Faktor Mempengaruhi Penglibatan dalam Pekerjaan Sambilan dalam kalangan Pegawai Kanan Polis
Abstract
Penglibatan kerja sambilan dalam kalangan individu kelas jawatan rendah bertujuan memenuhi keperluan asas yang tidak cukup ditanggung dengan pendapatan daripada pekerjaan utama. Walau bagaimanapun penglibatan individu dalam kelas pendapatan pertengahan dan tinggi dalam pekerjaan sambilan dijangka cenderung didorong faktor motivasi yang berbeza daripada kelompok berpendapatan rendah. Kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pegawai kanan polis dalam pekerjaan sambilan dalam kerangka Teori Hiraki Keperluan Maslow. Kajian ini menggunakan kaedah survei di mana soal selidik digunakan sebagai instrumen memperolehi data kajian. Saiz populasi kajian ialah 298 orang yang terdiri daripada pegawai kanan polis yang bertugas di empat kontinjen di negeri Melaka dan saiz sampel mengikut penentuan formula Krejcie dan Morgan (1970) ialah 169 orang. Teknik persampelan berstrata dan berkadaran digunakan bagi menentukan bilangan unit sampel mengikut kontinjen berlainan. Seterusnya, teknik pensampelan bertujuan digunakan bagi memilih individu responden dan 93 orang telah memberi respon melakukan pekerjaan sambilan. Analisis regresi telah digunakan untuk menganalisa faktor-faktor pendorong penglibatan dalam pekerjaan sambilan. Berdasarkan analisis, terdapat dua faktor pendorong yang signifikan dalam penglibatan pegawai kanan polis dalam pekerjaan sambilan iaitu faktor memperluaskan rangkaian kenalan sosial dan mendapatkan kemahiran baharu. Implikasi penemuan ialah pegawai kanan polis yang terlibat dalam pekerjaan sambilan bertujuan mahu memenuhi keperluan rasa pencapaian diri dan kemajuan profesion hakiki melalui pelebaran rangkaian sosial dan kemahiran baharu.
Downloads
References
Adebisi, O.S. (2019). Comparative study of determinants of moonlighting in the private and public sectors of EKITI State, Nigeria. International Review of Management and Business Research, 8(4), 401-419.
Ara, K. & Akba, A. (2016). A Study of impact of moonlighting practices on job satisfaction of the university teachers. Bulletin of Education and Research, 38(1), 101-116.
Arnneka & Nisha. (2024). Moonlighting as a financial stability strategy: perspectives from IT sector employees. International Journal of Advance Research and Innovative Ideas in Education, 10(5), 2121-2128.
Ashwini, A., Mirthula, G., & Preetha, S. (2017). Moonlighting intentions of middle level employees of selected IT companies. International Journal of Pure & Applied Mathematics, 114(12), 213–223.
Gandhi, L., Halyal, A.N., Reghunadh, P. (2024). Moonlighting: An examination of dual employment in contemporary organizations. Journal of Informatics Education and Research, 4(1), 291-298.
Gulati, M.. (2023). Analysis of various aspects of moonlighting . Journal of Business Theory and Practice, 11(1), 32-42.
Ismail, N.I.E & Wahid, H. (2020). Pekerjaan sambilan dan prestasi akademik mahasiswa: Kajian dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2), 15-28.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2023). Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2022. Jabatan Perangkaan Malaysia. https://www.dosm.gov.my/uploads/release-content/file_20230806205831.pdf.
Karim, A.E.A., Salahudin, S.N., & Chandrashekar, R. (2021). Keperluan terhadap pekerjaan sambilan dalam kalangan pekerja B40. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1-16.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Maslow, A.H. (1948). “Higher” and “Lower” needs. The Journal of Psychology, 26, 433-436.
Mapira, N., Mitonga-Monga, J. & Ukpere, W.I. (2023). Moonlighting: a reality to improve the lived experiences of casual workers. Expert Journal of Business and Management, 11(1), 48–59.
Mittal, E. & Kaur, P. (2018). Moonlighting practices: A study of government and private school teachers. The Research Journal Of Social Sciences, 9(12), 1-8
Mohd Aqmin Abdul Wahab, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur & Mohd Azlan Shah Zaidi. (2018). Kos sara hidup tinggi di malaysia: Pertumbuhan pendapatan isi rumah yang perlahan atau taraf hidup yang meningkat? Jurnal Ekonomi Malaysia, 52(1), 117-133.
Najjar, D. & Fares, P. (2017). Managerial motivational practices and motivational differences between blue- and white-collar employees: Application of Maslow’s Theory, International Journal of Innovation, Management and Technology, 8(2), 81-84.
Rohini Nikam, Pune, L.K., Tripathy., &Yuvraj Lahoti. (2023). Concept of moonlighting and its causes and impact on organization’s growth. European Chemical Bulletin, 12(10), 2707-2721.
Sabron, M.Z.M. & Hassim, A.A. (2018). A Study on the perception of moonlighting practices among the employees of public hospitals in Klang Valley. Journal of Administrative Science, Special Edition 15(3), 1-10.
Surip, M.Z. (2019, Oktober 21). Semakin ramai buat kerja sambilan sara keluarga. BHarian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/10/619941/semakin-ramai-buat-kerja-sambilan-sara-keluarga
Tariq, Q. (2012). Impact of financial stress on life satisfaction. Asian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(3), 139-148.
Timothy, V. L., & Nkwama, S. (2017). Moonlighting among teachers in urban Tanzania: A survey of public primary schools in Ilala District. Cogent Education, 4(1), 1–8.
Trivedi, A.J. & Mehta, A. (2019). Maslow’s Hierarchy of Needs – Theory of human motivation. International Journal of Research in All Subjects in Multi Languages, 7(6), 38-41.
Vipanchi, V., Raji, R., & Reshma, S. (2023). An examination of the factors that influence moonlighting and its potential effects on employee's health, well-being and productivity. South India Journal Of Social Sciences, 11(10), 117-126.