Cabaran dan Makna Tersirat Arahan Perubahan Terma Panggilan Sabah dan Sarawak dari Negeri ke Wilayah

  • Mohd. Azri Ibrahim Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Romzi Ationg Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Mohd. Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Abang Mohd. Razif Abang Muis Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Sirahim Abdullah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: Sabah, Sarawak, Persekutuan Malaysia, Negeri, Wilayah

Abstract

Dalam satu Majlis Makan Tengah Hari Bersama Kepimpinan Masyarakat di Kuching, Sarawak pada 02 April 2021 Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan atau mengarahkan supaya terma panggilan untuk Sarawak dan Sabah yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta merta. Arahan tersebut telah mendapat reaksi berbeza dari pelbagai pihak, khususnya rakyat di Sabah dan Sarawak. Sebahagian daripadanya dilihat teruja dan bersetuju dengan pengumuman tersebut. Tidak kurang juga yang bersikap sinis terhadap arahan perubahan tersebut. Malahan ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa pengumuman tersebut hanyalah sandiwara politik. Mereka menegaskan bahawa penggunaan istilah wilayah hanya akan menurunkan lagi taraf Sabah dan Sarawak sama seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Justeru, mereka menentang penggunaan terma wilayah kerana mereka beranggapan bahawa ianya tidak wajar kerana Sabah dan Sarawak adalah rakan setara atau equal partners kepada Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura ketika Malaysia ditubuhkan pada 1963. Ini bermakna, terdapat cabaran khusus dalam usaha memastikan aspirasi perubahan terma panggilan yang dimaksudkan serta adanya maksud tersirat daripada arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini. Sehubungan itu, kertas kerja ini membincangkan cabaran merealisasikan aspirasi tersebut serta makna tersirat di sebalik arahan perubahan nama panggilan Sabah dan Sarawak dari negeri ke wilayah. Diharapkan agar kertas kerja ini dapat menyediakan peluang kepada para pembaca untuk memahami apakah cabaran bagi merealisasikan aspirasi perubahan nama panggilan ini serta maksud tersirat di sebalik arahan tersebut.

Statistics
Abstract views: 40 , PDF downloads: 44

Downloads

Download data is not yet available.

References

AA (09 April 2021). Bongkar!!! Benarkah pengumuman Sabah dan Sarawak sebagai wilayah langkah terakhir Muhyiddin tangguh PRN Sarawak? Diperolehi daripada: https://negaramerdeka.com/bongkar-benarkah-pengumuman-sabah-dan-sarawak-sebagai-wilayah-langkah-terakhir-muhyiddin-tangguh-prn-sarawak/

Adam, R. (2004). Biografi politik Tunku Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alasuutari, P. (2010). Peningkatan dan relevansi pendekatan kualitatif. Metodologi Penyelidikan Sosial Jurnal Antarabangsa, 13(2), 139-155.

Astro Awani (16 September 2013). Menilai semula Perjanjian Malaysia-ahli akademik. Diperolehi daripada: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/menilai-semula-perjanjian-malaysia-ahli-akademik-22227

Asyikin Asmin. (09 April 2021). Terma wilayah bezakan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung. Sinar Harian. Diperolehi daripada: https://www.sinarharian.com.my/article/132698/BERITA/Nasional/Terma-wilayah-bezakan-Sabah-Sarawak-dengan-Semenanjung

Ationg, R., Esa, M.S, Ibrahim, M. & Muiz, A.M.R.A. (2020). Menyingkap polemik peralihan kuasa secara luar biasa mengikut perspektif demokrasi berparlimen. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 43-53.

Ationg, R., Ibrahim, M.A., Esa, M.S. & Layapan, M. (2020). Analisis pola pengundian dan senario politik semasa di Malaysia era pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 berdasarkan Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), 60-71.

Ationg, R. (2020). Political Elites and Ethnic Politics. Cheshire, United Kingdom: Services for Science and Education.

Berita Harian. (10 Jun 2020). Muhyiddin Perdana Menteri Pragmatik. Diperolehi daripada: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/698520/muhyiddin-perdana-menteri-pragmatik

Bernama. (13 Mei 2018). Tuntut hak Sabah antara keutamaan tertinggi Warisan. Utusan Borneo Online. Diperolehi Daripada: https://www.utusanborneo.com.my/2018/05/13/tuntut-hak-sabah-antara-keutamaan-tertinggi-warisan

Bernama. (19 Mei 2021). Survey shows Muhyiddin still most popular political leader in Malaysia. Diperolehi daripada: https://www.nst.com.my/news/nation/2021/05/691510/survey-shows-muhyiddin-still-most-popular-political-leader-malaysia

Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill Education.

Dalakoura, A. (2010). Examining the effects of leadership development on firm performance. Journal of Leadership Studies, 4, 59-70.

Dess, G.G., McNamara, G., Eisner, A.B. & Lee, Seung-Hyun. (2019). Strategic management: Text and cases (9th ed.). New York: McGraw-Hill.

Esa, M.S. (2020). Biografi Tun Razak: Bapa Pembangunan Negara. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.

Fifi Harteeny Marzuki. (26 April 2018). Manifesto BN Sabah bawa agenda utama rakyat, bukti keikhlasan pemimpin. Astro Awani.com. Diperolehi daripada: https://www.astroawani.com/berita-politik/manifesto-bn-sabah-bawa-agenda-utama-rakyat-bukti-keikhlasan-pemimpin-173825

Esa, M.S. & Ationg, R. (2020). Menyingkap peristiwa penyingkiran Singapura dari Malaysia (1963-1965). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(120, 217-229.

Esa, M.S., Ali, I., Sansalu, D. & Lai, Y.M. (2013). Gagasan 1 Malaysia: Isu dan Cabaran. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.

Hamidin Abd. Hamid. (2006). Biography of Tun Hussein Onn, Prime Minister of Malaysia, 1976-1981. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Hamzah, A. (2004). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6(1), 1-10.

Hitt, M.A., Ireland, R.D. & Hoskisson, R.E. (2017). Strategic management: Competitiveness & globalization: Concepts and cases (12th ed.). Singapore: Cengage Learning.

Izwan Abdullah (09 April 2021). Belum ada pengumuman rasmi terma Wilayah Sabah, Sarawak. Diperolehi daripada: https://www.hmetro.com.my/ mutakhir/2021/04/692963/belum-ada-pengumuman-rasmi-terma-wilayah-sabah-sarawak

Jones, G.R. & Hill, C.W.L. (2010). Theory of strategic management (9th ed.). Singapore: Cengage Learning.

Neuman, W.L. (2006). Social research methods: Qualitative and quantitative approaches. Toronto: Pearson.

Nurhafilah Musa (2019). Ulasan perundangan: Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, KANUN: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 3(2), 334-346.

Nuzuluddin Abdul Razak & Fadilah Sulaiman. (01 April 2021). Semua tuntutan Sarawak dinilai secara adil – Muhyiddin. Astro Awani.Com. Diperolehi daripada: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-tuntutan-sarawak-dinilai-secara-adil-muhyiddin-291229

Rahman, A.T.A., Ationg, R. & Zulhaimi, N.A. (2017). A paradigm shift in understanding mixed method research: A Malaysian perspective. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 9(1), 46-56.

Ramadan Al-Buti, M.S. (2004). Islam Hadhari dalam Insan: Asas kepada pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Islam Hadhari.

Reichardt, C.S. dan Cook, T.D. (1979). Beyond qualitative versus quantitative methods. In T.D. Cook & C.S. Reichardt (Eds.), Qualitative and quantitative methods in evaluation research. Beverly Hills, CA: Sage.

Rohaniza Idris, Luqman Arif Abdul Karim & Ahmad Suhael Adnan. (09 April 2019). Pindaan Perlembagaan tak dapat majoriti dua pertiga. Berita Harian Online. Diperolehi daripada: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/550995/pindaan-perlembagaan-tak-dapat-majoriti-dua-pertiga

Rothaermel, F.T. (2013). Strategic management: Concepts. New York: McGraw-Hill.

Suraidah Roslan. (12 Oktober 2018). MA63: Sabah Dan Sarawak berkongsi pandangan dalam tuntutan hak-hak. Borneo Today.com. Diperolehi daripada: https://www.borneotoday.net/ma63-sabah-dan-sarawak-berkongsi-pandangan-dalam-tuntutan-hak-hak/

Wheelen, T., Hunger, J., Hoffman, A. & Bamford, C. (2018). Strategic management and business policy: Globalization, innovation and sustainability (15th ed.). New York: Pearson.
Published
2021-07-10
How to Cite
Ibrahim, M. A., Ationg, R., Esa, M. S., Abang Muis, A. M. R. and Abdullah, S. (2021) “Cabaran dan Makna Tersirat Arahan Perubahan Terma Panggilan Sabah dan Sarawak dari Negeri ke Wilayah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), pp. 109 - 117. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.879.
Section
Articles