Hubungan antara Bidang Tugas dan Hubungan Sosial dengan Penjenamaan Semula Pengurusan Tingkatan Enam

  • Fwen Yep Wee Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Abdul Said Bin Ambotang Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: bidang tugas, hubungan sosial, penjenamaan semula, tingkatan enam

Abstract

Penjenamaan semula tingkatan enam merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk memperkasa pendidikan tingkatan enam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara bidang tugas harian guru tingkatan enam dan hubungan sosial antara guru-guru dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam di Bahagian Sandakan, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru tingkatan enam dipilih daripada populasi seramai 169 orang guru tingkatan enam daripada 12 buah sekolah yang mempunyai tingkatan enam di Bahagian Sandakan. Sekolah tersebut terletak di daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Telupid. Sampel dipilih dengan menggunakan prosedur pensampelan rawak mudah. Sementara itu, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data. Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Korelasi Pearson digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah yang dikaji. Didapati ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat korelasi sederhana, positif dan signifikan iaitu r=.492 dan p=.000 antara bidang tugas harian guru tingkatan enam dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam. Manakala ujian Korelasi Pearson antara hubungan sosial antara guru di sekolah dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam menunjukkan korelasi sangat lemah, negatif dan tidak signifikan iaitu r=-.060 dan p=.517. Hal ini menunjukkan guru tingkatan enam di Bahagian Sandakan dapat melaksanakan perubahan bidang tugas harian guru tingkatan enam. Selain itu, mereka berusaha memelihara hubungan baik dengan pentadbir sekolah aliran perdana dan rakan-rakan guru aliran perdana di sekolah. Hal ini, dapat merealisasikan kejayaan transformasi tingkatan enam melalui penjenamaan semula tingkatan enam.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Aziz Yusof. (2002). Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu dan Pelaksanaan. Selangor: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Afid Burhanuddin. (2014). Afid Burhanuddin Afid Burhanuddin Afid Burhanuddin Afid Burhanuddin Afid Burhanuddin Afid BurhanuddinAplikasi Teori Z Dalam Pengelolaan Pendidikan, https://afidburhanuddin.wordpress.com/2014/01/20/aplikasi-teori-z-dalam-pengelolaan-pendidikan/

Aitzaz Saeed & Rehan Arshad. (2008). Corporate Branding and Customer’s Purchase Preferences in Mobile Phone Telecommunication. Thesis. Halmstad University.

Ashari Sikor. (2011). Teknik Pembelajaran Andragogi Dalam Kalangan Pelajar Dewasa Di Institusi Pengajaran Tinggi Awam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Laporan Projek Fakulti Pendidikan, Universiti Tun Hussein Onn.
Bernard Burnes. (2004). Kurt Lewin and the Planned Approach to Change: A Re-appraisal. Journal of Management Studies, 41, 977-1001.

Fatimah Affendi. (2014). Tahap Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi dalam kalangan Guru Kolej Vokasional: Pendekatan Structural Equation Model. Tesis. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Gold, Y., & Roth, R.A. (1993). Teachers Managing Stress and Preventing Burnout: The Professional Health Solution. Washington, D.C.: The Falmer Press.

Herzberg, F. (1966). Work and The Nature of Man. New York: World Publishing.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. (2014). Maklumat Jumlah Guru Tingkatan enam di Sabah 2019. Unit Naik Pangkat JPN, Sabah

Kamisah Osman, Zanaton Iksan, & Lilia Halim. (2007). Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan, 32, 39-60.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kim, K.J. & Tang, L. N. (2008). A Comparison of Full-time employees, Part-time Employees and Non-employed University Students. Journal of Management Psychology, 17(16), 44-467.

Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Musabbir Chowdhury. (2013). Making Canada’s Smes More Productive. Business Journal, 1, 1-12.
Ouchi, W. G. (1981). Theory Z: How American Management Can Meet the Japanese Challenge. New York: Avon Books.

Philip, S. (1995). Building A High Performance Organization. Kidlington: Elseview Science Ltd.

Stevon Luntid. (2012). Amalan Guru Dalam Kokurikulum dan Hubungannya dengan Pengurusan Kokurikulum di Sekolah Rendah Pedalaman Daerah Beluran. Disertasi Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Surat Pekeliling Ikhtisas KPM (2009). Bidang Tugas Guru Akademik, Guru Kokurikulum & Guru Amali Tingkatan 6, 2009. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Surat Pekeliling Ikhtisas KPM (2009). Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam, 2009. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Published
2021-05-10
How to Cite
Wee, F. Y. and Ambotang, A. S. (2021) “Hubungan antara Bidang Tugas dan Hubungan Sosial dengan Penjenamaan Semula Pengurusan Tingkatan Enam”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(5), pp. 35 - 44. doi: 10.47405/mjssh.v6i5.800.
Section
Articles