan Pengajaran-Pembelajaran sejarah Di Sekolah, hlm.106-108.
Lezah @ Lejah Binti Kiamsin, Rusy Talin. (2018). Kaedah pengajaran yang diminati pelajar dan Justifikasinya,V. 3, hlm 138-143.
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Nursyazwani Abdul Talib. (2016). Penggunaan multimedia dalam pendidikan sejarah abad ke-21 dan hubungannya dengan minat belajar sejarah, hlm 2-54.
Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran, hlm 46-59.
Nur Syazwani binti Abdul Talib, Kamarulzaman Abdul Ghani, Nur Azuki Yusoff , Mohd Mahzan Awang.(2016). Kaedah pembelajaran sejarah dengan mengambil kira minat dan peningkatan prestasi, hlm 1-8
Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman, Nurul Nadhirah Shahabudin. (2018). Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad 21, hlm 2-6.
Wikipedia, ensiklopedia bebas(2018. https://ms.wikipedia.org/wiki/Multimedia.