Isu dan Cabaran dalam Pelaksanaan Pendidikan Peringkat Rendah dan Menengah: Pendekatan Malaysia Semasa Pandemik Covid-19

  • Ishak Abd Rahman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Ainul Afzan binti Ramli Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: pelaksanaan pendidikan, e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian, Covid-19

Abstract

Asas pendidikan khususnya di peringkat rendah dan menengah adalah sangat penting dalam mencorak dan membentuk generasi baharu yang seimbang dari aspek intelektual, emosi, jasmani, rohani dan sahsiah, di samping mempunyai daya pemikiran yang kreatif, kritis dan berdaya saing dalam mempersiapkan diri untuk mendepani transformasi pendidikan di peringkat pengajian tinggi dan melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta produktif dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di abad ke-21 selaras dengan hasrat Dasar Pendidikan Negara Walau bagaimanapun, sistem pendidikan yang dilaksanakan di negara ini mengalami perubahan drastik dan terjejas teruk apabila semua sekolah perlu ditutup sepenuhnya berikutan negara berhadapan dengan krisis penularan pandemik Covid-19 yang kini menjadi fenomena yang amat membimbangkan rakyat di seluruh dunia. Situasi ini benar-benar memberi kesan yang mendalam kepada semua pihak berkepentingan terutamanya guru-guru dan murid-murid apabila kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya dijalankan secara bersemuka perlu diubah kepada kaedah pembelajaran dari rumah (home-based learning), di samping keperluan mematuhi Standard Operation Standard (SOP) dan mempraktikkan norma-norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian. Kajian ini akan membuat penelitian berhubung strategi yang telah diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai peneraju sistem pendidikan negara dalam melaksanakan pelbagai inisiatif melalui pendekatan dan kaedah yang terbaik dalam mengatasi isu-isu dan cabaran yang timbul dalam sektor pendidikan, antaranya melaksanakan pendekatan pembelajaran dari rumah, pembatalan dan pindaan tarikh peperiksaan awam, merancang strategi pembukaan semula sekolah selepas tempoh PKP dan pindaan takwim persekolahan tahun 2020 demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dan dalam masa yang sama membantu negara memerangi pandemik Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan sehingga hari ini.

Statistics
Abstract views: 3410 , PDF downloads: 2789

Downloads

Download data is not yet available.

References

Dhawan, S. (2020). Online Learning: A Panacea in the Time of Covid-19 Crisis. Journal of Educational Technology Systems, 49(I) 5-22. doi:10.1177/0047239520934018. https://www.researchgate.net/publication/342344822

Jabatan Perdana Menteri (JPM). (2020a). Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19 – 16 Mac 2020. https://www.pmo.gov.my

Jabatan Perdana Menteri (JPM). (2020b). Perutusan Khas YAB Perdana Menteri – 10 April 2020. https://www.pmo.gov.my

Jabatan Perdana Menteri (JPM). (2020c). Perutusan Khas YAB Perdana Menteri – 23 April 2020. https://www.pmo.gov.my

Jabatan Perdana Menteri (JPM). (2020d). Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) – 7 Jun 2020. https://www.pmo.gov.my

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2020). Covid-19 Malaysia. https://covid-19.moh.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: KPM. https://www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Keempat). Putrajaya: KPM. https://www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2020a). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Putrajaya: KPM. https://www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2020b). Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. Putrajaya: KPM. https://www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2020c). Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu. Putrajaya: KPM. https://www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2020d). Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia: Hari Guru 2020. 16 Mei 2020. https://www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2020e). Teks Ucapan Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan. 15 April 2020. https://www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2020f). Teks Ucapan Menteri Kanan Pendidikan: Pengumuman Tarikh Pembukaan Semula Sekolah. 10 Jun 2020. https://www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2020g). Teks Ucapan Menteri Kanan Pendidikan: Pembukaan Semula Sekolah Bagi Murid Bukan Kelas Peperiksaan Awam. 1 Julai 2020. https://www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2020h). Teks Ucapan Menteri Kanan Pendidikan: Pengoperasian Institusi Pendidikan di Bawah KPM Serta Peperiksaan Awam Tahun 2020. 8 November 2020. https://www.moe.gov.my

Majlis Keselamatan Negara (MKN). (2020). Covid-19. https://www.mkn.gov.my/web/ms/ covid-19/

Mohd Amirul Akbar. (2020). Covid-19: Nyahkan pendidikan lapuk berasaskan peperiksaan. Malaysia Kini: 19 April 2020. Capaian daripada: https://www.malaysiakini.com

Najib Yahaya Lawan, Ibrahim Isyaku Muhammad, Mudassir Lawal, Mubarak Ismail Shitu, Abhishek Kumar Verma, Mayadhar Barik. (2020). Online Education During Covid-19 Periods. A Text Book of The SARS-CoV-2: Guidelines and Protocol Development, First Edition: 2020, Chapter 9 147-164. Mewar University: India. doi:10.1111/tct.13225. https://www.researchgate.net/publication/343540739_ONLINE_EDUCATION_DURING_COVID-19_PERIODS

Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran dan Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan di Malaysia. Kolej Komuniti Bentong: Pahang.https://www.researchgate.net/publication/342886967_PANDEMIK_CORONAVIRUS_COVID19_PEMBELAJARAN_DAN_PENGAJARAN_SECARA_ATAS_TALIAN_SUATU_KEPERLUAN_DI_MALAYSIA.pdf

Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan Cabaran Pemimpin Pendidikan Dalam Memastikan Matlamat dan Agenda Pendidikan Dilestari Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Institut Aminuddin Baki: Kementerian Pendidikan Malaysia. https://iab.moe.edu.my/bahanportal/pemberitahuan/2020/2.% 20PERANAN%20DAN%20CABARAN%20PEMIMPIN%20PENDIDIKAN.pdf

Universiti Utara Malaysia (UUM). (2020). Covid-19 Pandemic: An Awareness Exhibition. https://library.uum.edu.my/covid-19-pandemic-an-awareness-exhibition

Wan, Ya Shin. (2020). Education during Covid-19. Brief Ideas No. 19. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS): Kuala Lumpur. https://www.researchgate.net/ publication/340860261_Education_during_COVID-19

Wikipedia. (2020). Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020

World Health Organization (WHO). (2020). Coronavirus disease (COVID-19) pandemic. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019#
Published
2021-09-10
How to Cite
Abd Rahman, I. and Ramli, A. A. (2021) “Isu dan Cabaran dalam Pelaksanaan Pendidikan Peringkat Rendah dan Menengah: Pendekatan Malaysia Semasa Pandemik Covid-19”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), pp. 1 - 13. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1043.
Section
Articles