Analisis Hubungan Semantik Pada Perkataan Qurūnan ( ق رُوُنًا ) dalam Al-Quran

  • Asma Abdul Rahman Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Sarah Husna Rashid Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Keywords: Al-Quran, Qurūnan, Semantik, Analisis Teks

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis makna Semantik perkataan Qurūnan dalam Al-Quran. Apakah maksud Qurūnan dalam Al-Quran? Perkataan Qurūnan merupakan istilah generasi atau umat-umat yang lain dalam Al-Quran. Perkataan Qurūnan ( قُرُونًا ) sahaja direkodkan sebanyak tiga kali dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Mukminun, Al-Furqan dan Al-Qisas. Dalam kajian ini, penulis mengumpulkan juga semua ayat yang mengandungi perkataan Qurūnan dari kata dasar yang sama iaitu قَ رَ نَ sama ada berbentuk tunggal atau dalam bentuk jamak. Dari pelbagai makna perkataan, kemudian penulis akan menganalisis makna perkataan Qurūnan dalam setiap ayat dan kemudian makna Qurūnan itu sendiri diterangkan. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks dalam Al-Quran dengan dibantu oleh korpus Al-Quran, Al-Mu’jam Al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran dan Kamus Mu’jam Al-Waseet Edisi Keempat. Hasil carian dalam Korpus Al-Quran menunjukkan bahawa sebanyak 36 ayat berkaitan قَ رَ نَ dikenal pasti manakala hasil carian dalam Mu’jam Al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran pula ada sebanyak 40 ayat dari kata kunci قَ رَ نَ dikumpulkan. Adapun dalam kamus Mu’jam Al-Waseet Edisi Keempat pula menafsirkan 20 makna perkataan yang berbeza. Dapatan ini merumuskan bahawa hubungan semantik sesuai digunakan sebagai kaedah pengumpulan data tekstual secara sistematik bagi mengelakkan keciciran data dan memastikan data yang dikumpul merangkumi bidang kajian.

Statistics
Abstract views: 72 , PDF downloads: 23

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Taá, Q. &. (2017). Al-Quran Ontology Based on Knowledge Themes. Jounal of Fundamental and Applied Scinences 9(5S), 800-817.

Ahmed Deedat, (2008), Al-Qur'an The Miracle Of Miracles, Arhived, Wayback Machine.

Al-Quran. (n.d.).

Asep Supianudin, Mawardi, Irfan Adriadi & Dina Marliana. (2020). CORONA, BAHASA ARAB DAN LITERASI KEISLAMAN.

Asma Abdul Rahman, (2003-2007,2012,2017,2018), Pengajian Linguistik, Bahagian Penerbitan USIM, Bandar Nilai Baru, Negeri Sembilan.

Aziyun Othman @ Omar, Mat Taib Pa & Syakirah Rifa’in @ Mohd Rifain. (2021). Pengumpulan Data Wacana Neraka dalam Al-Quran Menggunakan Hubungan Semantik. Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies, Volume 4 (1) , 45-57.

Dollah, D. A. (2006). Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil . Kuala Lumpur: Pustaka Ilmiah Alkhalil.

Hestina, N. A. (2020). Wabah Penyakit Menular (Covid 19) dan Perumpamaan dalam Al-Quran. Jurnal Studi Al-Qur'an dan Keislaman MUMTAZ, Vol. 4, No. 02 , 125-138.

I, M. (2004). Al-Mu'jam Al-Waseet. Kaherah, Mesir: Majma’ Luhghah al-Arabiyyah .

Mohamed Akhiruddin Ibrahim, Hishomudin Ahmad, Robiatul Adawiyah Mohd, Muhammad Widus Sempo, & Nur Farhana Baharuddin. (April 2018). The Word of "Basar" in Quran and Its Synonym: Comparative Study between Quran Corpus and Al-Mu'jam Al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran. IJASOS- International E-Journal of Advances in Social Sciences, Vol. IV,(Issue 10), 107-113.

Nasution, D. H. (2017). Pengantar Linguistik Bahasa Arab. S.Ag. Jawa Timur, Indonesia: Penerbit Lisan Arabi.

Ramli, S., Atoh, N., Zakaria, Z. M., & Abd Rahman, M. (2018). Analisis Leksikografi dan Semantik Perkataan al-Kafur dalam Al-Qur’an. Journal of Language Studies, 267-283.

The Quranic Arabic Corpus (n.d). Quran Dictionary. Retrieved from https://corpus.quran.com/qurandictionary.jsp?q=qrn Accessed on 23 August 2021.
Published
2021-09-10
How to Cite
Abdul Rahman, A. and Rashid, S. (2021) “Analisis Hubungan Semantik Pada Perkataan Qurūnan ( ق رُوُنًا ) dalam Al-Quran”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), pp. 321 - 334. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1009.
Section
Articles