Kesediaan Fasiliti Industri dalam Pelaksanaan Work-Based Learning (WBL) bagi Pelajar Politeknik di Malaysia
Abstract
Work-Based Learning (WBL) merupakan kaedah pembelajaran berasaskan kerja yang melibatkan kerjasama antara dua pihak iaitu pihak institusi dan pihak industri. Pendekatan WBL ini merupakan gabungan pembelajaran akademik dan pengalaman sebenar di tempat kerja. Pelaksanaan kajian ini selari untuk mencapai teras pertama dalam Pelan Strategik yang dirancang oleh Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) 2018-2025 iaitu teras pertama melahirkan graduan Technical and Vocational Education and Training (TVET) yang berkualiti dan memenuhi teras kelima, memperkukuh kolaborasi industri dan komuniti. Kolaborasi antara politeknik dan industri ialah suatu usaha untuk melahirkan graduan TVET berkualiti. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau kemampuan industri dalam menyediakan fasiliti untuk menempatkan pelajar politeknik yang melaksanakan WBL. Instrumen kajian diadaptasi dari WBL Focus Team Politeknik Malaysia yang merangkumi fasiliti organisasi dan pembangunan pelajar. Populasi kajian ini terdiri daripada 27 industri. Persampelan kajian melibatkan keseluruhan populasi. Dapatan kajian ini menunjukkan hubungan korelasi yang positif dan signifikan antara industri dan institusi. Hasil keputusan ujian korelasi kajian menunjukkan interpretasi anggaran kekuatan hubungan antara pemboleh ubah adalah sederhana dan kuat. Impak kajian dapat memberikan input kepada pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berhubung kepentingan kesediaan fasiliti di industri bagi memenuhi keperluan kurikulum politeknik dalam melaksanakan WBL agar dapat membangunkan potensi pelajar politeknik.
Downloads
References
Abd Rahman Abd Ghani. (2014). Keberkesanan program pusat islam dalam membentuk sahsiah pelajar: Kajian perbandingan antara UPSI dan UKM. Jurnal Perspektif, 6(1).
Bond, T. G. & Fox, C. M. (2015). Applying the rasch model: Fundamental measurement in the human sciences.(3rd ed.). Routledge.
Chua, Y. P. (2011). Kaedah penyelidikan. McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Department of Polytechnic Education. (2017). Polytechnic WBL success story (1st ed.). Inspirecom Resources.
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2009). Educational research: Competencies for analysis and application (9th ed.). Upper Saddle River, NJ:Pearson.
Ismail, S., Mohamad, M. M., Omar, N., Heong, Y. M., & Kiong, T. T. (2015). A Comparison of the work-based learning models and implementation in training institutions. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 204, 282-289.
Ismail, S., Mohamad, M. M., & Faiz, N. S. M. (2018). Kajian kes: Pembelajaran berasaskan kerja program teknologi pengurusan fasiliti melalui kolaborasi politeknik dan industri. Online Journal for TVET Practitioners, 3(2).
Jalani, J., Norjali, R., Mashori, S., & Sadun, A. S. (2017). Effectiveness of the structured internship program for engineering. Journal of Computational and Theoretical Nanoscience, 23(9), 8458-8461.
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. (2018). Pelan strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025 (edisi pertama.). Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. https://www.mypolycc.edu.my/index.php/muat-turun/penerbitan/send/2-penerbitan/5-psjppkk.Louis
Kamarudin, W. A. Z. W. (2015). Kajian kes perbezaan jantina dalam pembentukan sahsiah muslim pelajar. Academia Journal UiTM Terengganu, 4(1).
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi– PPPM (PT)). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. https://www.mohe.gov.my/en/download/publications-journals-and-reports/pppm-2015-2025-pt.
Lemanski, T., Mewis, R., & Overton, T. (2011). An introduction to work-based learning. Higher Education Academy, UK Physical Sciences Centre.
Pallant, J. (2020). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using IBM SPSS. Routledge.
Seufert, S. (2000). Work-Based Learning and Knowledge Management: An Integrated Concept of Organizational Learning. ECIS 2000 Proceedings. 148. https://aisel.aisnet.org/ecis2000/148.
Sweet, R. (2013). Work-based learning: Why? How. Revisiting global trends in TVET: Reflections on theory and practice, 164, 164-203.















