Penggunaan E-Pembelajaran dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Kakitangan Akademik di Institusi Pengajian Tinggi di Sabah
Abstract
E-Pembelajaran adalah kaedah pembelajaran dengan menggunakan informasi teknologi dalam pemindahan pengetahuan, pembelajaran dan latihan dalam pendidikan moden. Sejajar dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan, pelbagai usaha dilakukan untuk memperkenalkan sistem E-Pembelajaran dalam sistem pembelajaran universiti di Malaysia. Pemindahan pengetahuan, aktiviti pembelajaran, kuliah dan tutorial tidak terhad kepada pertemuan bersemuka atau kuliah secara tradisional antara para pensyarah dan pelajar malah boleh dilakukan melalui blanded learning (BL). Walau bagaimanapun perkembangan ini mempengaruhi kesejahteraan dalam pekerjaan kakitangan akademik. Kajian rintis (pendekatan kuantitatif) yang dilakukan dalam kalangan kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Sabah menunjukkan Model Unified Theory of Acceptance And Use Of Technology (UTAUT) boleh digunakan sebagai peramal kepada tingkah laku menggunakan e–pembelajaran kakitangan akademik. Hasil kajian mendapati faktor kondisi kemudahan dan sokongan peralatan teknologi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penerimaan penggunaan E-Pembelajaran dalam aktiviti pembelajaran harian. Walau bagaimanapun kajian ini mendapati amalan E-Pembelajaran mempengaruhi kebimbangan kakitangan akademik dan menerbitkan perasaan takut ketinggalan dalam memahami sistem teknologi pendidikan pada masa kini. Kajian ini membuka jalan kepada penyelidikan
Downloads
References
Cidral, W. A., Oliveira, T., Di Felice, M., & Aparicio, M. (2018). E-learning success determinants: Brazilian empirical study. Computers and Education, 122, 273–290.
Ishak dan Sarkowi (2018).Tekanan digital; Kesan Beban Komunikasi Dan Multitugas Internet Terhadap Kesejahteraan Psikologi Penjawat Awam Di Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan di International Malaysian Studies Conference (MSC11), Langkawi.Kedah
Mohd Najib Abdul Ghaffar. (1999). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan. Universiti Teknologi Malaysia.
Page, K. M., Vella-brodrick, D. A., & Vella-brodrick, K. M. P. D. A. (2009). The ’ What ’, ’ Why ’ and ’ How ’ of Employee Well-Being : Social Indicators Research, 90(3), 441–458.
Przybylski, A. K., Murayama, K., Dehaan, C. R., & Gladwell, V. (2013). Com puters in Human Behavior Motivational , emotional , and behavioral correlates of fear of missing out. Computers in Human Behavior, 29(4), 1841–1848.
Rafnsdottir, G. L., & Gudmundsdottir, M. L. (2004). New technology and its impact on well being. Work, 22(1), 31–39.
Ramakrisnan, P., Yahya, Y. B., Hasrol, M. N. H., & Aziz, A. A. (2012). Blended Learning: A Suitable Framework For E-Learning In Higher Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 67, 513–526.
Rubiah Omar dan Jamilah Hj.Ahmad. (2009). Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik ( Awareness , Evaluation and Acceptance of e-Learning Among, 34(1), 155–172.
Sekaran Uma & Bougie Roger. (2010). Research Methods for Business A Skill Building Approach (5th Editio). United Kingdom: Wiley.
Sedana, I. G. N. (2010). UTAUT Model for Understanding Learning Management System, 2(2), 27–32.
Tarafdar, M., D’Arcy, J., Turel, O., & Gupta, A. (2015). The Dark Side of Information Technology. MIT Sloan Management Review, 8(4), 395–402.
Venkatesh, V., Thong, J. Y. L., Statistics, B., Xu, X., & Acceptance, T. (2016). Unified Theory of Acceptance and Use of Technology: A Synthesis and the Road Ahead, 17(5), 328–376.















