Motif Alam Melayu dalam Puisi-Puisi Terpilih Zurinah Hassan Sebagai Satu Retrospeksi Bahasa Pada Masa Kini

  • Ros Anita Kartini Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Abdul Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Keywords: motif, alam Melayu, retrospeksi, pascakolonial, puisi

Abstract

Makalah ini menganalisis puisi-puisi Zurinah Hassan dengan memberi tumpuan kepada motif alam Melayu yang terdapat di dalamnya. Oleh yang demikian, perbincangan makalah ini adalah untuk memperlihatkan bagaimana keunikan motif alam Melayu menjadi satu retrospeksi apabila diucapkan kembali oleh penyair dalam puisi-puisi moden dengan penggayaan struktur yang lazim digunakan dalam puisi tradisional, yakni kabahasaannya sebagai satu pernyataan pascakolonial. Motif alam Melayu ini dirakamkan kembali sebagai satu bentuk retrospeksi pascakolonial oleh Zurinah Hassan menerusi puisi-puisi terpilih sama ada secara perseorangan atau menerusi antologi puisi Zurinah Hassan iaitu Kumpulan Puisi Sesayup Jalan (1974), Kumpulan Puisi Di Sini Tiada Perhentian (1977), Kumpulan Puisi Keberangkatan (1985), Kumpulan Puisi Pujangga Tidak Bernama (1994), Antologi Nota Waktu (2000), Kumpulan Puisi Pesanan dari Gunung Ledang (2004) dan yang terakhir Kumpulan Puisi Salasilah (2005). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kajian kepustakaan dengan menganalisis teks. Penggunaan motif alam Melayu dalam puisi-puisi kajian merupakan suatu usaha peribumi pascakolonial di alam Melayu mendokumentasikan kembali, sekali gus menjulang budaya leluhurnya ke mata dunia menggunakan bahasa kebangsaan peribumi.

Statistics
Abstract views: 73 , PDF downloads: 35

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Ali. (2012). Satu Analisis Pengkisahan Semula Sastera Melayu. Jurnal Perspektif, 4(2), 16-27.

Norazimah bt Zakaria, Abdul Halim bin Ali, Azhar bin Wahid & Ani bt Omar. (2018). Sejarah Melayu Sebagai Lambang Tradisi Akal Budi Bangsa Yang Tinggi. JMS, 1(1), 191-209

Safian Hussain (et.al.). (1998). Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Shamsul Amri (penyunting). (2005). “Shamsul Amri Baharuddin” dalam Mohamad Daud Mohamad dan Zabidah Yahya (penyelenggara) Pascakolonialisme dalam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2017). rogram Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya: Pelaksanaan dan Cabaran. Jurnal Melayu, 16(1), 19-31.

Wahab Ali (1995). The Uses And Reuses Of Traditional Elements In Modern Malay Literature With Special ReferenceTo Balada Tun Fatimah” kertas kerja dalam Conference of the European Association for South EsatAsian Studies, 1-29 June- 1 July 1995. Netherlands: Universitybof Leiden.

Zawiyah Yahaya. (1994). Budaya Tempatan Sebagai Sistem Perlambangan untuk Menginterprestasi Sastera Kolonialis” dalam S. Jaafar Husin (penyelenggara). Pengantar Kesusasteraan Bandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal. 106.

Zurinah Hassan. (1967). Sesayup Jalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zurinah Hassan. (1985). Keberangkatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zurinah Hassan. (1994). Pujangga Tidak Bernama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zurinah Hassan. (2000). Nota Waktu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zurinah Hassan. (2004). Kumpulan Puisi dari Gunung Ledang: A message from Mount Ledang: An Anthologyof Poems. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zurinah Hassan. (2005). Salasilah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Published
2021-10-10
How to Cite
Kartini, R. and Ali, A. H. (2021) “Motif Alam Melayu dalam Puisi-Puisi Terpilih Zurinah Hassan Sebagai Satu Retrospeksi Bahasa Pada Masa Kini”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), pp. 143 - 153. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1109.
Section
Articles