M-Pembelajaran dalam Mata Pelajaran Sejarah: Tahap Kesediaan Guru Sekolah Rendah di Luar Bandar
Abstract
Pendidikan abad ke-21 menuntut perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah yang dapat memaksimumkan implementasi teknologi seperti pembelajaran mudah alih (M-pembelajaran). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru Sejarah sekolah rendah di luar bandar terhadap penggunaan M-pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian ini dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan yang melibatkan 32 orang guru sejarah sekolah rendah di kawasan luar bandar Sarawak. Data kajian dianalisis secara deskriptif (min dan sisihan piawai) berbantukan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 25.0. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan guru terhadap M-pembelajaran dalam PdP Sejarah berada di tahap sederhana (min=3.65, s.p.=0.98). Begitu juga, tahap kemahiran guru terhadap penggunaan M-pembelajaran dalam PdP Sejarah adalah pada tahap sederhana (min=3.35, s.p.=0.93). Seterusnya, tahap sikap guru terhadap penggunaan M-pembelajaran dalam PdP Sejarah juga berada pada tahap yang sederhana (min=3.55, s.p.=0.87). Penggunaan M-pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah memberi kesan yang positif dan baik kepada nilai pedagogi dan nilai intrinsik yang dapat diintegrasikan oleh guru dalam proses PdP.
Downloads
References
Ahmad Al-Munzir Ridzuan. (2020). Tahap Kesediaan Pensyarah Terhadap Penggunaan M-Pembelajaran dalam Sistem Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET). Politeknik dan Kolej Komuniti. Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1), 173-189.
Biloš, A., Turkalj, D., & Kelić, I. (2017). Mobile Learning Usage and Preferences of Vocational Secondary School Students: The cases of Austria, the Czech Republic, and Germany. Naše gospodarstvo/Our Economy, 63(1), 59–69. DOI: 10.1515/ngoe-2017-0006
Brown, TH. (2005). Towards a Model for M-learning in Africa. International Journal on E-learning, 4(3), 299-315.
Heggart & Yeo. (2018). Getting the Most from Google Classroom: A Pedagogical Framework for Tertiary Educators. Australian Journal of Teacher Education, 43(3).
Iin Karmila Yusri et al. (2015). Teachers and Mobile Learning Perception: Towards A Conceptual Model of Mobile Learning for Training. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 176, 425-430. DOI: 10.1016/j.sbspro.2015.01.49
Kattayat, S., Josey, S. & Asha J.V. (2017). Mobile Learning Apps in Instruction and Students Achievement. International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM), 11(1), 143-147.
Khairah@Asma'a Baharun, Saedah Siraj & Muhammad Faizal. (2017). Penerimaan M-Pembelajaran Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Melalui The Unified Theory Of Acceptance And Use Of Technology (UTAUT): Satu Kajian Awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(2), 56-73.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
M. Kaviza. (2020a). Aplikasi Google Classroom dalam Pembelajaran Sejarah: Dari Perspektif Murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7), 130-135.
M. Kaviza. (2020b). Persepsi Guru terhadap Penggunaan WhatsApp Messenger dalam Pengajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), 160-167.
M. Kaviza. (2020c). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(4), 108-115.
Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada & Mohd Isa Hamzah. (2017). Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Selangor Terhadap Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Pendidikan Islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 1(1), 1-13.
Matzavela, V. & Alepis, E. (2021). M-learning in the COVID-19 era: Physical vs Digital Class. Educ Inf Technol, 26, 7183-7203.
Miglani, A. & Awadhiya, A. K. (2017). Mobile Learning: Readiness and Perceptions of Teachers of Open Universities of Commonwealth Asia. Journal of Learning for Development, 4(1), 58-71.
Mohd Paris Saleh & Saedah Siraj. (2016). Analisis Keperluan Pembangunan Model Pengajaran M-Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 4(4), 12-24.
Muhammad Nidzam Yaakob et al. (2019). Analisis Keperluan Terhadap Komponen Model Myflipped. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 359-372.
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik Covid-19. SIG: e-Learning@CS, 23-30.
Murat, C. N, Din, R. & Alias, M. H. (2020). Kesediaan Pelajar Tingkatan 6 Menggunakan Aplikasi Mudah Alih Pendidikan. Journal of Personalized Learning, 3(1), 79-86.
Nazaruddin Abdul Hadi, Mahizer Hamzah & Norkumalasari Othman. (2020). Penerokaan Dan Kesahan Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Telefon Pintar Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdP) Reka Bentuk Teknologi. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 18(1), 174-190.
Nikolopoulou, K. (2018). Mobile Learning Usage and Acceptance: Perceptions of Secondary School Students. Journal of Computers in Education, 5(4), 499-519.
Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin. (2021). Google Classroom Sebagai Pelantar M-Pembelajaran: Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 278-292.
Norshila Roslin & Norshidah Mohamad Salleh. (2021). Penggunaan M-Learning Sebagai Bahan Bantu Pengajaran dalam Kelas Pendidikan Khas. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(5), 53-63.
Nur Atikah Miasan & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. (2018). Pengamalan M-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Novis Pendidikan Islam Di Sabah: The Practices Of M-Learning Among Islamic Education Novice Teachers In Sabah. Journal of Islamic Educational Research, 3(1), 11–20.
Nurul Farhana & Mohd Faisal Mohamed. (2021). Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Islam (GPI) Terhadap Kesediaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Mod Atas Talian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(MJSSH), 6(10), 82-89.
Pallant, J. (2007). SPSS survival manual-A step by step guide to data analysis using SPSS for windows (3rd ed.). Maidenhead: Open University Press.
Rubiah Omar & Jamilah Ahmad. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 155-172.
Tengku Sarina Aini & Nur Atikah. (2021). Pengaplikasian M-Pembelajaran dalam Situasi Pandemik Covid-19: Konsep dan Komponen. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 268-276.
Thian Jia Ling & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore. (2020). Kesediaan Guru dan Pelajar Terhadap Penggunaan Pembelajaran Mobil dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc): Sorotan Literatur Bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(MJSSH), 5(10), 83-94.
Tuan Shariffah Khairiah & Mohd Mahzan Awang. (2021). Penerapan Nilai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Melalui Aplikasi Telegram. International Journal of Al-Quran And Knowledge (IJQK), 1(1), 1-8.
Vhyshnavi & Khairul Azhar Jamaludin. (2021). Tahap Kesediaan Dan Sikap Guru Terhadap Perubahan Yang Berlaku Dalam Sistem Pendidikan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 461-475.
Wearmouth, J., Edwards, G., dan Richmond, R. (2000). Teachers’ Professional Development To Support Inclusive Practices. Journal of In-Service Education, 26(1), 49-61.