Kesediaan Untuk Berubah Guru dan Amalan Pembelajaran Abad Ke-21: Guru Sebagai Mediator Terhadap Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Guru di Sekolah Menengah Negeri Sabah
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi guru mengenai kesediaan untuk berubah guru, amalan pembelajaran abad ke-21guru dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi atau KBAT dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian kuantitatif dan bukan eksperimental ini juga menggunakan kaedah tinjauan. Selain itu, kajian ini turut menggabungkan beberapa teknik pensampelan iaitu rawak kluster, rawak berstrata dan rawak mudah. Data diperoleh dengan mengedarkan satu set borang soal selidik yang telah adaptasi daripada penyelidik asal. Seramai 400 orang responden yang terdiri daripada guru sekolah menengah di negeri Sabah telah menjawab soal selidik tersebut. Data dianalisis melalui kaedah statistik deskriptif dan inferensi yang menggunakan perisian IBM SPSS dan AMOS-SEM Statistics. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan untuk berubah guru, amalan pembelajaran abad ke-21 guru dan pelaksanaan KBAT guru diamalkan pada tahap yang tinggi. Kajian juga membuktikan bahawa terdapat hubungan dan pengaruh secara langsung dan tidak langsung yang signifikan antara kesediaan untuk berubah guru dan pembelajaran abad ke-21 terhadap pelaksanaan KBAT guru. Akhir sekali, implikasi serta cadangan kajian lanjut juga turut dibincangkan dalam penyelidikan ini.
Downloads
References
Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Pendidikan Dedikasi, 1, 1-25.
Baron, Reuben M. & David A. Kenny. (1986). Moderator-Mediator Variables Distinction in Social Psychological Research: Conceptual, Strategic and Statistical Consideration. Journal of Personality and Social Psychology, 51(6), 1173-82.
Bloom, B A. (1956). Taxonomy of Education Objectives-Book 1 Cognitive Domain. London: Longman Group Limited.
Chen, M.H. (2016). Theoretical Framework for Integrating Higher-order Thinking into L2 Speaking.Theory and Practice in Language Studies, 6(2), 217.
Chew, B. G. (2017). Pengetahuan dan Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan Guru Teknik dan Vokasional. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Method Approaches (3rded). USA: Sage Publication, Inc
Hixon, N., Ravitz J. & Wishman, A. (2012). Extended Professional Development in Project- Based Learning : Impact on 21st Century Teaching and Studentt Achievement. Charleston, WV: West Virginia Department of Education. Dipetik dari https://www.academia.edu/1999374 pada 20 Julai 2019.
Holt, D. T. (2002). Readiness for Change: The Development of a Scale. Alabama: Auburn University.
Holt, D. T., Armenakis, A. A., Feild, H. S., & Harris, S. G. (2007). Readiness for Organizational Change: The Systematic Development of a Scale. The Journal of Applied Behavioral Science, 43(2).
Ismail, W. A. W., Hamzah, M. I., & Lubis, M. A. (2016). Kesediaan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah di Selangor terhadap Penerapan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Journal of Advanced Research in Social and Bahavioral Sciences, 3(1), 79–95.
James Ang Jit Eng. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. Nilai: Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mistrine Radin, & M. Al Muz zammil Yassin. (2018). Perlaksanaan Pendidikan Abad ke-21 di Malaysia : Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika, 10(3–2), 1–6.
Mitana, J. M. V., Muwagga, A. M., & Ssempala, C. (2018). Assessment of Higher Order Thinking Skills: A Case of Uganda Primary Leaving Examinations. African Educational Research Journal, 6(4), 240-249.
Mohd Nazmi Jaafar, & Bushro Ali. (2018). Pendekatan Gamifikasi dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Arab PAK21. Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 101–126.
Nik Noraini Raja Abdullah, & Noor Hisham Md Nawi. (2018). Kesediaan untuk Berubah dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah di Negeri Kelantan (Readiness for Change Among Primary School Teachers in Kelantan). Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 1, 40–59.
Noor Hasimah Hasan & Effandi Zakaria. (2017). Kesediaan Guru Matematik dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran KBAT. National Pre-University Seminar 2017, 14-23.
Nor Hasmaliza Hasan, & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 78–90.
Nurzarina Amran, & Roslinda Rosli. (2015). Kefahaman Guru Tentang Kemhiran Abad ke-21. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 21, 1–5.
Raiyn, J., & Tilchin, O. (2015). Higher-Order Thinking Development through Adaptive Problem-based Learning. Journal of Education and Training Studies, 3(4), 93–100.
Rajendran, Nagappan. (1998). Teaching Higher Order Thinking Skills in Language Classroom: The Needs for Transformation of Teacher Practice. (Tesis Doktor Falsafah) Michigan State University.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Mohammad Zohir Ahmad. (2017). Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 1–11.
Rufaizal Che mamat, & Azuin Ramli. (2017). Kemahiran Belajar Dan Inovasi Dalam Pembelajaran Abad ke-21 Melalui Khemah Kerja Geoteknik. Advance Journal of Technical and Vocational Education, 1(1), 384–389.
Salina Md. Yunas, & Zamri Mahamod. (2017). Tahap Kesediaan, Sikap dan Amalan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think. Seminar Serantau 2017, 767–774.
Shanti A/P Gobalakrisnan & Abdul Said Ambotang. (2019). Pengaruh Tahap Akauntabiliti Guru, Peranan Pentadbir dan Efikasi Kendiri Guru Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Abad ke-21 Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(6), 170-180.
Uminur Atikah & Effandi Zakaria. (2017). Persepsi Guru Matematik Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Dalam Bilik Darjah. Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd 2017), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 699-707.
Wan Nor Shairah Sharuji & Norazah Mohd Nordin. (2017). Kesediaan Guru dalamPelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur, 140-146.