TY - JOUR AU - Chien Yee Lim AU - Roslinda Rosli PY - 2021/09/10 Y2 - 2024/03/29 TI - Analisis Contoh dan Latihan bagi Topik Penambahan dan Penolakan dalam Buku Teks Matematik SJKC JF - Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) JA - MJSSH VL - 6 IS - 9 SE - Articles DO - 10.47405/mjssh.v6i9.1008 UR - https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1008 AB - Buku teks matematik merupakan medium penting dalam pelaksanaan kurikulum dan merealisasikan matlamat Pendidikan Matematik. Akan tetapi, kajian analisis ciri-ciri contoh dan latihan bagi topik penambahan dan penolakan dalam buku teks matematik SJKC berdasarkan aspek matematik dan kontekstual masih kurang. Analisis ini bertujuan mengenal pasti kelebihan dan kelemahan terhadap contoh dan latihan bagi topik penambahan dan penolakan dalam buku teks matematik dan diharapkan dapat memberikan gambaran kepada penyelidik, penerbit dan penulis buku teks untuk proses penambahbaikan yang akan datang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat sejumlah 74 (56%) contoh dan 57 (44%) latihan penambahan, manakala bilangan contoh dan latihan penolakan adalah sama, iaitu 59 (50%) masing-masing. Analisis contoh dan latihan penambahan menunjukkan bahawa contoh satu langkah pengiraan Tahun Satu hingga Tahun Lima adalah lebih banyak daripada latihan satu langkah pengiraan. Tahap Satu mempunyai latihan satu langkah pengiraan yang lebih banyak, manakala Tahun Empat dan Lima mempunyai latihan lebih satu langkah pengiraan yang lebih banyak. Selain itu, Tahun Satu, Empat dan Lima hanya mempunyai contoh bergambar, bercerita atau berjadual. Tahap Satu mempunyai lebih banyak latihan dalam bentuk ayat matematik. Analisis contoh dan latihan penolakan menunjukkan bahawa Tahun Satu mempunyai contoh dan latihan satu langkah pengiraan paling banyak. Tahun Satu mempunyai contoh lebih satu langkah pengiraan yang paling banyak, manakala Tahun Lima mempunyai latihan lebih satu langkah pengiraan yang paling banyak. Contoh yang bergambar, bercerita atau berjadual adalah lebih banyak berbanding dengan latihan bergambar, bercerita atau berjadual bagi Tahun Satu hingga Empat, hanya Tahun Lima mempunyai bilangan contoh dan latihan bergambar, bercerita atau berjadual yang sama. ER -