Analisis Statistik Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian Pencapaian Reka Bentuk Elektrik

  • Zaharah Che Isa School of Education, Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Nurulwahida Azid School of Education, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Keywords: ujian pencapaian, reka bentuk elektrik, kesahan, kebolehpercayaan, pekali korelasi intrakelas

Abstract

Kajian ini bertujuan membina instrumen ujian pencapaian topik reka bentuk elektrik mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan dua, membuat penilaian dan mengesahkannya serta menjadikannya sah dan boleh dipercayai. Instrumen ini mengandungi 20 item iaitu 10 item aneka pilihan (Bahagian A) dan 10 item subjektif (Bahagian B). Proses kajian melibatkan empat fasa iaitu i) pembinaan instrumen; ii) analisis kesahan pakar; iii) analisis kualitatif berdasarkan cadangan pakar; dan iv) analisis kebolehpercayaan. Proses pembinaan instrumen bersumberkan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tingkatan 2 dan domain kognitif Taksonomi Bloom. Analisis kesahan pakar instrumen melibatkan 10 pakar yang terdiri daripada guru cemerlang RBT, pegawai SISC+ Teknik dan Vokasional, Pegawai Teknik dan Vokasional dan pensyarah bidang kurikulum Teknik dan Vokasional UTHM. Manakala bagi analisis kebolehpercayaan pula, kajian telah dilaksanakan kepada 70 pelajar tingkatan dua yang telah mempunyai pengetahuan kognitif topik reka bentuk elektrik. Hasil kajian mendapati bahawa min keseluruhan instrumen ialah 7.85 dengan nilai minimum 7.10 dan maksimum 8.40. Dapatan analisis kesahan instrumen kebolehpercayaan antara penilai melalui pekali korelasi intrakelas (ICC) pula mendapati, nilai indeks kebolehpercayaan ialah .810 berdasarkan 95% sela keyakinan antara .584 ke .944 (F (9,171)=5.261, p< .000). Selain itu, data kualitatif melalui ulasan pakar juga menunjukkan bahawa instrumen ujian adalah baik dan mematuhi standard pembinaan ujian pencapaian. Hasil analisis kebolehpercayaan instrumen terhadap 70 pelajar tingkatan dua juga memperoleh nilai kebolehpercayaan cronbach alpha yang memuaskan iaitu .700 untuk bahagian A dan .760 bagi Bahagian B. Justeru, kajian ini membuktikan bahawa, pembinaan instrumen telah dilaksanakan secara sistematik dan mengikut standard yang ditetapkan, memperoleh nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang memuaskan serta sah untuk digunakan dalam mana-mana kajian yang melibatkan ujian terhadap pencapaian topik reka bentuk elektrik tingkatan dua.

Statistics
Abstract views: 188 , PDF downloads: 182

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adisel, A., & Prananosa, A. (2020). Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Sistem Manajemen Pembelajaran pada Masa Pandemi Covid 19. Journal of Administration and Educational Management, 3(1), 1-10.

Anderson, L.W, & Krathwohl, D.R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. New York: Longman.

Cooper, D. R., & Schindler, P. S. (2011). Business research methods (11th ed.). New York: McGraw-Hill.

Creswell, J. W. & Creswell, J. D. (2018). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed-method approaches (5th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications Ltd.

Fioriello, P. (2021). Understanding the basic of STEM education: What is STEM education? Retrieved from https://drpfconsults.com/understanding-the-basics-of-stem-education/.

Forehand, M. (2010). Bloom’s taxonomy. Emerging perspectives on learning, teaching, and technology, 41(4), 47-56.

Gagne, R. M. (1970). The conditions of learning (2nd ed.). Holt, Rinehart & Winston.

Guilford, J. P. dan Fruchter, B. (1956). Fundamental Statistic in Psychology and Education (5th Edition). Tokyo: Mc Graw Hill.

Johanson, G.A., & Brooks, G.P. (2010). Initial scale development: sample size for pilot studies. Educational and Psychological Measurement, 70(3), 394-400.

Julie, G. N, Joseph, A. T., Janet, C., April L. G., Christopher, D. W., & Molly, A. M. S. (2019). Teacher pedagogical content knowledge, practice, and student achievement. International Journal of Science Education, 41(7), 944-963.

Kara, F. & Celikler, D. (2015). Development of Achievement Test: Validity and Reliability Study for Achievement Test on Matter Changing. Journal of Education and Practice, 6(24), 21-27.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Dua. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT). Putrajaya: Jemaah Nazir.

Masingan, C., & Sharif, S. (2019). Pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) guru bukan pengkhususan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Menengah Malaysian. Journal of Social Sciences and Humanities, 4(6), 64-71.

Miller, M. D., Linn, R. L., & Gronlund, N. E. (2013). Measurement and assessment in teaching (11th ed.). New Jersey: Pearson Education Inc.

Osadebe, P. U. (2014). Construction of Economics Achievement Test for Assessment of Students. World Journal of Education, 4(2), 58-64.

Osadebe, P. U. (2013). Evaluation Techniques, DELSU. Journal of Educational Research and Development, 12(1), 56-63.

Sualman, I. (2019, Januari 27). Kualiti pendidikan Malaysia antara terbaik di dunia. Sinar Harian. Dicapai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/9910/KOLUMNIS/Pendidikan-Malaysia

Taherdoost, H. (2016). Sampling methods in research methodology: How to choose a sampling technique for research. International Journal of Academic Research in Management (IJARM), 5(2), 18-27.

Talib, O. (2013). Asas Penyelidikan tesis penyelidikan dan statistik. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia Press.
Published
2021-08-10
How to Cite
Isa, Z. and Azid, N. (2021) “Analisis Statistik Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian Pencapaian Reka Bentuk Elektrik”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), pp. 196 - 206. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.904.
Section
Articles