Isu dan Cabaran Keluarga Sebagai Agen Kawalan Sosial dalam kalangan Remaja

  • Nur Amal Zaimah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Azlina Abdullah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Mohamed Fauzi Sukimi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: kawalan sosial, keluarga, pesalah muda, remaja,, tingkah laku

Abstract

Remaja yang berkualiti merupakan aset negara yang perlu dibentuk dari awal. Kawalan sosial dalam kalangan remaja hendaklah dipantau dengan sewajarnya untuk mengelakkan salah laku di luar kawalan. Sungguhpun demikian, media massa dewasa ini kerap memaparkan pelbagai isu yang melibatkan remaja dalam gejala sosial. Walaupun terdapat pelbagai inisiatif kerajaan dalam mewujudkan pelbagai program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kerjasama agensi keselamatan dalam mengekang gejala negatif ini, namun isu seperti vandalisme, penyalahgunaan dadah, seks rambang dan gengsterisme amat terpalit dengan remaja. Oleh itu, sistem hubungan kekeluargaan yang sedia ada perlu bertindak sebagai mekanisme kawalan sosial tidak formal yang lebih sistematik bagi mengurangkan atau membanteras perkara negatif ini. Justeru, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga sebagai agen kawalan sosial serta perkaitannya dengan remaja. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu teknik temu bual secara bersemuka dalam mengumpulkan data. Teknik persampelan bertujuan digunakan terhadap kelompok remaja yang terlibat dalam salah laku yang ditemu bual secara bersemuka atas talian untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan antara cabaran yang dihadapi dalam keluarga adalah: keadaan anomie, subbudaya remaja, ibu bapa yang beranggapan remaja yang berumur 18 tahun tidak perlu dikawal secara penuh, remaja yang suka memberontak, kekangan masa, kekangan kewangan dan kepercayaan. Malah, terdapat juga beberapa topik yang telah disentuh semasa temu bual. Walaupun terdapat beberapa isu dan cabaran keluarga sebagai agen kawalan sosial dalam kalangan remaja, tetapi pendekatan ideal adalah latar belakang agama keluarga dalam mencorakkan keperibadian anak-anak dari kecil selain daripada kerjasama semua pihak sebagai mekanisme kebejatan moral remaja.

Statistics
Abstract views: 352 , PDF downloads: 275

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adi Fahrudin, Husmiati Yusuf, Mohd Dahlan (2014). Kefungsian Keluarga: Konsep dan Indikator Pengukuran dalam Penyelidikan. Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.

Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham & Salasiah Hanin Hamjah (2013). Ciri-ciri remaja berisiko: kajian literatur. Islamiyyat: Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam.

Fatimah Abdullah. (2016). Keluarga dan Pemodenan di Malaysia. Kuala Lumpur. PTS. Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hapidzah Binti Abdul Hamid (2014). Kaitan antara hubungan dengan ibu bapa, pengaruh Rakan sebaya, identiti diri, estim diri dan tingkah laku delinkuen dalam kalangan pesalah juvana. Universiti Sains Malaysia.

Hindman, A., & Morrison, F., J. (2012). Defferential Contribution of Three Parenting Dimensions to Preschool Literacy and Social Skillin a Middle-Income Sample. Merill-Palmer Quarterly, 58(2) 191-223

Mac Iver, R.M. (1967). The prevention and control of delinquency. New York: Alherton Press.

Mohd Abu Hassan Abdullah, Ahmad ‘Azam Mohd Shariff & Mohamad Azhan Yahya (2019). Pesalah muda dalam kes jenayah syariah di Malaysia: kajian ke atas had umur pesalah serta hukuman bersifat pemulihan dari perspektif prinsip syariah. Jurnal Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Al Adib Samuri, Zuliza Mohd Kusrin, Noor Aziah Mohd Awal, Amir Husin Mohd Nor, Salasiah Hanin Hamjah & Zaizul Bin Ab Rahman. (2013). The rehabilitation theory in adjudicating child offenders and its application in Malaysia. Asian Social Science, 9(15), 156-165.

Mohd Nuri, Turiman Suandi, Azimi Hj Hamzah & Ismi Arif Ismail (2016). Fenomena Delinkuen Dalam Kalangan Remaja Yang Berisiko Di Sebuah Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Di Luar Bandar Malaysia. Jurnal Kemanusiaan.

Morris, N. & Newburn, T. (1990). Between prison and probation: Intermediate punishments in a rational sentencing system, New York / Oxford: Oxford University Press.

Muhamad Fuad Bin Abdul Karim, Rokiah Ismail, & Mohd Fauzi Sukimi. (2009). Sub-budaya mat rempit dan perubahan sosiobudaya. Geografia, 5(1), 104-121.

Nafisah Md Tahir. (2011). Keluarga Muslim dan Tarbiyah: 8 Jalan Menuju Syurga. Jundi Resources

Nur Hafizah Yusoff, & Muhammad Izzudin Amin Isham (2020). Komuniti sebagai agen Kawalan sosial tidak formal dalam menangani masalah sosial. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17(6), 80-92.

Nurbazla Ismail & Mohd. Al-Adib Samuri. (2016). Prospek perintah khidmat masyarakat di Mahkamah syariah. ISLAMIYYAT, 38(1).

Puti Sari Hidayangsih, Dwi Hapsari Tjandrarini, Rofingatul Mubasyiroh & Supanni. (2011). Faktor-faktor yang berhubungan dengan perilaku berisiko remaja di Kota Makassar tahun 2009. Bul. Penelit. Kesehat, 39(2), 88-98.

Sayed A. Rahman Sayed Mohd (1996). Masalah sosial di kalangan remaja dan tindakan yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 19(2).

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Longman.

Thorson, J.A. 1995. Aging In A Changing Society. United States: Wadsworth Publishing.

Trojanowicz, Robert C. dan Morash, Merry (1987). Juvenile delinquency: Concepts and control. New Jersey : Prentice-Hall.

Van Kalmthout, A. M., & Tak, J. P. (1992). Sanction systems in the member states of the council of Europe: Deprivation of Liberty, Community Service, and Other Substitutes. Bosten/Doordrecht NL: Kluwer.

Zakiyah Jamaludin & Ismail Kiprawi (2004). Ikatan dan kawalan sosial ibubapa terhadap tingkah laku delinkuens. Jabatan Kerja Sosial Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia.
Published
2021-08-10
How to Cite
Zaimah, N. A., Abdullah, A. and Sukimi, M. F. (2021) “Isu dan Cabaran Keluarga Sebagai Agen Kawalan Sosial dalam kalangan Remaja”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), pp. 207 - 214. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.906.
Section
Articles