Kajian Faktor-Faktor Penyebab Buruh Binaan Asing Menjadi Pilihan Majikan
Abstract
Pertumbuhan sektor pembinaan seperti pembinaan kemudahan infrastruktur, perumahan dan bangunan telah banyak memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Hasil daripada kerancakan pertumbuhan ini, keperluan terhadap guna tenaga di dalam memenuhi permintaan pembangunan menjadi semakin meningkat. Namun begitu, sektor pembinaan pada masa sekarang masih lagi bergantung kepada khidmat gunatenaga asing akibat kekurangan gunatenaga tempatan yang kurang berminat menyebabkan kehadiran buruh asing di tapak pembinaan boleh dikatakan sangat ketara. Malah, terdapat di sesetengah tapak pembinaan hampir 90 peratus daripada pekerjanya adalah buruh asing. Melihat kepada keadaan ini satu kajian telah dilakukan bagi mengkaji faktor-faktor penyebab buruh asing menjadi pilihan utama kontraktor berbanding dengan buruh tempatan. Kajian ini dibataskan kepada 21 buah syarikat kontraktor di negeri Pulau Pinang dan juga negeri Kedah bagi semua kelas iaitu kelas A hingga F. Data yang dikumpul melalui kaedah borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel dan SPSS. Dapatan kajian mendapati 60.90 peratus daripada keseluruhan buruh di tapak bina adalah buruh asing. Manakala faktor-faktor buruh asing menjadi pilihan responden berbanding buruh tempatan adalah disebabkan faktor upah yang murah, kemahiran kerja yang tinggi, tahan lasak, sanggup bekerja lebih masa, disiplin kerja yang tinggi serta boleh bekerja di dalam kumpulan yang besar. Dapatan kajian terhadap ciri-ciri pilihan kontraktor dalam pemilihan buruh, bagi buruh asing ciri-ciri seperti upah yang rendah, pekerja lelaki berumur 18 tahun sehingga 40 tahun, ketahanan kerja, kerja lebih masa serta kemahiran yang tinggi menjadikan mereka sebagai pilihan utama responden berbanding dengan buruh tempatan.
Downloads
References
Behrende, H. (1953). Absence and Labour Turnover in Changing Economic Climate. Accupational Psychology.
Don Bellante dan Mark Jackson (1989). Ekonomi Buruh. Terjemahan Nazlifa Md Ali. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hapriza Ashari (2004). Undang-Undang Pekerjaan – Huraian dan Panduan Terhadap Akta Kerja 1955. Johor Darul Takzim : Universiti Teknologi Malaysia.
Hyman, R(1970). Economic Motivation and Labour Stability, The British Journal of Industrial Relation.
Laporan Bajet 2007.Berita Harian.Online (2006).
Laporan Berita Harian, 30 Januari (2002).
Laporan Ekonomi. Utusan Malaysia, September (2004).
Laporan Utusan Malaysia, 25 Januari (2002).
Mhd Azmin Bin Mat Seman (2001). Implikasi Pengurusan Penghantaran Bahan Terhadap Kos Bagi Pembinaan Di Pulau Terpencil. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Mohd Asri Abdullah (1997). Economic Growth and Foreign Labour in Malaysia: Some Socio-economic Implication on the Local. A paper presented at the National Conference on Economic Growth and Quality of life in Malaysia. The School of Economics, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Mohd Isa, AHM Zehadul Karim dan Moha Asri Abdullah (1999). Foreign Workers in Malaysia – Issues and Implication. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Pekerja Asing: Kementerian Bincang Dengan Majikan, Berita Harian, 30 Januari (2002).
Rahzan Othman (1991). Pengurusan Personel dan Perancangan Guna Tenaga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teoh Chew Chee (1986). Retrenchment: How big a threat, Investor Digest, Mild.
The long and Short Of Foreign Labour, The Star, 14 Mac (2005).
Warga Bangla Tidak Boleh Bekerja Di Semua Sektor, Berita Harian, 7 Februari (2002).