Penyuntingan Hasil Terjemahan e-Translasi Arab-Melayu: Analisis Pandangan Pengamal Penterjemahan melalui Protokol

  • Lubna Abd Rahman Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Arnida A.Bakar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Nurhasma Muhamad Saad Fakulti Pengajian Bahasa Utama, universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Keywords: penyuntingan, e-Translasi, penterjemahan, Protokol Pemikiran Verbal (Think-aloud Protocols)

Abstract

E-Translasi atau terjemahan mesin merupakan salah satu teknologi yang diguna pakai oleh penterjemah dalam menghasilkan terjemahan pantas. Penggunaan e-Translasi dianggap penting untuk digunapakai seiring dengan arus globalisasi ini yang memerlukan akses kepada informasi secara cepat dan efektif, di samping memudahkan proses terjemahan. Namun, e-Translasi tidak semestinya menghasilkan output berkualiti tinggi kerana penterjemahannya dilakukan secara kata demi kata atau literal. E-Translasi tidak dapat menandingi kepakaran manusia dalam menghasilkan terjemahan yang berkualiti. Oleh itu, penterjemah perlu melalui proses penyuntingan hasil e-Translasi untuk menghasilkan teks sasaran yang lebih baik. Lazimnya dalam proses penyuntingan penterjemah akan mempunyai kesukaran kerana hasil e-Translasi lebih bersifat literal. Kajian ini bertujuan mengetengahkan pandangan pengamal penterjemahan atau penterjemah terhadap masalah dan cadangan penyelesaian dalam isu penyuntingan teks yang diterjemahkan melalui salah satu aplikasi e-Translasi, iaitu Google Translate (GT). Kajian ini berbentuk kualitatif dan mengguna pakai kaedah Protokol Pemikiran Verbal (Think-aloud Protocols-TAPs) secara restrospektif, yang bertujuan menyingkap apa yang terdapat di dalam minda penterjemah semasa proses penyuntingan dilakukan. Berdasarkan dapatan kajian, penulis merumuskan bahawa terdapat empat aspek utama yang perlu diberi perhatian semasa proses penyuntingan terhadap hasil terjemahan e-Translasi dilakukan oleh penterjemah iaitu: perkataan dan frasa, struktur ayat, teks dan tatabahasa. Hal ini kerana GT ada kalanya tidak dapat menghasilkan padanan atau terjemahan yang menepati sistem dan struktur bahasa sasaran ekoran perbezaan linguistik dan budaya antara bahasa sumber (BSu) dengan bahasa sasaran (BSa), serta kekurangan dalam sistem terjemahan GT itu sendiri yang lebih bersifat literal. Semua aspek tersebut harus diberi perhatian secara menyeluruh apabila melakukan penyuntingan terhadap hasil terjemahan e-Translasi untuk mengelakkan kekeliruan atau ketaksaan dalam memahami mesej sebenar teks sumber.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bernardini, S. (2001). Think-aloud Protocols in Translation Research: Achievement, limits, future prospects. Target Online, 13(2), 241-263.

Eftekhary, A. A., & Aminizadeh, S. (2012). Investigating the Use of Thinking Aloud Protocols in Translation of Literary Texts. Theory and Practice in Language Studies, 2(5), 1039–1047.

Ericsson, K. A., and Simon, H. A. (1993). Protocol Analysis: Verbal Reports as Data. Cambridge, MA: MIT Press.

Goh, S.S. (2013). Proses penterjemahan. Dalam Haslina Haroon & Hasuria Che Omar (Eds.), Asas Terjemahan dan Interpretasi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm 19-34.

Khadijah, S dan Maheram, A. (2013). Penterjemahan Frasa Al-Idafah Arab-Melayu Menggunakan Google Translate Translating Phrases of Al-Idafah of Arab-Malay Using Google Translate. Islamiyyat The International Journal of Islamic Studies, 35(2), 101–108.

Kussmaul, P. & Tirkkonen-Condit, S. (1995). Think-Aloud Protocol Analysis in Translation Studies. TTR: traduction, terminologie, rédaction, 8(1), 177–199.

Nida, E & Taber, C. (1969). The Theory and Practice of Translation. Leiden, Netherlands: E. J. Brill.

Nord, C. (1997/2001). Translating as a Purposeful Activity: Functionalist Approaches Explained. Manchester: St. Jerome.

Nur Faezah Mohd Ayob. (2015). Perbandingan antara Terjemahan Manusia dengan Terjemahan Mesin dalam Penterjemahan Teks Teknikal. Tesis Sarjana tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.

Smith, A. (2014). Think aloud protocols: Viable for teaching, learning and professional development in interpreting. The International Journal for Translation & Interpreting Research, 6(1), 128-143.

Wan Rose Eliza, A.R. (2013). Penggunaan peralatan dan teknologi dalam penterjemahan. Dalam Haslina Haroon & Hasuria Che Omar (Eds.), Asas Terjemahan Dan Interpretasi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Widdowson, H.G. (2013) Penterjemahan (terj Haslina Haroon). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Zaleha, A.R. (2004). Protokol Pemikiran Verbal dalam Pembelajaran bahasa Melayu. Tesis Sarjana tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.
Published
2021-04-08
How to Cite
Abd Rahman, L., A.Bakar, A. and Muhamad Saad, N. (2021) “Penyuntingan Hasil Terjemahan e-Translasi Arab-Melayu: Analisis Pandangan Pengamal Penterjemahan melalui Protokol”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), pp. 37 - 49. doi: 10.47405/mjssh.v6i4.727.
Section
Articles