Tinjauan terhadap Daya Tahan dalam kalangan Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka daya tahan dalam kalangan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam konteks pendidikan daya tahan memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menyesuaikan diri dengan tekanan akademik dan sosial yang berfungsi sebagai faktor psikologi yang menyokong kesejahteraan mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan soal selidik yang melibatkan 821 responden yang dipilih secara rawak mudah daripada pelajar DPLI UKM. Kajian menggunakan instrumen soal selidik Brief Resilience Scale (BRS) adaptasi versi Bahasa Melayu yang mengukur tahap daya tahan pelajar DPLI dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS versi 27. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap daya tahan pelajar secara keseluruhannya berada dalam kategori normal. Analisis inferensi menggunakan ANOVA Sehala mendapati hubungan positif yang signifikan antara umur dan daya tahan. Faktor umur didapati mempengaruhi tahap daya tahan, di mana pelajar yang lebih berumur menunjukkan daya tahan yang lebih stabil, manakala pelajar dalam lingkungan umur pertengahan berhadapan dengan penurunan daya tahan akibat tanggungjawab akademik dan sosial yang lebih kompleks. Dapatan ini menekankan keperluan untuk menyediakan sokongan psikososial yang bersasar berdasarkan kumpulan umur, termasuk latihan pengurusan tekanan bagi pelajar yang lebih muda dan kaunseling keseimbangan kehidupan. Kajian ini menyumbang kepada literatur kesejahteraan pelajar dalam program pendidikan dan mencadangkan agar kajian masa depan melibatkan pendekatan kualitatif untuk memahami faktor psikososial yang lebih mendalam dalam mempengaruhi daya tahan.
Downloads
References
Amat, S., Mahmud, M. F., Mahmud M. I., Abu Bakar, A.Y., Mahmud, Z., Johari, K.S.K., & Karim, D. N .P. M. K. (2020). Analisa Awal Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soal Selidik ”The Brief Resilience Scale” Dalam Bahasa Melayu. E-Prosiding Persidangan Kaunseling Kepelbagaian Ilmu
Ávila, M. P. W., Corrêa, J. C., Lucchetti, A. L. G., & Lucchetti, G. (2021). Relationship between mental health, resilience, and physical activity in Older Adults: A 2-Year longitudinal study. Journal of Aging and Physical Activity, 30(1), 73–81. https://doi.org/10.1123/japa.2020-0264
Bertsia, V., & Poulou, M. (2023). Resilience: theoretical framework and implications for school. International Education Studies, 16(2), 1. https://doi.org/10.5539/ies.v16n2p1
Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage
El-Halem, M. H. A., Elaal, M. H. A., Ahemed, F. M., & Mahmoud, D. a. B. (2022). Relationship between Ego Resilience, Perceived Stress and Life Satisfaction among University Students. Journal of Nursing Science Benha University/Journal of Nursing Science Benha University, 3(2), 1053–1066. https://doi.org/10.21608/jnsbu.2022.248844
Ho, T. T. Q., Nguyen, B. P., Nguyen, V. B., & Tran, T. K. L. (2023). Resilience fully mediated in the link between risk of smartphone addiction and life satisfaction among college students. Advances in Mental Health, 21(3), 218–227. https://doi.org/10.1080/18387357.2023.2200009
Hsieh, S., Chang, Y., Yao, Z., Yang, M., & Yang, C. (2024). The effect of age and resilience on the dose–response function between the number of adversity factors and subjective well-being. Frontiers in Psychology, 15. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2024.1332124
Kaiser, M., Otterbach, S., & Sousa-Poza, A. (2021). Using deep learning to uncover the relation between age and life satisfaction. Research Square (Research Square). https://doi.org/10.21203/rs.3.rs-943521/v1
Karwetzky, C., Michaelsen, M. M., Werdecker, L., & Esch, T. (2022). The U-Curve of Happiness Revisited: Correlations and Differences in Life Satisfaction Over the Span of Life—An empirical evaluation based on data from 1,597 individuals aged 12–94 in Germany. Frontiers in Psychology, 13. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2022.837638
Khalid, N. M. (2021). Resilience, Perceived Social Support, And Life Satisfaction Among Malaysian College Students. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 6(2), 21–40. https://doi.org/10.24200/jonus.vol6iss2pp21-40
Patton, L. D. (2023). Culture centers in higher education: Perspectives on identity, theory, and practice. Taylor & Francis.
Quiroz, F. J. R., & Oncoy, A. W. E. (2023). Resilience and life satisfaction in migrant university students residing in Lima. AG Salud, 1, 9. https://doi.org/10.62486/agsalud20239
Riquelme, I. M., Pons, S. B., & Ramon, M. R. R. (2022). Resilience: conceptualization and keys to its promotion in educational centers. Children, 9(8), 1183. https://doi.org/10.3390/children9081183
Saifullah, S., & Khan, O. Z. (2022). Relationship Between Grit and Academic Resilience Among University Students. https://www.semanticscholar.org/paper/Relationship-Between-Grit-and-Academic-Resilience-Saifullah-Khan/75364d6b1d06c7a864b8c24fe840d172995ba9e9?utm_source=consensus
Sidabutar, D., Lumbantobing, K., Siallagan, Y. G., & Turnip, H. (2024). Pengaruh Dukungan Sosial Guru terhadap Kesejahteraan Psikologis Siswa. Jurnal Pendidikan Sosial dan Humaniora, 3(4), 5353-5360.
Smith, B. W., Dalen, J., Wiggins, K., Tooley, E., Christopher, P., & Bernard, J. (2008). The brief resilience scale: Assessing the ability to bounce back. International Journal of Behavioral Medicine, 15(3), 194–200. https://doi.org/10.1080/10705500802222972
Zakaria, N. N., & Azman, N. (2021). Daya Tahan dan Motivasi Pembelajaran alam Talian Semasa Pandemik Covid-19 Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 41–53. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1092















